Can You Love Me?
Description
Tanpa sebab, tanpa alasan, Kim Hana diceraikan dengan talak tiga sejurus selepas dinikahkan. Luhan sanggup melukai hati dan perasaan Hana walaupun Hana ada satu-satunya wanita yang dicintainya.
Kim Jongin a.k.a Kai (abang Hana) kemudiannya menikahkan Hana dengan Oh Sehun demi amanat arwah ibunya dan amanat arwah daddy Oh Sehun.
Oh Sehun tiada pilihan kerana dia amat menyanjungi arwah daddynya. Setelah mummynya, Oh Sera mengugut akan melucutkan semua kemudahan dalam hidupnya. Dia nekad ingin memusnahkan hidup Hana. Tetapi, Hana yang keras hati tidak gentar membalas segala perbuatan dan kata-kata nista Oh Sehun terhadap dirinya hingga membuatkan hati Oh Sehun terpaut padanya.
Sedikit demi sedikit, rahsia terbongkar. Siapa Oh Yunmi?
Kenapa Hana harus berkahwin dengan Oh Sehun?
Siapa pula Meeya yang sering mengganggu hubungan mereka?
Saat cinta mula mewarnai hati, Luhan muncul menagih kasih. Fitnah pula ditabur oleh insan yang hatinya diracuni dendam.
Dapatkan Oh Sehun dan Hana mencapai kebahagiaan?
Foreword
"Kau boleh blah tak? Rimaslah aku tengok muka kau!" - Oh Sehun
"Kau ingat aku nak sangat bertandang ke bilik kau yang busuk ni? Kau ni dah mengganggu ketenteraman aku! Kalau kau nak main lempar barang macam budak kecik tak cukup umur, kau pergi main kat luar!" - Kim Hana
Comments