Pindah ke Tidak?

Syaza tengah kusut sikit sekarang ni. Tak taulah nak pindah ke tidak? Permohonan sekolah SBP dengan Vokasional dah nak buka tapi still tak tahu nak pindah ke tidak. Hati cakap nak tapi errr....

Ada 3 sebab kenapa saya tak nak pindah :
1) Asrama
- Hell no asrama! Err last berpisah dengan mak dan abah pun 2 tahun lepas sebab kena pergi kem motivasi diri ni pulak nak duduk asrama. Memang tidaklah! I will miss mak dan abah. Ya, saya memang manja pun walaupun selalu kena marah dengan mak sebab degil xD Hahaha kalau duduk asrama mesti rindu nak dengar mak membebel, rindu air teh abah selalu buatkan untuk saya setiap hari. Boleh dikatakan saya ni manja-manja gedik gitulah xDD Saya pernah menangis kena tinggal dengan mak dan abah dekat kampung sampai sanggup telefon abah suruh ambik. Semenjak tu, saya tak berani nak balik kampung dengan mak cik saya. Lol jahat xD Nanti mesti rindu abang saya yg gedik tak bertempat + kuat membebel (macam Mak Jemah xD), rindu kakak yg suka layan otak saya + kadang-kadang gila dan keras kepala dan rindu adik saya yg gemok dan suka wrestling saya. Rindu bantal busuk, my triplet kittens (Die Jungs. Saya namakan mereka Die Jungs sebab warna lebih kurang macam EXO Die Jungs PB xD), telefon, novel, kawan-kawan kat sini. Say NO to asrama!
2) Buli - Kes buli sekarang ni semakin menjadi-jadi. Masing-masing nak tunjuk gengster, nak tunjuk pailang. Kawan saya selalu cakap yg itu benda biasa yg berlaku kat asrama. Tapi korang nak ke kena buli? Tak nak kan. Setakat buli ejek-ejek tu boleh tahan lagi, tapi kalau sampai pukul, sepak, tampar semua. Korang nak ke? Hishh tengok vid budak tu kena buli pun saya dah nangis, apalagi kalau kena. Memang tak sanggup!
3) H*ntu - K otak saya memang macam ni. Saya tersangatlah penakut. Memang lah kita disuruh jangan percaya benda tu, saya pun memang tak percaya benda tu. Errr.. saya ni jenis lain sikit ah. Saya dahlah spesies yg susah tidur, buatnya benda tu datang nak usha, duhhh.. guguq jantung. Saya memang tak boleh! Dahlah kawan saya selalu cerita dekat saya macam tu. Huishhh meremang~

And ada 3 jugak sebab kenapa saya nak pindah :
1) Kawan - Saya nak jugak cari kawan baru. Tapi saya ni jenis pemalu sikit dengan orang yg saya tak kenal. Ala~ malu-malu kucing je. Nanti dah kenal, ambik kau! Keluar segala hantu dalam badan aku ni xD Dan saya nak merasa jugak duduk dekat tempat asing. I mean, tinggal dengan orang baru, tempat baru. Semua barulah! Ermm.. teringin sangat.
2) Kelas - Saya pun tak tau cita-cita saya apa sekarang ni. Serious! Ni semua pasal kelas lah. Saya tak tau nak masuk kelas apa. Saya sebenarnya tak kisah kelas apa pun saya masuk asalkan takde Addmatah. Oh please~ Math pun otak aku dah tunggang-terbalik nak jawab lagikan Addmath yg 'Ali ada 2 oren, Abu pula ada 5 rambutan. Berapakah berat badan nenek Razak?' Duhh~ dengar kakak aku cerita pun mata dah berpusing dah. Kat sekolah saya ada kelas yg takde Addmath tapi itu kelas belakang lh. Tapi takkan saya dari kelas pertama tiba-tiba pergi kelas belakang semata-mata tak nak ambil Addmath. Tak ke gila?
3) Cikgu - I think I'm not suppose to tell u'alls about this. Sebenarnya, saya benci gila dengan PK 1 sekolah saya. Beria! Gila kuasa! Sama je dengan anak dia. Ya Allah~ maafkan hamba mu ini. Aduhaii~ Tapi saya memang tak suka dengan PK1 dengan anak dia. Mak dia ni beria. Ramai cikgu kat sekolah saya pun tak suka cikgu ni. Gila kuasa sebab sebelum ni sekolah saya takde pengetua and dia perasan macam dia pengetua. Ya Allah~ Lepastu madah nak bela anak dia je. Sepatutnya,anak dia tak boleh masuk kelas saya tau sebab anak dia dapat 1A je. Tapi biasalah kalau mak dah cikgu, PK1 pulak tu. Grr.. tak adil tau tak! Lepastu, anak dia tu menggatal. Ahhh~ I hate all about them. Saya nak je dorang berdua tu pindah. Saya tak suka! Tak suka! Tak suka!

Entahlah tapi sekarang saya rasa just better stay sekolah saya sekarang ni sebab saya dah biasa dengan sekolah tu. Saya sayang sekolah tu! Pasal kelas, ahhh redha jelah ada Addmath. Lol xD Korang ada pendapat? Patutkah saya stay sekolah saya sekarang atau pindah and kalau pindah tu korang suggest lah sekolah korang ke? Hahaha takde keje xD K tu jelah. Babai :D Thanks baca karangan aku yg panjang ni xDD
 

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet