• It's You - Part 1

Encik Bank, Cik Pramugari

 


Ketika Aurora sudah berada di luar kedai, dia menoleh mencari Izara dan ternampak Izara agak ketinggalan berjalan di belakang, Aurora tidak bertanya apa kerana menyangka dia berjalan terlalu cepat dan mereka terus berjalan balik ke hotel.

"Selalu kalau fly London makan sini, tak dengar ada masalah pun kan?" Soal Izara sedikit sakit hati dengan insiden biadap lelaki tadi.

"Itulah, bukan sekali dua orang kita makan dekat situ. In fact cafe ni selamat dari gangguan orang gila macam tu, that's why our senior always tell us makan je kat sini" kata Aurora bersetuju dengan Izara.

"Dah la, baik kita balik bilik. Esok nak kena bangun pagi. Kau nak tidur kat bilik aku tak"? tanya Aurora.

Laju Izara mengangguk "Nak!" sambil tersengih sengih.

Izara dan Aurora berkawan baik sejak dari hari pertama mereka di akademi dan juga merupakan rakan serumah. Namun begitu, jadual mereka tidak pernah sama dan susah untuk mereka berjumpa satu sama lain. Rezeki yang tak disangka mereka kali ni dapat fly bersama walaupun kebarangkalian nya itu sangat susah berlaku.

Setelah berjalan dalam 10 minit mereka sampai di CT Hotel. Izara ke bilik dia dahulu untuk mengemas beg dan untuk check samada uniform mereka  yang dihantar ke laundry sudah pun dihantar semula ke bilik nya tau belum.  Setelah Aurora sampai di hadapan pintu bilik nya dia melihat baju uniform nya sudah digantung di pintu masuk bilik.

'Okey, esok balik KL' Aurora mengomel sendiri sambil masuk ke bilik.

Aurora membersihkan diri dan mengemas barang nya ke luggage. Just a nice time, Izara tiba di biliknya sejurus Aurora siap mengemas luggage nya. Sempat untuk mereka bercerita perkara yang berlaku semasa dinner mereka di Ivy Cafe tadi.

"Youra, kau sempat tak tengok muka kawan lelaki yang mabuk tadi?" tanya Izara penuh makna.

"Tak, kenapa weyh?" soal Aurora.

"Level 10 babe! Kau ingat lagi tak level level ni kita guna dari masa training lagi?? Ha ha ha" Izara ketawa.

"Ha ha ha kau ni, aku ingat lahh! Wey ingat kan muka dia gengster ke apa sebab suara dia namja habis, sempat kau eh me level kan that guy. Patut kau keluar kedai lambat lambat je ye ha ha ha " Aurora ketawa.

Level yang dimaksudkan Izara tu adalah tahap handsome atau cantik seseorang itu yang sering mereka gunakan semasa training. Bergantung dengan level tersebut 1 yang paling kurang, 10 yang paling tinggi.

"Ha ha ha alamak kantoi!!..kalau gengster tadi, aku lari dulu..apa lah kau..ha ha ha" jawab Izara. Bukan apa babe, mana la tau kau dah lupa guna level level ni sebab marah sangat tadi..." gurau Izara dan mereka sambung ketawa.


 


 

Alarm Aurora dan Izara berbunyi jam 4 pagi. Memang kebiasaan Aurora bangun awal untuk work out at least 20 minit. Tidak kisah lah Aurora di KL atau on duty, kerana Aurora perlu memastikan berat badan nya kekal sama. Ini salah satu perkara yang ditekankan kepada mereka sejak dari hari pertama mereka di Akademi.

Izara pula bangun dan balik ke bilik nya untuk bersiap dan bersolek. Mereka perlu berkumpul dalam pukul 6 pagi jadi untuk Aurora masih ada masa untuk dia bersiap dan bersolek.

Sedang Aurora jogging, dia hampir saja berlanggar dengan seorang lelaki yang tiba tiba muncul di hadapan nya. Aurora buka air pod di telinga nya dan memandang ke arah lelaki tadi.

"Maaf cik, saya cuba panggil cik tapi cik tak dengar" kata Alex.

"Oh maaf saya tak dengar." jawab Aurora sambil menunjukkan air pod  di tangan nya, isyarat dia sedang mendengar lagu. "Tapi kenapa awak panggil saya, ada barang saya tercicir ke?" Soal Aurora sambil check di jalan ada barang tercicir atau tak.

"Eh tak ada, cuma saya panggil awak sbb saya memamg cari awak tadi, nak jumpa awak.." jawab Alex dalam nada risau. Risau kalau Aurora fikir dia berniat jahat.

"Hah?" Aurora terkejut dan agak cemas sebab risau kalau kalau lelaki ni nak ragut atau rompak dia.

Dan ketika itu Aurora teringat suara namja yang dia dengar di Ivy Restaurant. A level 10 guy!

"Jangan risau, saya bukan nak ragut atau mabuk. Semalam kita ada berjumpa, masa kawan saya mabuk tu" jelas Alex.

"Oh ye ye, tapi kenapa ye cari saya?" Soal Aurora. 'Weirdo ke dia ni..' getus Aurora

"Saya nak ajak awak lunch dengan saya hari ni?" Tanya Alex dengan nada selamba. 'Fuh..!'Seram nak tungu jawapan dia..Ahhh belasah je lah..'  kata Alex dalam hati

Alex memang menunjukkan muka yang tenang. Mungkin kerana faktor kerja nya yang sentiasa perlu bertenang, tapi dalam hati nya berdebar menunggu jawapan gadis di depan nya itu. 

Terbeliak mata Aurora mendengarnya.

"Erkkk..Maaf, saya tak boleh. Hm..Saya pergi dulu ye" pantas Aurora melarikan diri.

'Gila apa mamat ni pagi pagi buta ajak aku keluar, kawan dia yang mabuk ke dia yang mabuk ni? pagi pagi buta dah terpacak sini, tak jumpa jalan balik rumah ke?' Aurora bermonolog sendiri.

"Tunggu...!" Belum sempat Alex nak bertanya Aurora dah berlalu pergi. Alex hampa sekali lagi.

                  


 

Flashback Ivy Cafe

"Zack, kau percaya tak kalau aku kata aku feel macam some kind of attraction to someone..?" tanya Alex.

"Kau? To Who? Lily??" tanya Zack tidak percaya. 

"Apa Lily pulak kau niiii.." jawab Alex kemudian dia mengeleng

"Kau lah lelaki paling gila pernah aku kenal, dari zaman belajar orang tergila kan kau tapi kau tak layan. Ada la sekali tu tengok kau rapat dengan Lily masa kolej dulu, lepas tu diam. Kau busy dengan study je, padahal kau nak kisah apa bank tu bukan orang lain punya. Family kau jugak. Eh tak paham aku" kata Zack panjang lebar.

"Penat lah Lily dok kejar kau Alex..." sambung Zack berseloroh.

Zack memang tak paham dengan Alex, mereka kenal dari sekolah. Setahu Zack, Alex tak pernah bercinta atau suka pada sesiapa. Alex juga tidak minum sebarang minuman alkohol, kata nya untuk kesihatan dia. Kalau attend party ke christmas ke, Alex akan ambil jus atau mineral water. Memang pelik seorang yang bernama Alex Xavier ni.

Alex tersengih dengan kata kata Zack

"Bank tu memang family aku punya tapi nama pun FAMILY, so bukan lah akü punya jadi kalau aku study cincai,melingkup siapa nak jawab?" tanya Alex.

"Dan..aku bukan tak nak bercinta ke apa, cuma aku tak ready lah..Lily tu aku anggap macam adik aku je.." jawab Alex lagi.

"Kalau aku tak kenal kau, aku mesti kata kau gay..ha ha ha ha.." seloroh Zack.

"Ha ha ha ha...gila!" Alex turut ketawa

"Balik cerita kau tadi, siapa yang dah curi hati kau yang keras macam batu ni? Anyone yg aku kenal ke?" tanya Zack

"Kau tak kenal..tu..dari awal kita masuk cafe ni tadi she got my attention, pelik kan?" tanya Alex sambil memuncung kan mulut dia ke arah gadis itu.

Zack menoleh ke arah muncung mulut Alex.

"Pelik jugak ni, Alex Xavier never ever give his attention to the girls..." jawab Zack.

Tiba tiba, Zack dapat idea nakal, dengan sengaja dia melanggar kopi Alex dan kopi itu sedikit tumpah di seluar Alex.

"Weyhh! Aduh kau ni, clumsy satu macam lah.." rungut Alex terkejut.

"Oopssss..sorry Alex, aku tak sengaja.." kata Zack. 

'Sorry bro, aku memang sengaja..' kata Zack dalam hati.

"Nasib baik bukan seluar putih..kejap aku pergi toilet, cuci dulu sikit.." kata Alex dan terus bangun menuju ke toilet.

Pantas Zack memulakan rancangan nya. Dia minum sedikit beer yang ada di depan nya dan menuju ke arah gadis yang berjaya curi perhatian dan dia yakin dah pun berjaya mencuri hati sahabat nya itu. Zack tersenyum nakal.

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Lala_Lullaby
Tiberr je dapat idea cerita cinta sweet sweet ni. Bagi chance ye..hehe..kalau ada kurang, maaf man saya..

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet