Please Don't Love Me
Description
PROLOG:
Nurul Iman memasukkan kain bajunya ke dalam almari yang sudah usang. Hanya almari tua ini satu-satunya perabot yang berada di dalam biliknya ini. Bilik yang sekian lama menjadi tempatnya beradu, mencari ilham dan melayan perasaan. Malam ini dia kembali semula menjadi penghuni bilik ini.
Tak sangka dia di perlakukan sebegini. Apakah dosanya? Di manakah silapnya? Apakah maksud semua ini? Iman rasakan ini semua tidak ubah seperti mimpi. “Aku jijik tengok kau…Jijik!” Iman menangis. Tidak pernah dia menyangka suami yang amat disayangi sanggup mencemuhnya. Iman menelan perkataan itu dengan rasa yang sangat perit. Hatinya bukan setakat patah malah hancur diracik-racik tanpa dapat disambung lagi. Patutlah suaminya tidak pernah mahu menyentuh tubuhnya walau sudah sebulan bergelar suami isteri!
Iman renung dirinya di cermin almari. Cantik. Berkulit cerah, berlesung pipit di pipi kanan dan bermata bulat. Hidungnya juga mancung dengan bibir yang semulajadi merah. Apakah kecantikan ini masih belum cukup untuk menghilangkan rasa jijik suaminya itu? Dia yakin ini bukan kerana rupa paras tapi kerana dia dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sangat daif . Inilah natijahnya kalau berkahwin dengan seorang lelaki yang jauh lebih tinggi martabatnya dari diri sendiri.
"Oh Tuhan, kalaulah dapat ku undurkan waktu pasti ku tolak lamaran itu dulu..." airmata Nurul Iman kembali jatuh berlinangan.
Foreword
Tajuk : Please, Don't Love Me!
Watak : Min Hyuk (BTOB), Gi Kwang (BEAST) , Sulli (Fx), Nurul Iman (you)
Genre : Sad, Romance
Tarikh Mula : 05 MAC 2015
Tarikh Tamat : 08 MEI 2015
Ilham Cerita : Imaginasi sendiri
Ilustrasi : T-Hyti
Khas Untuk : ◤Kᴏʀᴇᴀ Sᴛʀᴇᴇᴛ◢ Malay Writing Contest
_________________________________________________________________________________________________________________
Chak! ewah main chak chak lak dia kan? Ngada-ngada... hehe..
Actually, citer ni sis dpt idea secara spontan jer dan ditujukan khas untuk ◤Kᴏʀᴇᴀ Sᴛʀᴇᴇᴛ◢ Malay Writing Contest . Sis just tulis mengikut apa yang sis bayangkan & of course la x de kene ngene ngan sapa2 pun baik di Malysia mau pun di Korea... Niat hati nak buat citer nie jadi sedih tapi kalau masa baca korang x dpt rasa sedih langsung, sis minta maaf bebanyak la yer.
happy reading.....
* Sis Hawa*
_________________________________________________________________________________________________________________
Comments