BONUS CHAPTERED

HALUSINASI (Re-Write)
Please Subscribe to read the full chapter

 

“Oppa,” lembut sahaja suara yang memanggil aku ketika aku berada dalam lamunan aku sendiri. Peristiwa yang telah menyebabkan aku mengimbas kembali apa yang telah berlaku ke atas diriku. Segera aku memandang ke arah suara sang pemanggil. Macam pernah kenal!

“Oppa!” dia terus berlari ke arah aku dan memeluk aku erat apabila aku berpaling menghadapnya. Luyeon? Apa yang dia buat kat sini? Kemudian, aku terdengar esakan kecil terbit daripada mulutnya. Aku memeluknya bagi menenangkan dirinya.

“Saeng datang dengan siapa ni?” soalku walaupun aku tahu pasti dia datang bersama-sama ommaku. Dia masih berdiam diri namun esakan tangisnya sudah semakin pudar di pendengaranku.

Kemudian, dia terus melepaskan rangkulan daripada leherku. Dia sudah mula mengesat air mata yang membasahi kedua-dua belah pipinya. Dia dah nampak tenang sikit. Hal itu membuatkan aku berasa sedikit lega.

“Saeng datang dengan omma tapi omma kata dia nak cepat, jadi dia hantar saeng ke sini. Nanti omma datang balik,” balas Luyeon. Suaranya masih serak-serak basah. Aku sedikit kecewa.

Adakah omma sudah tidak sayangkan aku?

“Saeng dah makan?” soalku. Dia menggelengkan kepalanya menandakan dia masih belum menjamah apa-apa makanan pun. Aku tersenyum kecil.

Pengawal yang menjaga kami telah memberikan sedikit waktu yang panjang untuk meluangkan masa bersama-sama memandangkan omma aku mungkin tiba lewat sedikit. Jadi, Luyeon dapatlah berehat dan bermain bersamaku di dalam tempat ini.

“Oppa... emm, boleh saeng tanya sesuatu?” sunyi. Aku tidak membalas pertanyaannya.

“Saeng duduklah dulu. Tak penat ke asyik berdiri je,” kataku sudah mula tersenyum. Sekurang-kurangnya, hari ni adikku ada bersamaku. Luyeon terus melangkah ke arah katil yang tidak seempuk katil di rumah asalku lalu duduk di atasnya.

“Betul ke oppa bunuh RapMon oppa?” tanyanya membuatkan suasana sunyi menyelubungi tempat itu. Aku terdiam sebentar. Tidak tahu apa yang patut diberitahu. Aku takut kalau Luyeon takkan percaya cakap aku seperti Mr dan Mrs Kim. Disebabkan itu jugalah, aku terdampar di sini.

“Sebenarnya, oppa dianiaya,” keluhku sebagai permulaan cerita. Ringkas dan padat.

“Dianiaya? Oleh siapa?” soal adik aku dengan naifnya. Aku tersenyum lalu menyerabaikan rambutnya. Dia mencerlung tajam ke arahku lalu membaiki rambutnya yang sudah serabut itu.

“Oppa tak bunuh RapMon pun. Oppa tak tahulah. Tapi ada seseorang yang lakukan semua itu. Biarlah. Biar kebenaran yang membukanya sebab mereka semua bukan percayakan oppa pun,” jelasku dengan keluhan kecil yang terbit daripada mulutku.

“Saeng percaya oppa,” katanya. Aku tersenyum lega. Sekurang-kurangnya adik aku mempercayai aku yang langsung tidak menipu ini.

“Oklah, oppa! Saeng kena balik dululah sebab dah lewat sangat ni,” ujarnya terus bangun berdiri menghadapi aku.

“Eh, bukan ke omma tak sampai lagi ke?” tanya aku perasan akan tiada tanda-tanda kelibat omma datang menjemputnya. Malah tingkap yang berada di bilik aku jelas menunjukkan pintu masuk ke ‘rumah’ aku ini.

“Saeng tunggu kat luar,” katanya terus berlalu pergi tanpa menoleh memandang aku yang masih terpinga-pinga.

Sebelum pintu ditutup sepenuhnya, aku terperasan sesuatu. Adik aku, saeng aku memandang aku dengan senyuman sinis dan berlalu pergi. Pandangannya sebentar tadi bagaikan menyimpan seribu makna.

 

 

“Luhan, ada pelawat mahu berjumpa dengan kamu

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
chichisakura99 #1
Chapter 2: Annyeong author!!! Citer ni mmg best la. Mmg daebak. Saya suka. Apa2 pon congrats sbb dh bt saya terhibur dengan citer ni