4 Months

Baby Don't Cry
4 Months
Oppa
—— Jung Hanna

20 Disember 2013

 

Suasana di dalam bilik yang serba-serbi putih itu sangat senyap. Namun begitu, tiada langsung kejanggalan di antara Hanna dan Baekhyun. Gadis itu asyik dengan novelnya manakala Baekhyun pula sedang melihat gambar-gambar yang ada di dalam kamera Polaroid milik Hanna.

“Sama je gambar ni semua……” Jejaka itu mula memecahkan kesenyapan.

“Memanglah.” Hanna masih lagi mendengar sungutan trainee-doktor yang duduk di di sebelahnya. Namun begitu, mata Hanna masih lagi tidak lekang membaca novelnya.

“Tak bosan ke Hanna? Asyik ambil gambar yang sama je.”

Gadis itu tergelak kecil. “Kalau bosan pun, apa yang saya boleh buat?”

“Ambilah gambar dalam hospital ni.” Cadang Baekhyun.

“Ambil gambar dalam hospital ni?” dengus Hanna, “saya tak nak orang hantar saya ke hospital sakit jiwa, so no thank you.”

“Oh please Hanna, I know that your fingers are twitching. Takkanlah awak tak bosan setiap hari ambil gambar yang sama?”

Novel yang dibacanya akhirnya ditutup. Matanya dilirikkan ke arah lelaki yang nampaknya suka sangat tanya soalan personal. “Yes, Byun Baekhyun-shii. I am bored, happy?”

Baekhyun tersengih. “Very,”

“Where is this conversation going?”

“Anywhere you want.”

“Huh?”

“Cuti dah dekat dah ni, awak nak ikut saya balik kampung?” bersinar-sinar mata Baekhyun, bibirnya pula mengukirkan senyuman yang senget sedikit.

Berkerut dahi Hanna dibuatnya apabila mendengar pertanyaan itu. “Baekhyun, awak demam ke?”

“Oh I wish. Kalau saya demam pun bukan boleh ambil cuti. Kejam, kejam!”

“Huh?”

“Training periodlah sayang,” kata Baekhyun lembut. “Mana boleh ambil cuti,” sambungnya lalu mencubit pipi putih Hanna yang gebu itu.

Sayang?

“That’s not the point. Ikut awak balik kampung Baekhyun? Gila ke apa?”

“Gila awak kata? Sampai hati…….”

Hanna hanya mampu menggelengkan kepalanya melihat perangai Baekhyun yang tak ubah seperti kanak-kanak manja. Kadang-kadang musykil juga dibuatnya. Bagaimana lelaki yang kebudak-budakan seperti Baekhyun ini mampu mendapat ijazah dalam bidang kedoktoran?

“Tapi saya seriouslah Hanna, mesti boring nak mampus duduk dalam bilik ni jekan? 24 jam pandang dinding putih tu. Betul ke kita tak boleh cat dinding tu?”

“Mula dah mencarut tu,” kata Hanna dengan suara yang kecil. Namun Baekhyun masih lagi dapar mendengar kata-katanya.

“Jung Hanna! Mana boleh cakap macam tu!”

“Cakap macam mana?” tanya Hanna, wajahnya kelihatan seperti tidak tahu apa-apa.

Baekhyun mengeluh, “Hmph! Nakalnya hari ni. Tak jadilah nak bawa keluar,”

Tersentak Hanna mendengar kata-kata doktornya itu, “What did you say? Bawa saya keluar?”

“A’ah. Uri-hyungie dah bagi green light dah. Dia cakap saya boleh bawa awak keluar bersiar-siar dekat taman hospital ni. Tapi……Nakal sangat, tak jadilah,”

“Eh, eh,” Hanna terus memegang erat lengan Baekhyun, matanya menyinarkan excitement yang mengalahkan budak-budak kecil. “Saya nak keluar, bawalah saya keluar.”

Terjongket kening Baekhyun mendengarkan permintaan Hanna itu. “But you were not being a good girl.”

“Please Baekhyun?”

“Hurm……”

“Please oppa?”

Hanna menyaksikan adengan yang sangat lucu terjadi selepas perkataan ‘oppa’ dikeluarkan dari mulutnya. Mata Baekhyun terbeliak dengan begitu besar dan luas (ya, luas) sampai dah nak terkeluar dari soket. Ouch.

“Jung Hanna…Did you just……?”

“Please Baekhyun-oppa?” sekali lagi ‘magic word’ digunakan oleh gadis itu.

Baekhyun mengeluh tanda dia sudah mengalah. “Kalau awak tak panggil saya macam itu pun saya akan bawa awak keluarlah. Tak payahlah nak buat aegyo-aegyo tu semua.”

Hanna mencebik. “Tapi…”

“Tapi apa?”

“I really want to go out with you, oppa,” yes! Kelemahan Byun Baekhyun sudah dapat dikesan.

Hanna melihat ada sedikit rona kemerah-merahan di pipi jejaka itu. Hehehe, sudah malu rupanya. Baekhyun dengan sengaja mengalihkan pandangan matanya dari Hanna. Dia berasa teramat janggal melakukan perkara tersebut. Hanna pula tergelak kecil.

“Yelah, yelah,” Baekhyun terus bangun dari kerusinya dan meletakkan kamera polaroid milik Hanna di atas katil. Kemudian, dia pun berjalan ke arah sebuah almari yang berada di penjuru bilik itu. Lelaki muda itu mengeluarkan sebuah kerusi roda yang telah dilipat dengan kemas dan terus membukanya untuk kembali seperti normal. Hanna hanya melihat Baekhyun melakukan semua itu dengan senyap, sedikit musykil dengan apa yang Baekhyun lakukan.

“Kenapa pandang oppa macam tu?” tanya Baekhyun sambil menolak kerusi roda itu ke arah Hanna. Ho, sekarang dia pulak yang gunakan perkataan alah tu? Wow.

“Tu,” tunjuk Hanna ke kerusi roda yang sekarang sudah elok ada di depannya.

“Dah kenapa dengan wheelchair ni?”

“Why did you……?” blurnya mak-aih.

“For you of course, takkan untuk oppa kut.”

“Saya boleh jalanlah, kalau tak pun guna tongkat. Tak payahlah guna wheelchair ni.”

“No can do. Kalau nak keluar kena guna wheelchair, itu pesan uri-hyungie.”

“Tapi oppa……”

Tersenyum Baekhyun melihat kerenah Hanna, pandai pulak gadis ini membuat aegyo. “No buts, no oppa. Now come on,” kata Baekhyun dengan sedikit ketegasan. Dia terus menghulurkan tangannya kepada Hanna. Gadis itu mengeluarkan keluhan yang terakhir sebelum menerima tangan doktornya.

Dengan berhati-hati, Baekhyun menolong Hanna duduk di atas kerusi roda tersebut. Baekhyun mencapai kamera polaroid milik Hanna dan menyerahkannya kepada gadis itu. “Ambil gambar banyak-banyak.”

Hanna sekali lagi mencebik.

 

 Don’t hesitate another minute please take away my heart
Yes, the sharper the better, the night that even the moon has closed her eyes
If it were any other man, if it were a single verse taken from a comedy
Burn all the scars you’ve exchanged for that love

 

 

Bayu angin malam membelai Hanna dan Baekhyun yang sedang asyik melihat bintang-bintang berkelipan di langit. Suasana yang sepi buat mereka berdua amatlah jarang tetapi ketika ini, tiada langsung kejanggalan di antara mereka.

Baekhyun sudah menolak kerusi roda Hanna itu selama 1 jam. Mereka mengambil angin di taman hospital yang luas dan cantik itu. Banyak sungguh gambar yang diambil oleh Hanna. Pelik juga Baekhyun dibuatnya. Malam-malam pun cantik juga gambarnya. Terang pulak tu.

Mereka berdua berhenti dan berehat di atas sebuah kerusi (well, Baekhyun je, sebab Hanna kan duduk atas wheelchair dia). Sebenarnya, hanya Hanna yang terpegun dengan langit malam, Baekhyun pula hanya merenung Hanna dengan senyap. Sesuatu menyetuh hati Baekhyun tatkala melihat muka Hanna yang ceria itu. Namun dia tahu, di sebalik kegembiraan gadis itu sebenarnya adalah rasa sedih dan berputus asa.

Patients Baekhyun tak ramai, dan di antara mereka semua hanya Hanna seorang yang berpenyakit kronik.

Baekhyun sangat menginginkan kesembuhan buat Hanna.

“Hanna,” panggilan Baekhyun itu tiba-tiba memecahkan kesepian di antara mereka.

“Neh oppa?” tanya Hanna, matanya sekarang tertumpu kepada Baekhyun.

Baekhyun mengeluarkan sesuatu dari poket kotnya dan menyerahkannya kepada Hanna. Gadis itu melihat kotak kecil yang diberikan oleh Baekhyun lalu membukannya. Hanna mendapati terdapat sebiji pil berbentuk silinder yang berwarna separa-merah di dalam kotak tersebut.

“Ubat baru ke?”

“Prototype actually. A test or so,” balas Baekhyun.

“Dan……Oppa nak Hanna makan ni?”

“Well, saya dah tanya dah parents Hanna. And diorang cakap okay.”

Hanna memandang kosong ubat itu. “And what will this pill do to me?”

“Apa maksud Hanna? The prototype will heal you of course.”

“Sembuhkan Hanna? Like……Free from this leukemia?”

Baekhyun mengangguk. “Hanna perlu makan ubat tu dengan ubat-ubat yang lain. Prototaip tu akan bagi Hanna more strength.”

“More doesn’t mean that I’ll get better oppa,” kata Hanna dengan sedikit kesayuan. “Besides, d-day is approaching. Tak kisahlah makan ubat apa pun, nanti Hanna……”

“Jung Hanna, jangan cakap macam tu lagi. I won’t tolerate that,” tegas Baekhyun.

“Tapi op-”

“A month ago,” potong jejaka itu, “I told you to have hope and don’t give up. Prototaip itu adalah langkah pertama Hanna. Please Hanna, saya minta jangan dah sebut perkataan tu depan saya. Apa yang saya nak Hanna buat sekarang is to consume the pill, ia akan membantu Hanna. Please,”

Permintaan Baekhyun itu hanya dibiarkan tergantung. Tiada sebarang jawapan daripada Hanna. Gadis itu sekali lagi tersentuh melihat kesungguhan yang ditunjukkan oleh Baekhyun. Lelaki itu begitu bersemangat untuk menyembuhkan Hanna walhal dirinya masih lagi ditenggelami rasa berputus asa.

“I’m tired, boleh tak kita balik bilik sekarang?” pinta Hanna tanpa memberikan sebarang jawapan kepada Baekhyun.

Lelaki muda itu mengeluh, “Jung Hann-”

“Is tired. I want to go back now, please oppa?”

Dan malam itu berakhir begitu sahaja.


 

6 Febuari 2014

 

“Pada zaman dahulu, tinggal seorang gadis cantik yang bernama Cinderella. Cinderella bukan sahaja cantik tetapi juga sangat baik orangnya. Dia sentiasa tersenyum riang dan sangat peramah.”

Begitu lunak alunan suara Hanna membaca buku cerita di tangannya. Ini kali pertama Baekhyun mendengar gadis itu bercerita secara verbal. Entah kenapa, Baekhyun berasa sangat tertarik dengan cerita tersebut meskipun dongeng Cinderella itu sudah sangat sebati dengan dirinya.

“Namun sayang, kedua-dua orang tua Cinderella telah meninggal dunia ketika umur Cinderella masih muda. Sekarang, dia tinggal bersama ibu tirinya yang zalim dan juga bersama kakak-kakak tirinya,” sambung Hanna.

“Macam Ara ke Mama?” penceritaan Hanna diberhentikan dengan satu pertanyaan yang berbunyi comel. Baekhyun melirikkan matanya ke arah seorang gadis kecil yang sedang elok berada di dalam dakapan Hanna.

Hanna pula memandang gadis kecil tersebut dengan pelik. “Macam apa Ara?” tanyanya lembut.

“Cinderella macam Aralah kan? Ibu bapa Ara pun dah meninggal. Sama macam Cinderella kan?”

Kedua-dua orang dewasa itu terkedu mendengar kata-kata Ara. Ya, Ara ataupun nama penuhnya Min Ara telah kehilangan ibu bapanya sejak 2 tahun yang lalu. Gadis kecil itu tidak mempunyai saudara-mara yang lain jadi dia ditempatkan di sebuah rumah anak yatim.

Lebih menyayatkan hati lagi, nasib Ara juga sama seperti Hanna. Dia juga merupakan seorang penghidap Leukemia dan masih di dalam proses penyembuhan. Ara juga berada di bawah jagaan Baekboem dan doktor itu menyarankan supaya Hanna dan Ara ‘berkawan’.

Begitu sedih dan tersentuh jiwa Hanna tatkala mendengar background story Ara. Gadis yang berumur 7 tahun itu masih lagi merindukan kedua-dua orang tuanya. Hanna cuba memberikan kecerian kepada Ara ketika mereka mula-mula bertemu dahulu, namun apa yang Ara mahukan hanya satu.

‘Mama…Ara nak Mama. Mama mana? Ara rindu Mama.”

“Papa dah tak sayang Ara dah ke? Ara janji Ara takkan nakal lagi. Baliklah semula Papa, Ara nak Papa……”

Setiap kali kata-kata seperti ini dilafazkan, air mata sudah tentu akan datang bersama. Hanna sendiri tidak boleh menahan perasaannya, dirinya sangat sebak melihat Ara di dalam kesedihan. Dia cuba memujuk Ara supaya tidak menangis lagi tetapi tiada gunanya di berbuat yang demikian, kerana Hanna juga menangis bersama.

Pernah sekali Ara tersasul memanggil Hanna yang asalnya ‘Hanna-unnie’ kepada 'Mama'. Gadis kecil itu meminta maaf dengan segera. Namun begitu, Hanna sendiri dapat melihat kesayuan yang dipancarkan dari mata Ara. Terlalu sedih, terlalu sebak. Jika hendak dibandingkan, penderitaan Ara jauh lebih mendalam daripada Hanna.

Sejak dari hari itu, Hanna membenarkan Ara memanggilnya dengan panggilan ‘Mama’. Meskipun dia bukanlah yang sebenar, Ara masih sangat menyayanginya. Dan bulan inilah genap 2 tahun Hanna menjadi seorang ‘Mama’.

“Tapi Ara ada Mama kan? Ada Doktor Byun, ada Doktor Baekhyun……” Hanna cuba memujuk.

“Doktor Byun dengan Doktor Baekhyun bukan orang yang sama ke?” tanya Baekhyun dengan nakal, keningnya pula dijongketkan sedikit.

Ara tersenyum manakala ‘Mama’nya pula menggelengkan kepalanya tanda bosan, “Malaslah layan, aish……Ara pun tak nakal macam ni.”

“Macamlah dia tu tak nakal langsung.”

Hanna memandang Baekhyun dengan kelopak matanya separa terbuka. “Tak lawaklah,”

“Siapa buat lawak?” balas Baekhyun lagi. “Eh, eh. Cerita baru start kan? What happens next?”

“A’ah, sambunglah Mama,” pinta Ara.

Hanna tersenyum. Dia tahu bahawa Baekhyun cuba mengalihkan perhatian Ara semula kepada dongeng. Biarlah kerinduan terhadap orang tua kandungnya itu dilupakan buat sementara.

Hanna memandang ke arah Baekhyun lalu bertentang mata dengan jejaka itu.

Thank you Baekhyun-oppa.

Baekhyun tersenyum dengan sedikit kenakalan.

You owe me

 

*

 

“And they live happily ever after.” Habis sudah dongeng Cinderella yang diceritakan oleh Hanna. Dia menutup buku cerita itu dengan berpuas hati dan melirikkan matanya ke Ara yang ada di dalam pelukannya. Hanna sedikit terkejut di saat melihat anak angkatnya itu sudah lena dibuai mimpi.

“Dah lama dah dia tidur.”

“Oppa, kenapa tak bagi tahu? Kesian Ara.” Hanna membebel sedikit sambil mengalihkan gadis kecil itu ke dalam posisi yang lebih selesa.

Mata Baekhyun sudah mula berkelip-kelip, menyinarkan kenakalannya. “Nak tahu juga Prince Charming dapat jumpa Cinderella ke tak.”

“Oppa,” Hanna sekali lagi bosan dengan kenakalan Baekhyun, “don’t be so childish,”

Whaaat? Mana ada childish, I just wanted to know the ending.”

Hanna menjeling. “Yelatu……Neh oppa?”

“Hurm?”

“Ara……leukemia dia tak teruk sangat lagikan?” begitu perlahan pertanyaan yang dikeluarkan dari mulut Hanna. Dia bimbang Ara yang lena di dalam dakapannya itu akan terjaga.

“Penyakit dia baru lagi, and she’s very young. Lebih senang nak cure kalau buat treatment dari sekarang,” apa yang diberitahu Baekhyun itu sebenarnya sangatlah penting dan serious. Tetapi Baekhyun masih boleh mengatakan perkara-perkara itu semua dengan nada yang normal.

Pandangan Hanna dialihkan ke bawah untuk memandang gadis kecil itu. “Dia kena buat chemotherapy ke?”

“Every leukemia patient has to do it Hanna, you know that.”

Tangan Hanna mula membelai rambut Ara yang sedikit keperangan dan lebat itu. “Sayangnya…..Nanti rambut ni semua akan gugur.”

“I’m sure that it’ll grow back. Rambut Hanna cantik je tu,” kali ini Baekhyun pula yang membelai rambut Ara.

“It’ll grow back……That’s good.”

“Why do you ask though?”

Satu senyuman lesu terukir di bibir Hanna sebelum dia menjawab. “I’ve done chemo a lot of times. Botak sepenuhnya dah nak masuk 4 kali dah, I don’t want Ara to go through that too.”

‘’Dah nak masuk’. You mean……” Pertanyaan Baekhyun tergantung. Tangan yang asalnya membelai rambut Ara terus singgah di rambut Hanna. Alangkah terkejutnya Baekhyun melihat di tangannya ada sisa-sisa rambut gugur.

“That,” kata Hanna sambil memandang sisa guguran rambut di tangan Baekhyun, “Hanna tak nak Ara lalui semua tu over and over again,”

“Hanna……Bila start gugur rambut ni?”

“Not sure, a few weeks before oppa bagi prototaip rasanya.”

“Kenapa tak cakap?” dahi Baekhyun sudah mula berkerut. Nadanya yang ceria sudah lama menghilang. “This is very important Hanna, you should have told me!”

“Shh…Terjaga Ara nanti,” Hanna mencium dahi gadis itu, langsung tidak mengambil endah marahan doktornya. “Oppa boleh hantar dia balik bilik tak?”

“Hanna,” Baekhyun sama sekali tidak terkena dengan perangkap Hanna, “kenapa tak bagitah-“

“Boleh tak?” Hanna sekali lagi bertanya, langsung tidak mahu menyetuh topik yang sangat sensitif bagi dirinya.

Satu keluhan keluar dari bibir jejaka itu ketika dia bangun dan mengambil Ara dari dakapan Hanna. Baekhyun mendukung gadis itu dengan penuh berhati-hati kerana dia juga khuatir Ara akan terjaga.

Baekhyun memandang Hanna dangan renungan yang sedikit tajam. “I’m not done with you.”

Hanna hanya tersenyum lemah. “Good night oppa.”


 

12 April 2014

 

“Nurse beritahu yang Hanna tak nak makan ubat?” ada tanda-tanda bahaya di dalam suara Baekhyun. Selama hampir 6 bulan Hanna mengenalinya, Baekhyun tidak pernah sebegini……Menakutkan.

Hanna memilih untuk senyap. Matanya terpaksa memandang mata Baekhyun kerana takut lelaki itu akan ‘meletup’.

Why are you not eating your meds?”

“Pro…Prototaip tu satu je….yang Hanna tak makan.” Memang Jung Hanna sekarang ini berada di dalam ketakutan, terketar-ketar di saat mengeluarkan kata-katanya

“And why?”

Sekali lagi Hanna berdiam. Byun Baekhyun yang sedang berdiri di depannya sekarang ternyata sangat menakutkan, dia tidak berani untuk berkata apa-apa lagi. Ketakutannya juga sangat jelas di mata sesiapa pun.

Baekhyun yang menyaksikan semua ini masih lagi tidak menurunkan egonya, dia masih lagi dengan ekspresinya yang menakutkan itu. “Tolong jangan buat perangai boleh tak? Saya banyak lagi kerja kat luar bilik ni. Bukan nak jaga dan layan awak seorang je!” Bentak Baekhyun dengan kasar.

Tersentak Hanna mendengar marahan doktornya itu.

“I don’t want to hear any excuses. Saya akan suruh nurse masuk and bagi awak prototaip tu. And please, do me a favor and eat it.”

Awak

Bukan ke selama ini oppa panggil Hanna……Hanna?

Air mata Hanna hampir gugur di pipinya, ia sekarang hanya bermain-main di anak mata gadis itu. Baekhyun sedar akan perkara ini semua tetapi dia masih lagi memilih untuk meninggalkan Hanna. Memang sangat besar rasa bersalah yang timbul di dalam hati Baekhyun tetapi……

Aaargh, serabutlah. Kenapa kau marah dia Baekhyun? Kan dia dah nangis tu!

Siapa suruh dia degil sangat? Orang nak dia sembuh, dia yang tak nak makan ubat.

Yang kau tu nak marah-marah dia apasal? Tak gentleman langsung!

“Aaargh!” Jerit Baekhyun di luar bilik Hanna, ternyata dia masih lagi belum meninggalkan gadis itu sepenuhnya. Jeritannya itu telah menyebabkan beberapa orang yang ada di situ memandangnya dengan raut wajah yang pelik.

Baekhyun tergelak janggal dan menundukkan wajahnya sedikit. Malu!

“Apa-apa jelah.” Kini dia melihat jam tangannya pula “Alamak! Dah lambat ni!”

 

*

 

Baekhyun menguap sambil melangkah masuk ke dalam ruang bekerjanya. Dia baru sahaja pulang dari satu seminar di Seoul University dan sekarang, jam telah menunjukkan pukul 11 malam. Dia ingin sahaja berkemas dan pulang ke rumah dengan segera.

Baekhyun tiba-tiba teringat kepada sesuatu. Dengan pantas dia pergi ke kaunter jururawat di tingkat 10, di mana terletaknya bilik Hanna. Jururawat yang hanya beberapa tahun tua dari Baekhyun itu tersipu malu di saat melihat Baekhyun berlari ke arahnya. Aik, nak ajak date ke?

“Ah, Nurse Yoon, just the lady I was looking for.” Baekhyun berkata dengan nafas yang masih lagi tercungap-cungap.

Nurse Yoon yang kurang fasih berbahasa Inggeris itu hanya tersenyum kecil, buat-buat faham. “Uh…Yes?”

“Patient Jung Hanna ada makan ubat prototaip tak tadi? Yang saya bagi pada Nurse tadi?” Lah, nak tanya pasal Minah kacukan tu rupanya.

Ingin sahaja jururawat itu menjelingkan matanya tetapi dia masih lagi mampu bersikap professional. “Ah, ada. Dia makan lepas Doktor Byun keluar tadi.”

Baekhyun tersenyum ceria. “Ya? Dia makan? Baguslah.”

“Ah!” Kali ini Nurse Yoon itu pula kelihatan seperti teringat kepada sesuatu. “Lepas Jung Hanna makan ubat prototaip tadi, ada satu……Side effect yang berlaku.”

“Side effect? Apa?” Baekhyun sudah cemas.

“Jung Hanna ada muntah berdarah selepas makan ubat prototaip tengah hari tadi tetapi Doktor Byun Baekbeom dah check, dan dia bagi Hanna pain-killer.” Terang Nurse Yoon.

“Mu……Muntah berdarah?”

“Ya, tapi Doktor Byun dah bagi pain killer dan tadi saya baru check, dia tengah lena tidur.” Jururawat itu tersenyum, cuba menenangkan Baekhyun yang sudah sangat cemas itu. Namun begitu, Nurse Yoon hanya dibiarkan di tempat asalnya kerana Baekhyun sudah mula berlari meninggalkannya.

Nak pergi tengok Minah kacukan kesayangan lah tu.

Haish……Dengan orang sakit pun kalah, buruk sangat aku ni?

Eh, eh, tak baik cakap macam tu. Ish ish ish.

 

*

 

Dari meja jururawat ke bilik Hanna pada kebiasaanya memerlukan dalam 10 minit, tetapi Baekhyun  berjaya sampai dalam masa 3 minit sahaja. Dengan nafas yang dua kali ganda lebih tercungap-cungap, dia menolak pintu bilik VIP itu dengan perlahan.

Tiada satu pun lampu yang dibuka, hanya cahaya dari luar tingkap yang menjadi peneman gadis yang sedang tidur dengan nyenyak itu. Baekhyun teringat kepada kali pertama dia menjenguk Hanna 6 bulan dahulu, situasinya sama seperti sekarang tetapi pada ketika itu…….Baekhyun tidak diselubungi kesesalan.

Dia berjalan ke katil itu dengan perlahan dan hanya berdiri di situ. Matanya merenung wajah Hanna yang amat pucat dengan penuh rasa kasih. Ya, Baekhyun kini mengaku, dia sangat menyayangi gadis ini. Dia sangat mengingini kesembuhan dan kesejahteraan buat gadis ini. Tetapi, adakah semuanya sudah terlambat?

Rambut gugur……

Batuk berdarah……

Ketika Baekhyun hilang di dalam fikirannya, Hanna tiba-tiba terjaga, seolah-olah dapat merasakan bahawa Baekhyun ada di sampingnya. Tetapi kelopak matanya hanya dibuka dengan separa. “O…Oppa?”

Terkejut Baekhyun mendengar suara gadis itu. Begitu serak, begitu lemah, begitu menderita.

“Shh…Tidur,tidur. Oppa ada kat sini,jangan risau.”

“Oppa……” Hanna cuba mencapai lengan Baekhyun dan jejaka itu pun mendekatkan dirinya untuk mengenggam tapak tangan Hanna.

“Sleep okay? I’ll be here.” Baekhyun cuba untuk senyum.

Hanna mendengar kata-kata Baekhyun dan mula memejamkan matanya, sekali lagi hilang ke alam mimpi.

Baekhyun tidak lekang merenung Hanna, hatinya menyimpul penyesalan yang tidak terhingga. Entah kenapa, Baekhyun tiba-tiba menyinggahkan satu ciuman di dahi Hanna. Ciuman itu mungkin sederhana tetapi kasih sayang yang ada disebalik ciuman itu sangatlah mendalam.

I’m sorry.

 

Baby don’t cry tonight after the darkness passes
Baby don’t cry tonight it’ll become as if it never happened
You’re not the one to disappear into foam, something you never should’ve known
So Baby don’t cry cry my love will protect you

 

the writer's words

Oh mak. Lamanya tak update, but I'm here now! Comments and upvotes please? Pweaty please? Please....

By the way (wee~) Lirik lagu Baby Don't Cry dah masuk sket. Orait x? lol xD

< a tori creation >

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
hanbinhaera #1
Chapter 5: Im crying author. Congratulations. Im your fans XDD
Kkyungwifeuu12_
#2
Chapter 5: Chapter.4-Aq sekarang tngh nangis hnye disebabkan imagine yng menyentuh hati nieyy T^T....Too sad for Baek...Baek,,Dont cry jebal T^T...
Naturalpeach
#3
Chapter 5: Ok, ok..
Sedih.

Baek, jangan nangis ya sebab saya dah nangis dulu T----T !

Apapun, author-nim!! Jjang jjang! Daebak 1000% ! ^^ Speciality saya menulis sad FF tak dapat menandingi skill awak lagi :3 ! **Speciality lah sangat puihh!

Apapun, FF ni akan saya jadikan guide untuk saya menulis FF memandangkan saya buat FF heroin tu sakit juga >< !
Ok bye nanti muak pula baca komen ni penuh dengan ayat perasan terlebih :3
Yanseob_YS
#4
Chapter 5: Crita author mmg terbaik!! Smpai menangis sy bca. Sy sukakan jln crita ni. Daebak!!
tenmachan
#5
Chapter 5: Cntik,,watak dye pon hidup,, spe kate tatabhasa bm awak kurang baik,, ok, sye dpt rase mlalui penulisan awak, sayangnye cite ni tk menang,,
MiLLaJungK00kie #6
Ash,citer ni mmg sedih giler2. Sian doktor Baekhuyn.... Semua citer Ash best! good job n teruskan menulis lg. Akak sokong Ash ye. Sori akak lmbt komen... hehe..
4DwindflowerJS
#7
Chapter 5: *sobs* yah yah... TTTT^TTTT sedih gyla......... touching gyla cik Ash uat.... takleh kluar bilik nie.. mata pun bengkak sebab cita Ash nie... nak sekeh muleh sebab uat akak nangis? aighuu..sorry ash baru baca sekarang... akak kena cari feel utk baca angst.. =_=;
secret_admire #8
Chapter 5: seriously.. citer ni memang sedih giler..
entah da berapa kali sya menangis tak bertermpat.. XD

tapi, citer ni memang daebak!!
you're the best author-nim!!

fighting!!

i wii always support you!! :)
angelily95
#9
Chapter 5: you know what? you are a great author.

Ash terima pendapat orang, and i like that attitude. thanks for the effort.

i never expected you to translate that letter.

Unnie terharu.. bkn sbb ff ni, sbb Ash.


tabik spring skala 1000/100 utk Ash!

Fighting!
Shimmieh
#10
Chapter 5: there's still a lot of room for improvement sayang. Apa yang penting, always try your best no matter what people say. Tanya diri sendiri? Kenapa aku menulis? You know the answer. Pedulikan apa yang orang cakap. Your writing reflect your mind. Tahap matangnya seseorang bergantung pada cara dia menyampaikan sesuatu penceritaan. You know I see you have a high level of maturity for a 15 yrs? Tak adalah matang sampai tahap dewasa but i can see kematangan here. Ohoh, kalau ada yang terasa dengan komen ni, maaflah. Ni khas untuk Ash, sebab akak rasa Ash memang matured. So, keep calm and do what you want. Thats the key to success. Love yourself, appreciate yourself, then people will appreciate you. Got it, sweetheart?

With love,
fixi_baby