Episod 2

My First Love

Dengan penuh berhati-hati Min Young berjalan ke arah tangga. Dia hanya berserah dan berharap supaya dapat turun dengan mudah memandangkan kotak di tangan hampir menutup pandangan matanya. Langkah kakinya diatur perlahan, satu-persatu. Namun entah macam mana dia terlangkau satu anak tangga menyebabkan pergerakannya menjadi sumbang. Dia tak dapat mengimbangkan tubuhnya kemudian.....

Bum!!!! 

Kotak yang tadinya berada di tangan terus terpelanting jatuh ke atas lantai. Min Young? Dia menyangkakan bahawa dia juga akan menerima nasib yang sama seperti kotak itu namun sangkaanya meleset. Dia langsung tidak merasai sebarang kesakitan sebalik dia merasakan bahawa seseorang sedang merangkul tubuhnya daripada terjatuh manakala tangannya pula sedang berpaut pada bahu seseorang.

Min Young tidak berani membuka mata. 'Siapa pula yang peluk aku ni?' Min Young berkata dalam hatinya.

"Neon kwenchana?" satu suara menyusup masuk ke telinga gadis itu.

'LELAKI!' hati kecil Min Young berteriak.

Perlahan-lahan dia membuka mata. Bagai nak tercabut jantung Min Young melihat pandangan mata Young Jae. Dia menjadi gugup seketika. Cepat-cepat dia melepaskan pelukan dan berdiri tegak sebelum membetulkan uniform sekolahnya.

"Neon kwenchana?" Young Jae bertanya lagi.

Min Young hanya mengangguk. Terasa seperti suaranya tersekat di kerongkong menyebabkan dia tak mampu bersuara. Dia sangat mengenali Yoo Young Jae, bukan dia sahaja malahan satu sekolah pasti mengenali lelaki kacak itu. Jika dibandingkan, populariti Young Jae sama seperti Dae Hyun. Bezanya, jika Dae Hyun dikenali kerana rupanya, Young Jae dikenali disebabkan oleh pencapaiannya yang cemerlang dalam akademik. Setiap tahun Young Jae pasti akan mendapat nombor 1 dalam peperiksaan dan masih belum ada sesiapa pun yang mampu menyaingi lelaki itu. Hebatkan?

"Saya minta maaf." ucap Min Young. Belum sempat dia menunggu respon daripada Young Jae dia terlebih dahulu berlari ke arah kotak yang tersadai di atas lantai dengan isi-isinya yang sudah termuntah keluar.

"Adoi, habis aku. Nasib baiklah barang-barang ni tak rosak kalau tak dah jadi satu kerja pulak aku kena ganti balik semua benda alah ni," bebel Min Young sendiri sambil tangannya ligat memasukkan semula alatan olaharaga yang terkeluar tadi ke dalam kotak.

Young Jae menghampiri Min Young sebelum membantu gadis itu. "Awak nak bawa kotak ni pergi mana?" soal Young Jae.

"Stor sukan," balas Min Young sepatah.

Young Jae mengangguk tanda faham. Setelah selesai, Min Young ingin mengangkat kotak itu tetapi Young Jae sudah terlebih dahulu mengangkat kotak itu lalu berdiri....

"Beratnya kotak ni. Kenapa awak yang kena angkat kotak ni? Patutnya biar budak lelaki yang buat," Young Jae sempat lagi memberikan komen.

Min Young tidak pula bersuara. Takkanlah dia nak cakap dia disuruh oleh Dae Hyun? Memang taklah kan...??

"Tak pelah, biar saya yang bawa kotak ni pergi stor sukan," ujar Young Jae sebelum pergi dari situ.

"Eh, mana boleh. Biarlah saya angkat kotak ni." Min Young mengejar Young Jae yang sudah jauh di hadapan.

Young Jae berhenti secara mengejut, hampir saja tubuh Min Young melanggar Young Jae.

"Awak fikir saya sanggup nak biarkan awak angkat kotak yang berat ni pergi stor sukan? Sayang, stor sukan tu jauh tau."

'Sayang?' Min Young menelan liur. Rasa seram sejuk pulak mendengar perkataan itu keluar dari mulut Young Jae.

'Aduh... kenapa aku boleh terlepas cakap perkataan sayang ni... malunya...' Young Jae cuba menyembunyikan perasaan malu yang mula bersarang. Harap-haraplah Min Young tak kesan apa-apa.

"Dahlah, tak payah bahas pasal ni lagi. Biar saya aje yang hantar kotak ni kat stor sukan. Lebih baik awak masuk kelas, kalau cikgu nampak awak kat sini mesti dia ingat awak ponteng kelas." cepat-cepat Young Jae pergi dari situ.

Min Young hanya mampu memandang tubuh Young Jae yang semakin menjauh.

"Kumawo..."


Wowwwww.... second chapter... I guess I've done my best right??? :)

by the way, sekarang ni saya dalam proses nak buat ff baru. ceritanya dah ada... tp mungkin x boleh taip sekarang.. maybe lpas crite nie siap... so korang bolehlah bg cadangan siapa yang akan jd heronya.. antara Yong Guk, Him Chan, Dae Hyun, Young Jae dan Jong Up. hehehe untuk Zelo saya dah sediakan satu watak khas untuk dia... keep waiting... :)

 

 

 

 

Kyaaa!!!! comelnye Dae Hyun & Zelo... *pengsan*

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
DorkyKpopLover
#1
Chapter 1: i hope i can understand this ;-;
parkeunae #2
Chapter 4: Sweet la chapter akhir ;) DAEBAK !!
Sandra_91 #3
Chapter 2: i hope this hero is yongguk oppa..
put_up
#4
Chapter 4: love the ending!!! <3
dae_yeol
#5
Chapter 4: bestnye ending dye!!sye suke criteny..padan muke daehyun..
put_up
#6
Chapter 1: jahatnye daehyun :(
put_up
#7
can't wait 4 this ff~ XD