Ch 001

Redeeming Love

Lelaki itu perlahan-lahan berjalan menuju kearah gadis yang berambut panjang itu. Dia tersenyum melihat sekali-sekala gadis itu menyelit beberapa helai rambutnya di belakang telinga. Angin yang bertiup menyerlahkan lagi kecantikan gadis yang dilihatnya itu. Jarak mereka semakin dekat dan lelaki itu mula menghampiri gadis itu.

 

“Yahh!!” Jerit lelaki itu sambil menerjahnya dari belakang.

 

“Yahh!! Haishhh!! Taehyung-ah! Wae?! Suka sangat buat orang terkejut. Boleh tak jangan jerit bila jumpa saya? Buat sakit telinga je.” Bebel Yoobi sambil mencebik bibirnya.

 

“Hahaha. Nak tahu kenapa saya suka buat macam tu?”

 

Yoobi memandang tepat kearahnya. Mata Yoobi terkebil-kebil memandangnya sambil membuat muka innocent. Walhal Yoobi tahu apa jawapannya. Yoobi sudah lama tahu yang Taehyung menaruh perasaan kepadanya namun dia tidak mahu mengulangi kesilapan yang lalu. Kesilapan yang boleh merosakkan persahabatan mereka berdua.

 

“Saya tak nak tahu. Lagipun nanti awak kacau saya lagi.” Muka Yoobi mula kemerahan. Dengan itu, Yoobi  mempercepatkan langkahnya daripada lelaki tu dan terus menuju ke kelas.

 

Seperti biasa bagi setiap subjek, Yoobi duduk disebelah rakan baiknya, Shinhye. Shinhye ni cantik orangnya, bukan dari segi rupa paras je, namun hatinya juga baik. Dialah satu-satunya kawan yang selalu Yoobi kongsikan pahit dan manis. Tanpa kawannya itu, sudah pasti dia hanya dapat memendam persaannya itu.

 

“Hey, Yoobi. Semalam kenapa balik awal. Penat tau aku tunggu kau. Kaki aku ni hah, dah melecur berdiri tunggu kau. Mujurlah si Taehyung inform kat aku yang kau dah balik, kalau tak..Habis tapak kaki aku ni berlubang.” Kata Shinhye sambil membaiki rambutnya yang coklat kegelapan itu.

 

“Hahahah, mianhei chingu yaa. Aku terpaksa balik awal semalam sebab eomma dan appa aku nak gi outstation, so aku kena jumpa diorang dulu. Lagipun tu aku sempat jumpa 20 minit je." Yoobi merebahkan mukanya kedalam genggaman tangannya. Mukanya sering sugul apabila dia memikirkan kedua ibubapanya.

 

"Oh, takpe, Yoobi. Aku kan ada. By the way, malam ni datanglah rumah aku, eomma aku suruh ajak kau makan malam kat rumah aku. Bolehlah kau bermalam terus kat rumah aku malam ni, sambil teman aku buat movie marathon. Hehhe." kata Shinye sambil tersenyum memandang Yoobi.

 

"Yelah yelah. Aku pun dah lama tak tengok movie, maklumlah lately kita banyak sangat homework." Aku mula membelek buku setelah melihat cikgu sejarah kami masuk ke kelas dengan muka yang bengis. 

 

 

 

Seperti kebiasaan, mereka berdua akan pergi ke kafe yang berdekatan selepas pulang dari sekolah. Kesibukan ibubapa mereka menyebabkan mereka berdua sering meluangkan masa di situ daripada pulang kerumah. 

 

"Yoobi..bila besar nanti kau nak jadi apa yekk?" tanya Shinhye sambil memandang rakannya yang sedang khusyuk menghirup bubble tea yang baru dibelinya tadi. 

 

Yoobi hanya mendiamkan dirinya. Shinye kembali menyoalnya. " Ke kau nak jadi pelukis? Atau pun...penulis? Sebab aku tengok kau ni ada bakat tau dalam bidang macam tu." Yoobi masih lagi tunduk sambil berdiam diri.

 

"Yahhh! Yoobi-ah! Tak suka la kalu macam ni, asal jumpa si bubble tea ni je tak nak layan aku. Malaslah aku belanja kau lain kali." Shinhye mencebik bibirnya dan bingkas bangun menuju ke pintu keluar kafe. Yoobi mengejar kawannya itu dan mengekorinya dari belakang. Dia memecutkan lariannya dan memaut tangan kawannya itu.

 

"Shinhye-ah. Mianhei. Se...sebenarnya sampai sekarang saya masih tak tahu nak jadi apa bila besar nanti. Awak tahu kan saya satu-satunya anak dalam keluarga saya, so kemungkinan besar syarikat ayah saya tu akan diuruskan saya bila besar nati. Sebab tulah saya tak nak fikir pasal masa depan sebab saya risau saya tak mampu untuk...untuk- "Yoobi tidak mampu menahan air matanya itu. Dia menundukkan mukanya setelah beberapa titisan air mata mula gugur.

 

Shinhye terkejut melihat keadaan Yoobi itu segera memeluknya. Shinhye mengusap rambut kawannya itu dengan perlahan. "Maafkan aku Yoobi kalu aku memaksa kau tadi." Dia tahu selama ini Yoobi banyak menghadapi kesusahan dan sudah banyak perkara yang dipendamnya. Dia akui bahawa ibu bapanya juga sibuk mencari wang namun ibu bapanya berbeza dengan Yoobi.

 

Walaupun mereka sibuk tapi mereka masih lagi meluangkan masa dengan dirinya. Namun Yoobi tidak, ibu bapanya sepenuhnya fokus terhadap kerja sejak dia berumur 13 tahun. Mereka fikir bahawa Yoobi sudah matang untuk mengendalikan hidupnya tanpa dibawah penguasaan mereka.

 

Walaupun begitu, jikalau dilihat dari luar Yoobi ini kelihatan sungguh ceria seolah-olah tidak mempunyai apa-apa masalah dan dia seorang yang suka bergaul dengan sesiapa sahaja. Shinhye pula seorang pendiam jika dilihat dari segi luaran, namun jikalau dikenali lebih dalam, dia seorang yang sangat periang dan suka mengacau rakannya itu.

 

Oleh sebab itulah, mereka ini menjadi rakan baik sewaktu pertama kali berjumpa, ketika itu Yoobi berumur 14 tahun. Pergaduhan pernah berlaku diantara mereka namun perkara itulah yang menguatkan lagi persahabatan mereka.

 

 

Yoobi mengekori kawannya itu ke dapur. Sudah menjadi kebiasaannya dia datang kerumah Shinhye namun kali ini interior rumahnya kelihatan berbeza. "Shinhye-ah, aku rasa aku baru je seminggu tak datang rumah kau, tapi kan aku tengok rumah kau nampak lainlah. Ke kita silap rumah ni?." bisik Yoobi memandang keadaan rumah Shinhye. 

 

"Shhhh, nanti eomma aku dengar. Aku nak buat surprise ni." kata Shinhye. 

 

"Yelah." kata Yoobi sambil memuncungkan bibirnya.

 

"EOMMA!!" jerit Shinhye sambil menerjah eommanya yang sibuk memasak di dapur. Eommanya yang terkejut dengan jeritan itu terus berpaling kearah Shinhye sambil memukulnya dengan sudip yang berada ditangannya.

 

"Aaarghh, eomma..sakitlah, eomma sakit." jerit Shinhye mengadu kesakitan. "Siapa suruh terkejutkan eomma, Shinhye tahu kan eomma akan buat apa je bila eomma terkejut?" kata eomma Shinhye sambil mengusap anaknya dengan lembut. "Dah tu, Shinhye manalah perasan yang eomma tengah pegang sudip. Kalau Shinhye tahu..dah lama-" 

 

"Hahahhahahahhahahahha"ketawa Yoobi 

 

"Dah lah tu. Maafkan eomma ye. Lain kali jangan berniat nak terjah eomma, kalu tak bukan dengan sudip je eomma terpukul, tapi dengan periuk-periuk tu sekali. Hahaha." gelak eomma Shinhye sambil menghidangkan makanan kedalam pinggan.

 

"Hahahhahahah"" Yoobi menyambung ketawanya.

 

"Hishh, eomma ni. Ketawa pulak. Yoobi pun sama , nak kena ni. Orang tengah sakit ni, dia buat lawak pulak."

 

"Dah. .Ajak kawan tu duduk. Dalam masa 5 minit siaplah eomma hidangkan makanan ni."

 

Mereka berdua menolong menyusun lauk-pauk yang berada diatas meja. Setelah selesai menghidang makanan, mereka bertiga menikmati masakan itu dengan berselera.

 

"Yoobi, hari sabtu ni jemputlah datang kerumah. Makcik adakan majlis untuk kepulangan anak makcik. Sudah 5 tahun makcik tak jumpa dia, selama ini belajar diluar negara. Kepulangan dia ni sangat bermakana untuk makcik, makcik harap kamu dapat datang lagipun Shinhye ni mesti tak keseorangan bila majlis itu nanti."

 

"Saya okay je makcik. Lagipun sabtu ni saya free je. Terima kasih sebab sudi jemput saya." jawab Yoobi sambil tersenyum

 

"Yippee! Gomawo Yoobi, tak sabarnya eomma. Shinhye nak perkenalkan oppa kepada Yoobi. Oppa mesti suka kat kau, Yoobi. Yelah aku selalu cerita kat dia yang kau nilah sahabat baik aku. Dan dia kata dia tak sabar najk jumpa kau. Pastikan kau pakai cantik-cantik tau, biar oppa aku terpegun. Betul tak eomma?" tanya Shinhye.

 

Eommanya mengangguk sambil tersenyum memandang Yoobi yang tersipu-sipu menahan malu.



Author notes: Annyeong! Macam mana dengan chapter 1? Ok tak? Wait for the next update untuk mengetahui cerita ni dengan lebih lanjut.Sori kalau ada typo ataupun cerita ni membosankan, tapi saya harap sangat korang semua memberi peluang kepada saya dengan memberi sokongan kepada say Thanks for reading (if you're reading)..Muahh

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet