Chapter 1
Dia Yang Ku KenalMata Daehyun terbuka luas sebaik hidungnya menangkap bau-bauan sedap
yang menyelerakan dari tingkat bawah.Serta-merta perut Daehyun berkeroncong
minta diisi.Dia perlahan bangun dari tempat tidurnya,menguap kecil sambil
menggeliat malas.Mengenangkan perutnya yang lapar,dia segera mengemas tempat
tidurnya lalu mencapai tuala mandi dan melangkah ke bilik mandi.
Selesai mandi dan mengganti baju,Daehyun keluar dari bilik lalu turun
menyusuri tangga menuju ke destinasi utamanya iaitu,dapur.Melihat
pada ibunya yang sedang sibuk memasak omurice untuk sarapan,daehyun
tersenyum nakal lalu berjengket-jengket mendekatinya.Tanpa membuang
buang waktu,disergahnya wanita 43 tahun itu.
"Ayy Kkamchakgia!!"latah puan Jiwon sidambut oleh ketawa panjang dari
Daehyun.Jiwon mengurut-urut dadanya lalu segera mencekak tangan pada
pinggangnya.
"Kamu nak Eomma cepat mati ekk?" tuduhnya pada Daehyun,yang masih
terkekeh-kekeh ketawa sambil menekup mulut.Daehyun segera menggeleng
kepalanya,lantas memeluk ibunya.Jiwon pura merajuk lalu menyambung
pekerjaannya yang terbantut tadi.Setelah selesai,dia mula mengatur sarapan
di meja makan.Daehyun masih memaut tangan ibunya yang sedang sibuk menuang
susu segar ke dalam gelas.
"Eomma..mianhae.."pujuk Daehyun sambil beraegyo.Jiwon menahan ketawanya dari
terlepas.Dia memang kalah pada aegyo yang dibuatoleh Daehyun.Dia cuba buat
buat tak acuh.Daehyun mula memeluk erat pada Jiwon menyebabkan tawa Jiwon
terburai.Dia tidak sampai hati meneruskan actingnya yang fail itu lalu
dia segera membalas pelukan Daehyun sambil mencium dahi anak sulungnya
itu dengan penuh kasih sayang.4 tahun Daehyun meninggalkan mereka untuk
menyambung pengajian di Paris,hari ini dia tidak ingin melepaskan peluangnya
untuk mengubat rindu yang menggunung.Daehyun hanya tertawa kecil dalam
pelukan ibunya.
“wah~wah~berani awak curang kat depan saya..”Jung Jin Mo,ayah kepada Daehyun
Tiba-tiba muncul dengan surat khabar di tangan.Taehyung,adik lelaki
Daehyun mengekori dari belakang.Daehyun masih tidak melepaskan pautan
Pada lengan ibunya.
“Hai..orang tua ni tak sedar diri pulak.Anak sendiri pun nak jeles..”
Omel Jiwon sambil menjeling pada suaminya.Jin Mo tergamam seketika
Lalu pura-pura marah sambil mencekak pinggang.
“Owh~mentang-mentang lah saya dah tak hensem,awak tak peduli kat saya..”
Cebiknya sambil menoleh pada Taehyung di sebelahnya,dengan harapan Taehyung akan mem back up untuk dia.Tau-tau aje,Taehyung dah lari
Mendapatkan Jiwon yang kebingungan.Jin Mo mental breakdown.
Please Subscribe to read the full chapter
Comments