I Will Come To You Like The First Snow (2)

I Will Come To You Like The First Snow [Malay Fanfiction]

          Kicauan merdu burung kecil memecah kesunyian alam. Suasana sedih dan pilu menyelubungi kawasan tanah perkuburan itu. 22 November tahun lepas, sang keluarga kehilangan anak lelaki mereka. Kini, pada tarikh yang sama, mereka turut kehilangan anak perempuan mereka. Dua ibu saling berpelukan. Sang ayah pula menenangkan seorang ayah. Sahabat lelaki memujuk kekasihnya yang sedang berduka kerana kehilangan satu-satunya sahabat yang dia ada. Sedih dan pilunya hati mereka hanya Tuhan sahaja yang tahu. Namun mereka redha dengan takdir yang telah ditetapkan oleh Tuhan. Mungkin ini adalah yang terbaik untuk si mati setelah sekian lama dia menderita.

 

"Maafkan saya, makcik. Kerana tak menjaga Yewon dengan baik."

"Makcik tak salahkan kamu, Yerin. Dia pergi kerana kesakitan yang dialami akibat daripada kemalangan dulu."

"Tapi saya yang jaga dia, makcik. Sepatutnya saya nampak perubahan kesihatan dia."

"Yerin~ Memang itu takdir dia. Sudah sampai masanya untuk dia pergi. Jujur makcik sedih bila dengar khabar kematian dia. Tapi, makcik akur dengan takdir Tuhan. Biarlah dia pergi dengan tenang ya. Kamu pun, sebagai sahabat Yewon yang makcik dah anggap seperti anak sendiri, harap dapat menerima pemergiaan Yewon dengan hati terbuka."

"Baiklah, makcik"

"Makcik pergi dulu ya. Masih ada urusan lagi dengan pihak hospital yang perlu diselesaikan."

"Baik, makcik."

 

Ibu Yewon terus pergi meninggalkan Yerin. Taehyung masih lagi setia bersamanya, dia tahu kekasihnya itu masih bersedih. Perlahan-lahan keluarga Yewon, keluarga Jungkook dan saudara-mara mereka hilang dari pandangan mata. Kedinginan musim salji mulai terasa. Namun, Yerin dan Taehyung masih lagi berada dikawasan perkuburan itu.

 

******************

 

Satu jam kemudian, Yerin dan Taehyung tiba ditempat yang dimaksudkan. Dengan bantuan lampu suluh, mereka berdua mencari Yewon. Berkali-kali mereka memanggil nama Yewon, namun tiada sahutan daripadanya. Keadaan tempat yang gelap dan sunyi menyukarkan mereka untuk mencari Yewon. Setibanya dihadapan pohon tua yang tidak berdaun, akhirnya mereka berjaya menemui Yewon yang sedang duduk bersandar dibelakang pohon tersebut. Yerin terus berlari ke arah sahabatnya itu.

 

"Yewon... Kau okey tak?" , soal Yerin. 

 

Tiada sahutan.

 

"Yewon~ Aku dengan Taehyung datang ni. Kita balik ye. Kat luar ni sejuk, salji dah mula turun sikit." , kata Yewon dengan panjang lebar. Namun, masih lagi tiada respon dari Yewon.

"Yewon? Kau dengar tak ni? Yewon?" , soal Yerin.

 

          Yewon masih lagi diam seribu bahasa. Yerin mula risau dengan keadaan Yewon. Dia segera memeluk sahabatnya. namun, Yewon masih lagi kaku tidak bergerak walau sekutik pun. Terasa sejuk tubuh gadis itu. Taehyung segera memeriksa nadi Yewon, nadinya tidak bergerak. Beberapa kali dia memeriksa pegelangan tangan dan pangkal leher Yewon, namun hampa. Taehyung memandang Yerin. Gelengan kepala Taehyung membuatkan Yerin menangis. Meraung hiba gadis itu. Dipeluk erat sahabatnya dan dicium berkali-kali dahi gadis yang terbujur kaku itu. Sukar untuk dia mempercayainya bahawa gadis itu telah pergi untuk selama-lamanya. Taehyung meninggalkan Yerin sebentar, lalu dia segera menelefon pihak hospital untuk mendapatkan bantuan. Hatinya sebak tatkala mendengar raungan Yerin. Air mata lelaki yang ditahan akhirnya gugur jua.

 

******************

 

Yerin dan Taehyung masih lagi berdiri dihadapan pusara Yewon. Mereka hanya diam seribu bahasa. Hanya kedengaran bunyi angin dingin yang bertiup sayup. Yerin memandang pula pusara disebelah pusara Yewon.

 

"Jeon Jungkook

Birth : 1 September 1988

Death : 22 November 2018"

 

          Foto pasangan kekasih itu tersemat utuh pada batu pusara. Ditatap foto tersebut. Wajah dua insan yang bersemadi tenang kelihatan gembira, seakan tahu mereka akan bertemu kembali di alam lain. Yerin menghela nafas panjang. Lantas dia memeluk Taehyung yang berada disebelahnya.

 

"Awak..."

"Ya..."

"Saya tak percaya mereka dah tak ada."

"Saya tahu. Memang pahit untuk kita semua telan, tapi...awak kena tahu satu perkara"

"Hhmm?"

"Penderitaan Yewon dah berakhir. Biarlah dia bersemadi dengan tenang bersama orang yang dicintainya. Lagipun..."

 

Yerin memandang Taehyung

 

"Hari ini adalah tarikh yang sepatutnya mereka disatukan. Walaupun sukar untuk kita percaya, namun takdir Tuhan menentukan segalanya. Akhirnya mereka bersatu kembali, walaupun nyawa sudah terpisah dari jasad. Kita doakan yang terbaik untuk mereka ya?"

 

Yerin mengangguk faham. Memang benar ianya pahit, namun masih ada rasa manisnya untuk pasangan yang bersemadi tenang dibawah sana. 'Selamat tinggal, wahai sahabat. Semoga kau tenang dan bahagia bersama Jungkook di alam sana' , bisiknya didalam hati.

 

 

~~~~~~~~~~~~~~~

 

"Kim Yewon~"

 

Suara yang tidak begitu asing memanggil namanya. Yewon berpaling, kelihatan Jungkook berdiri tidak jauh daripadanya dengan senyuman manis yang tidak lekang dibibir. Tidak dapat digambarkan betapa gembira hatinya melihat wajah lelaki itu. Yewon segera berlari ke arah Jungkook lalu memeluknya dengan erat. Jungkook membalas pelukan itu, dahi gadis dalam dakapannya itu dikucup berkali-kali.

 

"Saya rindukan awak~" , kata Jungkook.

"Saya pun rindukan awak~ Lepas ni kita takkan terpisah lagi, kan?" , soal Yewon. Tidak sanggup dia berpisah lagi dengan lelaki itu.

"Tak, sayang~ Kita takkan terpisah lagi. Kita akan terus bersama sampai bila-bila~"

 

Dua insan itu saling berpelukan. Melepaskan segala kerinduan yang telah lama bersarang. Pada hari salji pertama gugur menyembah bumi mereka dipisahkan, dan pada hari salji pertama gugur juga mereka bertemu kembali. 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
hollyeu
#1
Chapter 2: Omg this so beautifully written. Saya tak tahu nak describe macam mana, tapi jujur saya katakan rasa mcm nak menangis je sepanjang baca oneshot (?) ni (tp tak nangis pun haha). Walaupun sedih, I still can feel the romantic feelingsss gitew hahaha. They're so sweet ♡ Lagi satu, saya suka sangat watak Yerin ngan Taehyung kat sini. Kenapalah diorang caring sangat huhu I cannot lah T^T

Hm, tak faham betul apasal takde siapa nak komen atau vote cerita ni, because this story deserves more! Anyway, all the best for you author :D Thanks for writing this story!

(tapi kan, kenapalah saya baru jumpa sekarang cerita ni ;_;)