COTTON CANDY
Description
Jun Ahrin merupakan seorang jurugambar di salah sebuah studio fotografi terbaik di wilayah Tokyo. Di sebalik gambar yang cantik dan menarik, tersimpan seribu satu makna yang tidak semua orang mampu ungkapkan dalam perkataan. Ini telah menyebabkan Ahrin ditugaskan untuk mengambil gambar di sebuah majlis perkahwinan orang ternama memandangkan pelanggannya sangat menyukai hasil kerjanya.
Majlis tersebut telah mempertemukan Ahrin dengan salah seorang tetamu bernama Takashi Ryota. Tidak tahu apa yang telah Ahrin lakukan sehingga menyebabkan jejaka itu tertarik untuk mengenalinya namun perbuatan itu hanyalah sia-sia kerana dengan mentahnya Ahrin menolak. Gadis itu telah menutup rapat pintu hatinya akibat trauma yang pernah dia lalui.
Kehidupan yang aman tidak kekal lama seperti yang diharapkan Ahrin. Punca traumanya muncul semula menghantui. Jeong Jeha kembali menagih kasih yang tidak pernah dia lepaskan dan kali ini tidak akan dilepaskan lagi.
Bukan sahaja kisah silam berulang, ada sahaja perkara malang yang terjadi kepada Ahrin. Terlalu lelah sehinggakan dia terfikir untuk tinggalkan dunia ini. Mujur sahaja dia masih waras dan sedaya upaya untuk meneruskan kehidupan meskipun banyak cabaran yang perlu dia harungi.
Foreword
CHARACTERS:
Jun Ahrin (24) - OC
Takashi Ryota (27) - Rowoon SF9
Jeong Jeha (25) - Jaehyun NCT
Comments