My Mr.Park Chanyeol

MY MR.PARK CHANYEOL

                 "YAH!PARK CHANYEOL!!!"

Aku berdiri tegak dihadapan pintu rumah majikan aku . jeritan itu membuatkan aku terpaku dan berhenti daripada memulas tombol pintu.aku mengeluh . ya . aku pasti itu suara bakal tunang Park Chanyeol ,Yoon Bora yang sememangnya ingin berkahwin dengan tuan muda itu . entahlah . aku pun tak tahu kenapa Park Chanyeol tak nak bertunang dengan Yoon Bora tu . secara jujurnya ,Yoon Bora memang cantik memandangkan dia seorang model remaja yang terkenal atau senang cerita dia Queenkas dekat sekolah . Park Chanyeol juga antara 'top students' dekat sekolah dari segi sukan dan satu-satunya anak majikan aku.

 "Saya kata berhenti!!!"

sekali lagi aku tersentak apabila Bora menjerit lagi . dalam masa yang sama , pintu terbuka dan Chanyeol muncul dengan muka bengang . wajahnya cukup jelas untuk mengatakan yang dia benci Bora . aku sedar dia merenung aku tajam lalu aku tunduk hormat memandangkan dia tuan muda aku . dia sekadar lalu disebelah aku dan berlalu pergi.

"Park Chanyeol!!'

sekarang , Bora pula yang muncul di pintu.apabila ternampak aku , dia menjeling tajam dan melanggar bahu aku . aku terpinga-pinga sebentar lalu mengeleng.

tanpa buang masa aku melangkah masuk kedalam rumah . aku ternampak omma aku sedang menenangkan majikan aku . mungkin tertekan dengan sikap Park Chanyeol yang keras kepala.

"Eo??Haeni-ahh?kamu dah balik?"soal omma.aku sekadar mengangguk lalu tunduk hormat kearah Pn.Park.

"kamu tolong omma sambung buat kerja dekat belakang"terus aku melangkah tanpa kata-kata.

hmmm . sebenarnya aku tak pasti sama ada aku kesian dekat Park Chanyeol atau Pn.Park.kesian dekat Chanyeol mungkin sebab kena paksa bertunang dengan Bora . yalah . siapa yang suka kalau kena paksa buat sesuatu . ok. secara realitinya , aku memang suka dekat Park Chanyeol walaupun aku sedar yang pangkat aku jauh lebih rendah dari dia yang sudah jelas anak jutawan . ya . aku sedar aku siapa.

sejak tinggal serumah dengan dia , sekali pun aku tak pernah berbual dengan dia . bila aku bertanya , yang dia mampu buat hanyalah mengangguk dan menggeleng . jangan cakap berbual ,senyum pun tak pernah.entahlah.aku pun tak tahu kenapa aku boleh suka Park Chanyeol.

=====================================================================

aku bangun pada pagi yang biasa aku alami.pergi kesekolah seperti biasa.memang aku bersekolah di sekolah yang sama dengan Park Chanyeol.itu pun disebebkan Pn.Park yang biayai yuran sekolah.setelah aku nampak Chanyeol sudah pergi kesekolah dengan motor sport-nya,baru aku keluar dan berjalan kaki kesekolah.

waktu-waktu disekolah juga hampir sama setiap hari.dan setiap hari jugalah semua perempuan di sekolah itu akan duduk disekeliling gelangang bola keranjang untuk tengok Park Chanyeol dan rakan-rakannya berlatih.aku sekadar lalu saja sebab aku tak suka suasana macam tu.lagipun,aku tak ada kawan langsung dekat sekolah.

"Yah!Haeni-ahh!!"

semasa aku sibuk mengambil buku dari loker,telinga aku terdengar suara yang tidak asing lagi dalam hidup aku.siapa lagi kalau bukan Yoon Bora.

aku memusingkan badan seraya cuba tersenyum manis walaupun pada hakikatnya tak langsung "waeyo??"

"kau tak payah buat-buat tak tahu pula.kau dah rampas Park Chanyeol dari aku,lepas itu buat-buat tak tahu.sedarlah diri kau itu siapa?Park Chanyeol siapa?kau itu hanya anak pembantu rumah yang tak tahu malu.cermin diri kau itu dulu.ada hati nak rampas tunang aku.omma kau itu tak pernah ajar ke anak dia ni??" Yoon Bora membebel seraya menolak-nolak bahu aku kasar.

aku melihatnya lama.sebelum ni aku hanya mampu bersabar tapi kalau dah melibatkan omma aku,memang aku tidak boleh terima.

"tunang??sejak bila awak dah bertunang dengan Park Chanyeol??jadi,sekarang ni siapa yang tak sedar diri.satu lagi,saya tak pernah langsung nak rampas tunang awak .dah terang-terang dia yang tolak awak . dan ingat jangan libatkan omma saya !" aku menghamburkan segalanya.

aku perasan yang dia terkejut.tidak berkelip memandang aku.terkejut mungkin bila aku berani melawan kata-kata dia.tanpa aku sedar,semua orang memerhatikan aku dan Bora termasuk Park Chanyeol.aku nampak dia merenung tepat kearah mata aku membuatkan aku melarikan pandangan,lalu aku terus berlalu pergi.bengang.marah.malu.sedih.tak dapat nak gambarkan apa yang aku rasa.

==============================================================

"hujan pula~" aku mendongak melihat awan hitam yang semakin menghampiri kawasan sekolah . jadi ,aku mempercepatkan langkah aku.tapi,baru separuh jalan,hujan mula turun dengan lebat dan terpaksalah aku berteduh dibawah pondok bas berhampiran.

aku memandang sekeliling "macam lama lagi je.bila nak berhenti?" aku memeluk tubuh kerana kesejukkan.aku mula menggigil.

tiba-tiba,badan aku ditutupi oleh jaket hitam yang tebal.aku terpaku seketika dan menoleh.

aku terkelu "P-Park C-Chanyeol??" dia selamba duduk disebelah aku lalu memeluk tubuh.walaupun aku merenungnya pelik,dia masih memandang kehadapan dengan wajah serius dia.

"kau jangan pandang aku lama-lama " Park Chanyeol bersuara membuatkan aku terus mengalihkan pandangan.

"sorry fasal Yoon Bora tadi" setelah lama berdiam diri,dia bersuara lagi.aku menoleh semula dengan dahi berkerut.sorry?Yoon Bora?kejap.rasanya ini kali pertama dia bercakap lebih dari satu perkataan dekat aku.ok.tak penting.yang penting kenapa tiba-tiba minta maaf bagi pihak Yoon Bora pulak?

"u-untuk apa....?" soal aku teragak-agak .dia diam seketika.

"sebenarnya........" dia berhenti bersuara lalu menggeleng-geleng. "tak ada apa-apalah"

semakin pelik aku dibuatnya.persekitaran yang sejuk memaksa aku menarik jaket Park Chanyeol.aku memandang kearah kasut apabila masing-masing mendiamkan diri.terfikir juga,mana motor dia?tadi rasanya dia bawa motor pergi sekolah.

"aku ada soalan...." soalnya.

"a-apa?"

"macam mana...emmm...nak cakap yang aku suka perempuan itu?" aku berkerut dengar soalan itu.kenapa tanya aku?dia ada suka perempuan lain ke?

"awak bagi tahu jelah yang awak suka dia " jawab aku hambar.

"kalau dia tak suka aku??" dia kelihatan kecewa.tapi,aku tak percayalah.perempuan mana yang tak suka 'top students' dekat sekolah?untungnya perempuan itu~

"macam mana awak tahu yang dia tak suka awak?lagipun,saya rasa lebih baik awak terus-terang je.perempuan lagi suka lelaki yang jujur" jawab aku tanpa memadangnya.entahlah.tiba-tiba hilang mood untuk bercakap.kecewa ada juga.

"aku suka kau!"

aku menoleh pelik "eo??haishh~cakaplah elok-elok sikit.lagipun,kenapa cakap dekat saya?pergilah cakap dekat perempuan yang awak suka tu" aku cuba tersenyum.

"aku baru je buat dekat perempuan tu" sambung dia lagi.aku yang tadinya tersenyum terus terkedu.pandangan aku bertukar serius.apa yang dia cuba cakap ni?aku tak faham.dia baru luahkan perasaan dekat perempuan tu?takkanlah.tak mungin perempuan tu....aku??!! tak! tak! aku tak percaya.tapi semakin aku menafikannya semakin serius wajah Park Chanyeol.

"s-saya n-nak balik dulu" aku berdiri dan memulangkan jaket dia.dengan langkah yang lemah aku berjalan meredahi hujan.kepala aku masih memikirkan kata-katanya.

"Haeni-ahh!!" aku terdengar dia memanggil aku dalam keadaan samar-samar hujan lebat.kaki aku tetap melangkah walaupun dia melaung nama aku berkali-kali.aku keliru.

PPPIIIINNNNNNNNN!!!!

Tiba-tiba aku terdengar bunyi hon yang kuat.sejurus selepas itu bunyi hentaman yang kuat membuatkan aku menoleh.aku tergamam melihat sekujur tubuh terbaring di atas jalan.

P-Park C-Chanyeol?!!

terus aku melepaskan barang yang aku pegang dan berlari kearahnya.dengan gelabahnya aku meletakkan kepalanya yang berdarah diatas riba aku.tiba-tiba air mata aku mula menitis dipipi.

"Park Chanyeol-ssi!!IRONNAAAAAA!!!!JEBALLL!!" aku melaung namanya.walaupun hujan lebat membasahi bumi,aku tak peduli langsung.

"Park Chanyeol! mianeiyo!! saya minta maaf!!!" aku menggoyang-goyangkan tubuhnya walaupun dia sudah tak sedarkan diri.entah kenapa,dalam masa yang sama kepala aku terasa berat.berat sampai aku rasa macam jatuh . mata aku menjadi kabur dan akhirnya aku rebah disebelah Chanyeol.

"cik! cik! " aku terdengar orang memanggil aku tapi aku tak mampu melihat.aku hanya dapat melihat beberapa pasang kaki menghampiri aku dan Chanyeol.dan selepas itu pandangan aku gelap sepenuhnya.

================================================================

sebaik aku membuka mata,aku ternampak siling putih dihadapan aku.aku-aku dekat mana ni?

"kau okey?" tiba-tiba ada orang bersuara dan membuatkan aku tersentak.aku melihat sekeliling dan ternampak Park Chanyeol duduk diatas kerusi roda dengan kepala berbalut.

"a-apa awak b-buat dekat sini??" aku cuba duduk.terkejut melihat dia dihadapan mata sedangkan wayar masih terpasang.tapi,aku pelik kenapa dia pula yang datang tempat aku sedangkan dia lagi teruk dari aku.

"aku tengok kaulah.okey tak?ada sakit-sakit lagi?" soalnya dengan wajah risau.aku terdiam.dia masih risaukan aku walaupun dia lagi teruk.

"saya okey" jawab aku seraya tunduk.malu sebab kali pertama berbual macam ni .

"kau tak payah nangislah.tak payah risaukan aku.aku okey lepas pembedahan.kau tu hah,lagi lama pengsan dari aku.doktor kata antibodi kau terlampau lemah.sebab tu kau pengsan" aku mendiamkan diri.ya.aku lupa yang antibodi aku lemah sejak kecil.

"hmm....aku nak kau lupakan fasal semalam" apabila keadaan menjadi senyap untuk beberapa saat,Park Chanyeol bersuara.aku memandang mukanya yang jelas menunjukkan dia kecewa.dia tunduk memandang kakinya.buat pertama kalinya dia tak menunjukkan matanya yang tajam kepada aku.raut wajah yang dingin juga sudah hilang dari diri Chanyeol.

"kau lupakan je apa yang aku cakap.aku tak nak kena tolak lagi dengan kau.cukuplah sebelum ni perempuan yang aku suka tolak aku tanpa perasaan.sakit kau tahu tak?aku...." belum sempat dia menghabiskan ayat,aku mencelah.

"saya tak cakap pun saya tolak perasaan awak semalam" Park Chanyeol terpaku memandang aku.aku sekadar tersenyum menandakan aku serius.ya.memang aku tak tolak perasaan dia.aku cuma keliru tak tahu mahu cakap apa.

selepas dia faham kata-kata aku,dia tersenyum lalu dengan tidak semena dia bangun dari kerusi roda dan memeluk aku.aku terpaku dengan tindakannya.

"gomawo,Haeni-ahh!aku janji aku akan jaga kau sampai bila-bila" ucapan itu adalah perkataan yang paling aku suka dari dia.dengan perlahan-lahan aku membalas pelukannya dan tersenyum.kini,aku faham kenapa dia tidak pernah tersenyum.sebab dia ialah MY MR.PARK CHANYEOL......

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
girly_girl25 #1
Chapter 1: one shot ke ni? ouh nice