Chapter 8

Call Me Monster

[Warning; Chap ni ada sedikit rated M, tapi yg ringan2 jer. Dun wori my innocent readers. Selamat membaca!]

 


 

Berita di TV  itu membuat mata Jisoo terbeliak. Sebuah kawasan kedai habis terbakar dijilat api, tidak ada jiwa yang terkorban tetapi kerugian dari segi wang memang luar biasa. Deretan kedai itu menampung banyak pengusaha perniagaan seperti salon, bank perkreditan rakyat, kedai elektronik, dan coffee shop tempat Jisoo bekerja.

Jisoo mencuba menelefon majikannya. Tetapi selalu disambung pada mailbox.

Jisoo membayangkan majikannya dengan sedih, lelaki setengah baya itu sangat baik terhadapnya. Tidak dapat Jisoo bayangkan betapa sedihnya mereka kehilangan bussiness keluarga seperti itu. Harap-harap semuanya telah diselesaikan, Jisoo membatin. Dan sekarang dia harus memikirkan pekerjaan kerana dia sudah tidak ada pekerjaan lagi.

"Kau boleh jadi asisten aku." Jongin mengusulkan ketika Jisoo menceritakan kebakaran yang menimpa coffee shop tempatnya bekerja.

Jisoo mengerutkan keningnya, "Tak, Jongin. Saya akan cari pekerjaan lain, secepatnya."

"Oh come on, lagi pun kau masih tak dapat keluar dari rumah ni. Para wartawan masih berkerumun di sana. Aku sendiri mengalami nasib yang sama, tak dapat keluar, aku terpaksa handle syarikat dari rumah dan akan sangat membantu kalau aku ada asisten saat ni."

Jisoo menatap Jongin ragu. Jalan keluar yang diberikan oleh Jongin memang membantu mereka berdua tetapi Jisoo merasa tidak selesa, dia telah begitu banyak memanfaatkan kebaikan hati Jongin. 

"Terimalah. Tak payah nak rasa bersalah. Aku keluarga kau juga, kan? Keluarga memang saling membantu."Lelaki itu mengedipkan sebelah matanya dan tersenyum. Bagaimana Jisoo boleh menolak kalau menerima tawaran seperti itu?

*

*

Hari berlalu begitu cepat, tidak terasa sudah hampir sebulan Jisoo tinggal di rumah itu. Hubungannya dengan Jongin berlangsung dengan baik kerana mereka berinteraksi dengan kerap hampir setiap hari. 

Menjadi asisten Jongin sangat rumit dan Jisoo harus banyak belajar. Menguruskan pekerjaan di syarikat internasional tentu saja berbeza berbanding menguruskan pekerjaan pelayan di sebuah coffee shop. Tetapi Jongin dengan sabar membantu dan membimbingnya sehingga dia lancar mengerjakan semua pekerjaannya. Dan perasaan Jisoo mula berkembang kepada Jongin.

Baginya, namja itu sangat tampan dan berkarisma. Perwatakannya yang kadang-kala dingin tetapi boleh berubah menjadi lelaki paling manis dalam sekelip mata membuatkan hati Jisoo seperti ditarik dan ditolak, dan dia suka perasaan itu. Penampilan fizik namja itu sudah pasti mampu menakhluki hati perempuan, termasuk Jisoo. Tetapi bukan itu yang utama, sikap Jongin yang lembut dan memberikan perhatian sepenuhnya kepadanya yang membuat Jisoo terpesona.

Jongin selalu membantunya, menjadi tempat meluahkan perasaan yang baik, namja itu mendengarkannya dan bersedia memberikan solusi yang baik. Jisoo berasa selesa bersama Jongin dan mula merindukan namja itu ketika mereka tidak bersama. Adakah dia mulai mencintai Kim Jongin?

Pipi Jisoo memerah. Tidak, dia tidak boleh menyimpan perasaan itu. Lagi pun Jongin pasti tidak mempunyai perasaan sedikit pun kepadanya. Namja itu baik kepadanya kerana dia adalah puteri kepada abang angkatnya, Jisung. Lagi pun namja itu pernah mengatakan bahawa Jisoo boleh menganggapnya sebagai penjaganya, sebagai keluarganya. Jisoo sangat bodoh jika mengharapkan lebih. Tambahan lagi usia mereka terpaut jauh, tujuh tahun. Jisoo yakin Jongin akan mencari wanita berpengalaman seperti Chaewon daripada melirik gadis hingusan seperti dirinya.

Dengan tegas Jisoo berusaha mematikan perasaan cinta yang mula tumbuh itu.

*

*

Kai merasa bosan. Sangat bosan. Dia menuruti permintaan Jongin, diam dan menunggu di sudut gelap dan mengamati. Seperti yang biasa dia lakukan. Dia bersedia menunggu bukan kerana ingin menuruti permintaan Jongin tetapi lebih kepada kerana dia melihat bahawa usaha Jongin dengan sikap halus dan lembutnya berhasil menahan Jisoo di sini.

Tetapi lama kelamaan dia merasa rimas dan tidak mampu menahan sabar. Jongin terlalu lambat. Dia bersikap seperti keluarga, memperlakukan Jisoo dengan penuh kasih sayang. Dan tidak segera bertindak. Kalau dia mampu keluar, dia akan segera memiliki Jisoo, menguasai tubuh itu dan menjadikannya miliknya. Kai tidak sabar menanti semua itu terjadi.

Tetapi dia memang harus bersabar. Jongin sedang kuat dan namja itu mampu menahan kemunculannya. Kai hanya tinggal menunggu Jongin terleka lalu dia akan muncul dan bertindak. Dengan rasa haus yang amat sangat untuk menguasai Jisoo.

Lelaki itu tersenyum keji. 'Tunggu aku Jisoo, kau akan sangat menikmatinya ketika aku memilikimu...'

*

*

"Mian, aku baru sedar, mesti kau rasa bosan, kan? Kau hampir tak pernah keluar dari rumah ni. Aku menyesal." Jongin menatap Jisoo penuh permintaan maaf.

"Gwaenchana, Jongin. Lagi pun saya sangat sibuk bekerja di rumah ni." Jisoo tersenyum, berusaha meredakan rasa bersalah yang ada di mata Jongin, "Lagi pun awak selalu ada temankan saya, jadi tak terasa sangat."

Jongin terkekeh, "Sungguh Jisoo, aku mesti ajak kau keluar dari rumah ni bila-bila masa. Kita boleh habiskan masa seharian di luar." Namja itu mengangkat keningnya, "Bercakap tentang muzik, kita boleh menari." Jongin berdiri lalu mendekati pemutar muzik antik di rak. Setelah muzik berputar, dia berdiri mendekati Jisoo, menghulurkan tangan lalu membongkok dengan elegan, "Sudikah anda memberi kehormatan kepada saya untuk mengajak anda berdansa?"

Jisoo terkekeh dan membalas huluran tangan Jongin. Jongin melangkah mundur, mengajak Jisoo ke ruang kosong di ruang tamu yang besar itu. Diletakkannya sebelah tangan Jisoo di bahunya dan yang satu lagi di genggamannya, dibimbingnya Jisoo mengikuti langkah tarinya. Jisoo terkekeh lagi dan dengan bersusah payah mengikuti gerakan kaki Jongin, "Serius Jongin, saya akan terpijak kaki awak nanti, saya tak pernah menari sebelum ni."

Jongin ikut terkekeh dan mereka tertawa bersama-sama. Lalu secara tidak sengaja tiba-tiba saja mata mereka bertatapan dengan dalam dan sesuatu terjadi begitu saja. Suasana penuh gurauan berubah menjadi sensual. Dan ketika Jongin menundukkan kepalanya untuk menyentuh bibir Jisoo, Jisoo memejamkan mata. Bibir itu pada mulanya terasa dingin, menyentuh bibir Jisoo yang lembut, mengucupnya dengan lembut...

Setelah yakin Jisoo menerimanya, lelaki itu menggerakkan tangannya dan membimbing lengan Jisoo supaya merangkul lehernya lalu memeluk Jisoo erat-erat dan melumat bibirnya dengan panas.

Ketika Jongin melepaskan kepalanya, matanya menatap Jisoo yang telah hanyut di dalam godaannya, "I want you...right now." Bisiknya dengan suara dalam. Dan bagaimana mungkin Jisoo menolak ajakan sensual itu? Mata Jongin begitu dalam menghipnotisnya dan Jisoo seakan-akan tenggelam di laut, lemas sehingga tiada daya.

Jongin mengangkat tubuh Jisoo seolah-olah Jisoo sangat ringan lalu membawanya menaiki tangga menuju biliknya. 

*

*

Jisoo menggeliat ketika terbangun dari tidurnya dan terus merasakan rasa tidak enak yang amat sangat di bahagian sulitnya dan seluruh tubuhnya terasa lenguh dan sakit. Dia membuka matanya dan berkerut. Kemudian baru menyedari bahawa Jongin masih ada di sebelahnya. Lelaki itu masih berselimut putih menutup pinggangnya, dia baring mengiring beralaskan kedua-dua tangannya yang berada di bawah pipinya. Nampaknya lelaki itu sudah mengamati Jisoo dari tadi, matanya nampak sedih.

Jisoo terbaring diam, tiba-tiba merasa malu. Tetapi sepertinya Jongin tidak merasakan itu. Jemarinya menyelusuri leher Jisoo lalu menurunkan selimutnya ke dadanya, mengusap lembut kesan lebam dan calar di tubuh gadis itu, lalu selimutnya makin diturunkan ke bawah, ke pahanya... dan Jisoo melihat, semakin jauh selimutnya turun, mata Jongin nampak semakin sedih. "Maafkan aku." Akhirnya lelaki itu bersuara, pekat dan penuh kepedihan membuat Jisoo mengerutkan dahinya. "Untuk apa?"

Jongin menghelah nafasnya dengan berat, lalu dia mengucup dahi Jisoo dengan lembut, dan mengusap pipinya, "Sebab aku dah rampas kesucian kau. Maafkan aku, Jisoo..."

Jisoo menatap Jongin bingung. Jonging menarik Jisoo ke dalam pelukannya, memeluknya dengan erat, "Maafkan aku, Jisoo." Jisoo membalas pelukan Jongin, "Tak apa Jongin. Saya okay."

 "Mianhae, jeongmal mianhae."

Jisoo terkedu. Jongin kelihatan berasa sangat bersalah kerana menidurinya. Semalam lelaki itu memang nampak aneh. Dipenuhi dengan nafsu dan ghairah yang sepertinya tidak mampu ditahan lagi, mungkin ghairah itulah yang menyebabkan Jongin terlalu kasar, lelaki itu tidak sengaja menyakiti Jisoo...tetapi sekarang Jongin nampak begitu membenci perbuatannya, nampak begitu jijik kepada dirinya sendiri membuat Jisoo terus memeluknya dengan lembut.

"Gwaenchana, Jongin."

Dan Jongin terdiam. Tidak mengatakan apa-apa lagi.

*

*

"Kau setan!" Jongin menatap bayangan Kai di cermin. "Kau memperlakukan dia seperti pelacur!"

Kai mengangkat keningnya, "Well, aku memang tak dapat tahan lagi. Lagi pun... kau tak boleh menyalahkan aku, aku sudah lama menantikan dia. Bukan salah aku kalau aku terlalu berghairah dan sedikit melukakan dia."

"Kau kata sedikit?" Jongin merasa geram, mengerut pahit ketika mengingati tubuh Jisoo tadi pagi. Hatinya serta merta hancur, menyedari bahawa Jisoo dilukai tetapi dia tidak mampu berbuat apa-apa.

"Kau binatang Kai! Kau dah rampas kewanitaan dia, Demi Tuhan!"

"Ah ya..." Kai tertawa, "Dan kau harusnya berterima kasih dekat aku sebab aku memberikan kesempatan untuk kau mengambil kesucian dia."

"Setan!!" Jongin menjerit marah, tumbukannya melayang ke arah kaca, menghancurkannya, membuatkan bayangan Kai terpecah menjadi kepingan kecil-kecil tetapi Kai tidak terpengaruh. Lelaki itu ketawa terbahak-bahak, mentertawakan emosi Jongin yang meluap-luap.

"Hati-hati, Jongin." Kai bergumam di sela tawanya, "Kau tahu kan kalau kau marah, aku akan menguasai tubuh kau—"

*

*

"Tuan mencederakan tangan Tuan begitu dalam." Takuya mencabut serpihan kaca di buku jari Jongin dengan berhati-hati. Setelah yakin tidak ada kaca lagi, dia membasuh luka Jongin dengan alkohol dan antiseptic lalu membalut luka itu.

"Tuan sedar kan, tuan harus menahan kemarahan, jika tidak—"

"Aku tahu. Kalau aku marah atau tak dapat mengendalikan emosi, aku akan lemah dan Kai menjadi kuat." Jongin mencuba menggerakkan tangannya yang dibandid, lalu berkerut ketika merasa sakit, "Semalam aku terleka... dan Kai melukai Jisoo."

"Tuan tak boleh menyalahkan diri sendiri. Kehadiran Jisoo menjadikan tuan Kai semakin kuat."

"Aku tahu. Seharusnya aku menjauhkan Jisoo dari dari aku tapi aku... aku mencintai Jisoo, Takuya." Suara Jongin kedengaran terseksa. "Aku tahu kalau dia berada dekat dengan aku, dia akan berada dalam bahaya tapi aku sangat egois tidak mampu berjauhan dari dia. Apa yang patut aku lakukan Takuya?"

Takuya mengamati tuannya dengan sedih. Dia juga tidak tahu. Tuannya ini telah menanggung penderitaan sejak lama kerana kehadiran Kai yang begitu kejam di dalam dirinya tetapi mereka adalah satu jiwa yang sama, satu tubuh, cuma dua keperibadian yang berbeza. Tuan Jongin sangat baik, sayangnya alter egonya... sangat jahat.

Jongin menghelah nafas panjang, menatap Takuya dengan hati-hati lalu berkata misteri kepada Takuya. "Lakukan apa yang harus kau lakukan bila tiba saatnya nanti Takuya..."

*

*

Tao mengamati rumah Jisoo dari dalam keretanya. Dia sudah tahu bahawa rumah itu kosong dan dia tidak akan mendapatkan apa-apa tetapi dia ingin datang hari ini untuk mencari petunjuk. Kenapa Jisoo menghilang setelah kematian kakaknya di rumah banglo itu? Apakah Jisoo tahu identitinya telah terbongkar sehingga dia bersembunyi dari wartawan? Tetapi bersembunyi di mana?

Tao sudah mencuba mencari di semua orang yang mungkin berhubungan dengan Jisoo tetapi hasilnya sia-sia. Tidak ada yang tahu di mana gadis itu berada.

Ketika seorang pak cik tua penjual sayur kebetulan lalu di situ dan berhenti untuk beristirehat sambil berteduh di bustop dekat rumah Jisoo, Tao terua turun dari keretanya dan menghampiri lelaki tua itu.

"Saya ingin bertemu rakan saya di rumah ni tapi rumahnya kosong." Tao menunjuk ke arah rumah Jisoo. Pedagang sayur itu menoleh ke rumah Jisoo dan tersenyum, "Maksud kamu Jisoo?"

"Neh. Adakah ahjussi mengenali dia?"

" Saya mengenali Jisoo sudah lama, saat harabeoji dan halmeoninya masih hidup lagi. Dia anak yang baik, hormat pada orang tua." Pedagang itu tersenyum mengenang Jisoo.

"Ahjussi tahu dia pergi mana? Saya langsung tak dengar khabar dari dia dan rumahnya juga kosong."

"Mungkin dia bersama kakaknya?"

Tao terus memasang umpan, berharap kalau pedagang sayur itu tahu sesuatu, "Kenapa ahjussi cakap macam tu?"

Pedagang itu rupanya tidak mengikuti perkembangan dunia artis dan hiburan, dan dia nampaknya tidak tahu bahawa Chaewon, artis yang sangat terkenal itu adalah kakak tiri Jisoo.

Pak Cik itu mengerutkan kening mencuba mengingati sesuatu, "Kali terakhir saya bertemu Jisoo, dia sedang membeli barang dapur. Saya sempat bertanya, dan dia kata dia akan pergi agak lama bersama kakaknya untuk berkenalan dengan calon abang iparnya."

Itu informasi yang sangat membantu. Tao merenung pedagang sayur itu pergi dan dia kembali ke keretanya. Tiada yang pernah mengjangkakan hal itu bahawa Jisoo pergi bersama kakaknya untuk menginap di rumah jutawan bernama Kim Jongin itu. Kalau ia benar-benar terjadi bererti Jisoo ada di dalam rumah itu ketika kematian kakaknya terjadi?

Tetapi kenapa tidak ada yang tahu kehadirannya? Sedangkan di pemakaman Chaewon juga dia tidak muncul. Para wartawan yang sempat berkemah di depan rumah Jongin pun tidak mampu menyedari kehadirannya. Seperti ada misteri yang tersembunyi di sini.

Apakah Jongin menyembunyikan Jisoo di sebalik rumah besarnya yang berpagar tinggi itu?

Tao menjalankan keretanya dan mengarahkannya ke rumah Jongin dengan penuh tekad. Dia harus dapat mencari tahu apa yang ada di sebalik pagar yang tinggi itu.

*

*

"Tangan awak cedera." Jisoo menyentuh jemari Jongin yang dibandid, "Kenapa?"

Jongin menggelengkan kepalanya, "Cuma luka kecil, ia berlaku secara tak sengaja tadi." Tatapannya berubah lembut ketika menyelusuri seluruh tubuh Jisoo, "Kau sendiri bagaimana? Gwaenchana?"

"Nan gwaenchana, Jongin."

Tatapan Jongin kembali sedih, lelaki itu menyentuhkan jemarinya di pipi Jisoo, mengusapnya lembut, "Aku jadi takut mendekati kau, aku takut aku akan menyakiti kau lagi. Kau harus tahu Jisoo, hal terakhir yang ada di fikiran aku ialah menyakiti kau."

Jisoo mendongakkan kepalanya dan tersenyum kepada Jongin, "Saya percaya, Jongin."

*

*

Ketika Tao sedang mengamati rumah Jongin di sudut yang tidak terlihat, jendela kacanya diketuk. Dia menoleh dan mengerutkan keningnya melihat susuk lelaki berpakaian rapi berdiri di sana. Diturunkannya kaca jendelanya. "Ya? Ada apa?"

Lelaki itu nampak serius, dia melirik ke arah rumah mewah milik Kim Jongin dan menundukkan tubuhnya supaya dapat melihat Tao dengan jelas, "Anda Tao wartawan investigate yang saya tahu mempunyai reputasi bagus. Maaf, saya telah menyelidiki tentang anda sebelum ni."

Takuya menghelah nafas panjang, "Saya adalah ketua pelayan di rumah Tuan Kim Jongin. Saya mempunyai informasi untuk anda tetapi sebagai gantinya saya ingin meminta tolong anda melakukan sesuatu."

"Melakukan apa?" Tao terus tertarik ketika mengetahui ada orang dalam yang ingin memberikan informasi. Takuya melirik ke kanan dan kiri, nampak tidak tenteram berdiri di luar kereta Tao, "Boleh saya masuk? Tidak selamat bagi saya untuk berdiri di sini dan berbual dengan anda."

Sejenak Tao ragu. Dia menatap Takuya sekali lagi tetapi kemudian menyimpulkan bahawa lelaki itu adalah lelaki baik. Dia membuka kunci pintu keretanya. Bunyi 'klik' terdengar dan Takuya melangkah masuk ke dalam kereta, duduk di sebelah Tao.

"Sekarang bagaimana?" Tanya Tao kemudian.

"Mohon pandu kereta anda jauh dari rumah ni. Saya akan jelaskan semuanya kepada anda di perjalanan." Takuya tidak menjelaskan semuanya kepada Tao, informasi yang diberikannya kepada Tao hanyalah kebohongan yang boleh memberikan alasan kepada Tao untuk membantunya. Tuan Jongin telah menyuruhnya mencari orang yang dipercayai untuk membawa Jisoo lari kalau tiba waktunya Kai menguasai tubuhnya. Dia harus menyelamatkan Jisoo dari Kai tetapi Tuan Jongin melarangnya memberitahu semua rancangannya kepadanya.

Takuya harus merancang semuanya sendiri dan berjaga-jaga jangan sampai Tuan Jongin tahu kerana kalau Tuan Jongin tahu, Kai berkemungkinan besar juga mampu mendengar.

Rancangan ini mengancam nyawanya, Takuya tahu itu. Tetapi dia tidak peduli. Dia sudah meminta Arisa dan anaknya pindah jauh ke tempat yang semoga tidak diketahui oleh Kai. Takuya telah memutuskan hubungan dengan mereka. Dia telah mengucapkan selamat tinggal dalam perpisahan yang haru. Dia sudah bersedia mati demi kesetiaannya kepada Tuan Jongin. Sekarang tinggal meyakinkan Tao untuk membantunya.

*

*

"Jisoo terperangkap di rumah Tuan Jongin, dia menahan Jisoo kerana Tuan Jongin ingin menjadikan Jisoo sebagai pengganti kakaknya." Takuya menyelesaikan kebohongannya, "Saya meminta bantuan anda untuk membantu Jisoo melarikan diri kerana saya tak dapat melakukannya. Bawa Jisoo pergi jauh dari rumah ni. Dari bandar ini kalau perlu. Saya tahu anda mempunyai banyak kenalan yang boleh membantu anda dan anda boleh pergi ke mana saja tanpa diketahui, sebab itulah saya meminta bantuan anda untuk menolong Jisoo lari ke luar negeri kalau perlu."

Ini akan menjadi berita yang luar biasa. Tao menghelah nafas panjang. Merasa senang, "Kalau saya buat semua tu, apa yang saya akan dapat?"

"Anda tak boleh memuatnaik berita tentang pelarian Jisoo atau obsesi Tuan Jongin untuk menjadikan Jisoo pengganti kakaknya." Takuya nampak serius, "Kalau anda melakukannya, saya berani katakan bahawa pengaruh kuasa Tuan Jongin mampu membuat anda kehilangan kredibiliti dengan menuntut anda di mahkamah atas pencemaran nama baik."

"Jadi apa untung yang saya dapat?" Tao berkerut, mula berasa bingung atas kesepakatan ini.

"Anda akan mendapatkan berita ekslusif mengenai siapa keluarga kandung Chaewon, siapa ayah kandung kepada adik tirinya. Berita itu akan menguntungkan anda."

Sangat luar biasa. Tao tidak mampu menahan diri untuk tidak tersenyum " Okay deal . Jadi siapa keluarga kandung Chaewon?"

Takuya menggelengkan kepalanya. "Seseorang akan mengirimkan semua failnya ke pejabat anda nanti setelah anda berjaya membantu Jisoo. Sebelum tu, anda harus membantu Jisoo melarikan diri dahulu dan menolongnya ke luar bandar, kalau perlu ke luar negeri."

Lelaki itu mengeluarkan envelope coklat yang besar dan tebal dari dalam jaketnya. "Saya tak boleh menggunakan cek sebab itu akan mudah dikesan, jadi maafkan saya menggunakan wang tunai. Ini wang untuk proses membantu Jisoo melarikan diri. Semoga cukup." Takuya meletakkan envelope tebal itu di tengah-tengah kerusi.

Tao meneguk air liur sambil melirik envelope coklat itu. Tapi Takuya nampak begitu ketakutan seakan melarikan diri dari Kim Jongin adalah hal yang sangat sulit.

"Adakah Kim Jongin sangat hebat dan menakutkan?" Tao bertanya berdasarkan riak wajah Takuya yang ketakutan. Dan Takuya mengangguk tanpa ragu. "Dia sangat hebat. Anda harus berhati-hati. Kalau menginginkan sesuatu dia akan mengejarnya sampai dapat. Saya mohon lindungi Jisoo sehingga dia boleh lari, surat berisi bukti-bukti tentang latar belakang Chaewon saya telah siapkan di peti rahsia di sebuah bank. Orang kepercayaan saya akan mengirimkannya segera kepada anda setelah anda berhasil menyelamatkan Jisoo."

Takuya tersenyum kepada Tao, menghulurkan tangan dan Tao menyambutnya, "Terima kasih atas kerjasama anda, Tao-shi. Nanti kalau terjadi sesuatu kepada saya sehingga saya tak boleh bertemu anda lagi, anda tahu betapa saya menghargai bantuan anda." Ucap Takuya dan segera turun dari kereta, meninggalkan Tao dengan seribu satu persoalan.

*

*

Jongin merasakannya. Dia sudah tidak mampu menahannya. Kai begitu kuat, mendesak untuk menguasai tubuhnya. Jongin sudah sekuat tenaga menahannya. Dia tidak ingin Jisoo mendekati dirinya yang mengerikan ini. Jisoo pasti akan terus membencinya.

Jauh di dalam sana Kai tertawa mengejek. "Kau bodoh sebab terperangkap dengan perasaan, Jongin. Cinta hanya akan membebankan kau. Sekarang kau makin lemah kerana kau jatuh cinta."

"Diam kau!" Jongin mencuba menghilangkan bisikan-bisikan Kai di dalam sana. "Aku tak akan biarkan kau menyakiti Jisoo."

"Jisoo milik aku." Kai mengucapkannya dengan yakin seakan itu sebuah kebenaran."Kau tak akan mampu menyingkirkan Jisoo dari aku Jongin, apapun rancangan kau, aku akan mengetahuinya. Aku tahu kau sedang merancangkan sesuatu dibantu oleh Takuya. Korang tak akan berhasil. Jisoo akan menjadi milik aku."

"Dia mencintai aku. Bukan diri kau." Jongin menggeram marah.

"Aku tak memerlukan cinta dari Jisoo, silakan." Kai terkekeh, "Aku menginginkan tubuhnya untuk memuaskan aku, aku akan tundukkan dia di bawah kekuasaan aku—"

"Kau gila!"

"Ia bukan lagi satu rahsia Jongin..." Kai tersenyum kejam. "Kegilaan aku dan hasrat ingin membunuh ini sebenarnya milik kau juga. Atau kau sudah lupa? Kita adalah satu. Kau rasa Jisoo masih mampu mencintai kau kalau dia tahu bahawa kitalah yang membunuh seluruh keluarganya? Harabeoji dan halmeoni dari pihak Chaewon, harabeoji dan halmeoni dari pihak Jisung dan kedua-dua orang tuanya sendiri, Hyejin dan Jisung. Ah lupa, Chaewon juga . Jisoo pasti akan sangat membenci kau!"

Jongin berkerut, merasakan kepalanya berdentam-dentum. "Kau yang melakukan semua kejahatan keji tu. Bukan aku, dasar iblis!"

"Aku melakukannya dengan tangan kau, Jongin. Ingat itu. Kita ialah dua yang menjadi satu. Satu yang terdiri dari dua." Kai tertawa. Dan saat itulah Jongin merasakan semuanya menjadi gelap. Ia berusaha menggapai dan menahan tetapi Kai terlalu kuat dan mendesaknya hingga dia menyerah.

"Jisoo..." Nama itu terucap di bibirnya sebelum kesedarannya hilang.

 

Bersambung...

 

 

 

 

 

 

;Tadaaa! Dah siap update! Huwaaa, apa dah jadi dgn Jongin. Kai ni jahat an an XD

Em, nak tanya ni...korang prefer sy update panjang2 atau sebaliknya? 

And jgn lupa bagi feedback ya. Sesungguhnya komen2 dr awok-awok semua bagi sy semangat nak teruskan ff ni :)

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
BlueOceanHeart #1
Chapter 16: Wahhh a beautiful love story~~~
Sedihnyaaa dah tamat, lama sy tggu author update tau. Tp apapun tahniah yaaa. And yes, buat sequel please heheh
Melting_95 #2
Chapter 14: Bile nak update lagi? Saya rindu lah T____T
lugege_
#3
Chapter 14: Kai ㅠㅠㅠ Ingatkan Kai dah mati. Saya hmpir menangis uhuhu
lugege_
#4
Chapter 13: Kai jangan mati T_____T saya lagi suka Kai berbanding Jongin actually T_T
Lisa_bpgirlz
#5
Chapter 13: Uhuks..sedihnya...kesian Kai. Jisoo tak nak kat dia...uhuks..Kai kena langgar...saya rasa saya pilih Kai dari jongin sebab Kai...prihatin dalam serius. Apa yang aku mengarut ni? Haha..
BlueOceanHeart #6
Chapter 13: Huhuhuu menghayat hati betul... T_T
Kalo boleh sy nak dua2 masih hidup.
Sy tggu awk update ok, hwaiting!