Rumitnya hidup ini

Detik-detik Perjalanan Yang Tidak Ku Duga

 

 

 

Irene menarik nafas panjang namun hatinya masih tidak tenang dan menjadi kacau. Ingin rasanya dia menangis atau menjerit kuat-kuat untuk melepaskan sesak di dadanya. Ataupun pergi jauh-jauh dari tempat itu. Beberapa saat lagi berlalu dengan perlahan-lahan rasa cemas serta bimbang itu menyurut dari hatinya sambil meneguk minuman kegemarannya dan perasaan tenang yang turut mengalir di hatinya.

 

 

 

 

Kalaulah keretapi ni berhenti dah pasti aku akan turun. Tak kisahlah di daerah mana sekalipun, putusnya tiba-tiba. Terserah apa sahaja tanggapan yang dibuat oleh gadis itu tentang diriku, aku bukan seorang dewi yang dilahirkan untuk menolongnya. Aku juga tak punya keberanian untuk menjadi hero atau pahlawan. Bagaimana nasib yang bakal menimpanya itu bukan urusan aku! rungutnya lagi.

 

 

 

 

 

 

 

Keputusan untuk tidak masuk campur masalah gadis itu membuatkannya lebih selamat tetapi tiba-tiba sahaja lelaki setengah baya itu  berada di hadapannya. Seluruh tubuh Irene menjadi lemah sambil menunjukkan kepala, dia mengeluh putus asa.

 

 

 

 

 

 

"Maaf ya, Dik. Boleh saya bercakap sebentar?" teguran lembut dan ramah dari lelaki itu bagai memberikan semangat baru ke dalam dirinya. Seolah-olah tidak percaya pada pendengarannya Irene mengangkat wajahnya menatap raut muka lelaki itu. Lelaki itu tersenyum mesra membuatkan hatinya terasa sejuk dan hilang rasa gundah. Apa yang pasti dia lebih berani berdepan malah tidak menyangka sikap lelaki itu berlawanan dengan andaian fikiran Irene.

 

 

 

 

 

"Boleh?" tanya lelaki itu lagi masih dengan senyuman yang ikhlas. Irene mengangguk dan mulai berlapang dadanya dengan tenang. Lelaki itu duduk di hadapannya seolah-olah ingin menyusun kata-katanya lalu dia mula berbicara dengan suara yang agak perlahan.

 

 

 

 

 

"Maaf, kalau anak perempuan saya tadi menganggu kamu nak." Anak? Pertanyaan itu tanpa sedarinya terucap dari mulut Irene. Sebaliknya dia terkedu mendengar penjelasan lelaki itu dengan penuh rasa ragu.

 

 

 

 

 

 

 

"Ya, dia memang anak saya," kata lelaki itu lagi masih mengerti keraguan Irene. Dia memang suka buat perangai begitu, suka membuat orang rasa gelisah. Ermmm...maklumlah fikirnya terganggu..." Ah! Irene merasa bersalah dan mendesah kesal. Perasaan marahnya kini terpendam di hati dan terus memohon maaf kepada lelaki itu. Kerana dia tahu dah tiada guna lagi berburuk sangka dengan ayah kepada gadis itu. Irene hanya menganggap ini ujian dari Tuhan walaupun seluruh suasana perjalanan dirinya kini sudah hilang rasa teruja. Irene menepuk dahinya "Aduhai! asal aku terkena dugaan berat macam ni" sunggutnya berulang-ulang kali dalam hati.

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
skytempo97
Minta maaf andainya cerita saya kali ni kurang mantap/ x menarik mana....apepon semoga korang sihat-sihat belaka

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet