Chapter 1: My Name Is...Wait,Who Am I ??? [Prolog]

Infinite's One Shot Story Collections

 

Prolog

“Hello?Erm…Cik adik…Awak tak apa-apa?” Kedengaran suara seorang lelaki di telinga Sooyoung.Sooyoung membuka matanya dengan perlahan-lahan dan bangun.

“Di mana saya ni?” tanya Sooyoung dengan perlahan sambil menahan kesakitan di kepalanya.Dia meilhat di sekelilingnya.Terdapat tujuh orang lelaki dengan hanya memakai singlet,baju-T dan kemeja.

“Kamu semua ni siapa?” tanya Sooyoung lagi.

“Erm…Sepatutnya kami yang tanya kamu.” Kata Hoya.

“Siapa nama kamu?Dan di mana rumah kamu?” tanya Sunggyu.

“Saya…Nama saya … Tunggu…Siapa saya?” Sooyoung hilang ingatan.Ketujuh-tujuh lelaki tersebut terkejut mendengarnya.

“Jadi,kamu tak tahu siapa diri kamu dan keluarga kamu?” kali ini Sungyeol.

Ketujuh-tujuh lelaki tersebut memandang sesama sendiri lalu meninggalkan Sooyoung seorang diri di dalam bilik tersebut.Sooyoung kehairanan.

“Aish,macam mana ni?” kata Sunggyu.

“Entahlah.Nampaknya dia hilang ingatan.” Kata Woohyun.

“Jadi,apa perlu kita buat,Woohyun?” tanya Sunggyu.

“Don’t ask me.I don’t know.” Kata Woohyun.

“Sungjongie,telefon manager.Kata budak perempuan itu dah sedar.” Arah Sunggyu.Sungjong mengangguk lalu mendapatkan telefonnya di atas meja makan.Dia segera menelefon pengurus mereka iaitu Geonam.

“Hyung,budak perempuan tu sudah sedar.”ujar Sungjong.

“Baiklah.Nanti saya datang.” Ujar Geonam.

Ketujuh-tujuh lelaki tersebut masuk ke bilik tersebut semula.Ketika itu, Sooyoung,sedang memerhatikan gambar-gambar yang tergantung di dinding bilik. Bahunya dipegang oleh Dongwoo secara tiba-tiba membuatkan dia tersentak dan melatah.

“Bukan saya yang buat!” latahnya.Infinite tertawa apabila mendengar Sooyoung melatah.

“Saya minta maaf.Saya tak berniat nak menakutkan kamu.” Ujar Dongwoo sambil tersengih.

“Tak mengapa.” Sooyoung menundukkan mukanya.Suasana yang sunyi tadi tiba-tiba terganggu oleh bunyi yang datang dari perut Sooyoung.

“Mianhae.” Pipi Sooyoung merah padam. Infinite cuma tersenyum melihat Sooyoung.

“Kamu mesti lapar.Kamu belum makan lagi.” Ujar Sunggyu lalu menarik tangan Sooyoung.

Ahli Infinite yang lain cuma mengekori Sunggyu dan Sooyoung dari belakang.Sunggyu mempersilakan Sooyoung duduk di depan meja makan.

“Kami masak sesuatu dulu yang khas untuk kamu.” Ujar Woohyun sambil membelai rambut Sooyoung yang lurus dan lembut itu.

*Di mana saya?Siapa mereka?Dan yang lebih penting lagi,siapa nama saya?* Pelbagai soalan dan tanda tanya muncul di mindanya.

*Kenapa mereka baik dengan saya? Siapa mereka?* Sooyoung menjadi pening untuk memikirkan semua itu.

Setelah satu jam berlalu,terdapat banyak enis hidangan dan lauk-pauk terhidang di atas meja makan.

“Makanlah.” Ujar Sungjong.Sooyoung menganggukkan kepalanya lalu menyuapkan nasi dan daging ke dalam mulutnya.

“Wah,sedapnya! Siapa yang buat ni?” tanya Sooyoung tiba-tiba.Woohyun dan Myungsoo tersenyum.

“Woohyun dan Myungsoo yang buat.” Ujar Dongwoo.Sooyoung mencari dua orang lelaki yang dimaksudkan itu.

“Oh,saya lupa! Kamu masih belum kenal kami lagi.Ini Sunggyu hyung.Ini pula Woohyun dan sebelah dia Myungsoo.Dua orang inilah yang memasak daging itu.Yang ini Sungyeol dan yang itu Sungjong.Nama saya pula Dongwoo dan sebelah saya ini Hoya.Selamat berkenalan.Kami semua dari kumpulan yang terkenal iaitu Infinite.” Dongwoo memperkenalkan ahli Infinite seorang demi seorang.

“Inpini?”

“Bukan Inpini.Infinite.” Myungsoo membetulkan Sooyoung lalu ketawa.

“Infinite.” Ulang Sooyoung lagi.Sooyoung mengulang-ulang nama mereka dan cuba menghafalnya.Infinite tersenyum lalu memberikan satu tepukan.

“Erm…Ada sebutir nasi di tepi mulut kamu.” Hoya mengambil sebutir nasi yang terlekat di pipi Sooyoung.

“Oh,gomawo.” Ujar Sooyoung.Kedengaran bunyi ketukan di pintu.Sungjong segera membuka pintu.Geonam berdiri di luar dan segera masuk ke dalam rumah Infinite.

“Mana dia?” tanya Geonam kepada Sungjong.Sungjong membawa Geonam berjumpa dengan Sooyoung yang berada di ruang makan.

“Cik adik,kamu ingat tak nama kamu?” tanya Geonam dengan lembut.Sooyoung menggelengkan kepalanya.

“Kamu masih ingat tak apa-apa?” Sooyoung masih lagi menggelengkan kepalanya.

“Kalau macam itu,tak mengapalah.Suruh dia berehat.” Ujar Geonam lalu mengarahkan Infinite membawanya ke bilik untuk berehat.Dongwoo secara sukarela membawa Sooyoung ke bilik untuk berehat.

“Kamu tidur dan berehatlah dulu.Mungkin kamu akan ingat semula.” Ujar Dongwoo lalu meninggalkan bilik tersebut.

“Sudah?” tanya Geonam.Dongwoo menganggukkan kepalanya.

“Hyung,dia tu comellah.” Ujar Sungyeol secara tiba-tiba.Semua mata memandang ke arah Sungyeol.

“What did I said?”

“Apa yang dikatakan oleh Sungyeol tu memang betul.Perempuan tu memang comel.” Sunggyu mengaku.

“Saya sokong.” Woohyun juga menyokong.Akhirnya,semua ahli Infinite mengaku bahawa mereka telah meminati Sooyoung.Geonam menggelengkan kepalanya.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
houkigumo
-Infinite's One Shot Story Collections- Good news, subbers! I'll update this story after I finish my exams! :DD This holidays!!! No, I meant. This Joylidays!!

Comments

You must be logged in to comment
parkyura98
#1
Chapter 16: sungjong oppa!!!
i love this story ^^
AppleParsleylace #2
i love this story <3
KimFxz #3
thx i love thiss uwaaah
Dork_Kyungsoos
#4
Chapter 8: suka yang ni! sedih ! T_T
Nadz_Inspirit13
#5
Chapter 17: knape myungsoo punye pendek sgt ?? spe mr. nobody ??
Nadz_Inspirit13
#6
Chapter 8: sedihnye pasal woohyun nii~~ mula2 mmg daaa agak.. tpi x sangke betul.. wlaupon daa agak.. x thu mcm mne bleh rase sedih jgk
Twillight_Sparkle #7
Chapter 16: cincin yg cntik.....like it...
Twillight_Sparkle #8
Chapter 8: so sad.....ksiah woohyun....minhyo mninggl dunia.... ;(
Twillight_Sparkle #9
Chapter 6: uuuwwwwwaaaaaa.....(T_T)....best nyer..ahernya bersma slmanya...ska nyer.....
Twillight_Sparkle #10
Chapter 5: so sweet....dongwoo melndungi awek tu la smpa mrka jtuh hati...wlaupn msthil....