Rumah Kanak-kanak Haji Suho
Description
Mengisahkan tentang kehidupan 13 orang anak-anak yatim dengan pekerja-pekerja rumah itu yang boleh dikatakan agak bertanggungjawab.
"Ok Vernon, mulai sekarang kau tinggal kat sini." Kata Rap Monster, jiran sebelah rumah Vernon. Sebenarnya Vernon sudah seminggu kehilangan ibu bapa yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Sebagai jiran yg bertanggungjawab dan mengamalkan prinsip rukun tetangga, Rapmon menghantar budak itu ke rumah anak yatim yang agak mewah itu dan terletak tidak jauh dari perumahan mereka. Wah... baik hati betul si Rapmon ni sehingga sanggup hantar ke rumah anak yatim yang grand gempak gitu!
Kemudian, datang seorang lelaki bertelinga capang seperti yoda star wars menegur mereka. "Selamat pagi encik raksasa rap dan selamat datang Vernon! Welcome to Rumah Kanak-kanak Haji Suho!" Katanya sambil tersenyum riang menampakkan gigi, gusi dan segala benda yang ada di dalam mulut yoda itu.
"Hoi, nama aku Rap Monsterlah bukan raksasa rap."
"Samalah tu. Bukannya rap monster dalam bm raksasa rap ke?"
Soalan itu hanya dibiarkan tergantung begitu sahaja seperti kucing Rapmon yg digantung oleh Jungkook dekat kipas angin. Kesian kucing itu. Jungkook ni pun satu. Gantung kucing tu kenapa? Nak tengok kucing terbang konon. Tak pasal-pasal nyawa kucing tu yang terbang. Menangis 7 hari 8 malam Rapmon dibuatnya.
Berbalik kepada situasi tadi, Rapmon lalu beredar meninggalkan Vernon dan lelaki telinga capang itu. "Baiklah Vernon, jom masuk ke dalam. Biar abang angkut beg Vernon."
"Ok."
"Hey Chanyeol, jemput budak baru ke?" Tegur Baekhyun, si receptionist yang obses dengan eyeliner. Lelaki telinga capang a.k.a Chanyeol hanya mengangguk, malas nak melayan mamat eyeliner tu. Kalau dilayan, sampai ke malam asyik dengar gosip yang entah dari mana dia dapat. Biasalah, Baekhyun ni banyak kawan. Mungkin dari situ dia dapat info kot...
Chanyeol lalu beredar bersama Vernon ke ruang tamu rumah untuk berjumpa dengan kanak-kanak yang lain.
Foreword
Watak-watak:
Hansol Vernon Chwe (11)
Choi Seungcheol a.k.a S.Coups (14)
Lee Jihoon a.k.a Woozi (13)
Kim Mingyu (12)
Jeon Wonwoo (13)
Boo Seungkwan (11)
Lee Seokmin a.k.a Dokyeom (12)
Kwon Soonyoung a.k.a Hoshi (13)
Joshua Hong Jisoo (14)
Yoon Jeonghan (14)
Wen Junhui (13)
Xu Minghao a.k.a The8 (12)
Lee Chan a.k.a Dino (10)
Pekerja-pekerja rumah:
Park Chanyeol (driver hantar budak ke sekolah)
Byun Baekhyun (receptionist 1)
Do Kyungsoo (tukang masak 1)
Kim Jongin (driver 2)
Oh Sehun (cleaner)
Kim Minseok (tukang masak 2)
Zhang Yixing (cleaner)
Kim Jongdae (cleaner)
Huang Zitao (cleaner)
Luhan (receptionist 2)
Bos:
Kim Joonmyeon a.k.a Haji Suho
Kris Wu Yifan (business partner Haji Suho)
BTS as jiran sebelah rumah Vernon
(Fuh punyalah banyak character saya letak memang menempah maut betul)
Comments