Naughty Kiss
Description
"Apa? Apa? Apa? Ingat aku takut dengan kau?? "
Kataku berani dengan muka ala-ala taiko pasar malam.
"Ish kau ni, aku cium kau kang" katanya marah.
Aku agak terkejut dengan kata-kata si lelaki durjana yang hensem ni. Cium?? What?? Takde benda lain ke??
Dah gatal ke apa? Aku tengok dia dengan muka yang terkejut.
Dia nampak bangga, dengan smirk hanat dia sebab berjaya buat aku tergugat sikit. Sikit jehh.
"eee... Tak malu ke cakap macam tu kat orang? Dah takde benda lain ke nak cakap? Dah takde modal eh? Ke kau__"
Tak sempat habis cakap dia dah agah aku dengan dekatkan muka dia kat aku. Kekonon nak cium gitu.
Aku terus terdiam Dan automatiknya menjauhkan diri. Terkejut wehh! Ingat nak kena cium dah tadi.
"Tahu pun takut. Cakap banyak. Kau bising lagi aku cium kau betul-betul"
Katanya menggertak lalu pergi membawa diri keluar kelas. Aku pulak duk tercegat macam patung sebab terkejut.
Macam tiba-tiba trauma gitu dengan perkataan 'cium' ni. Tiba-tiba aku rasa muka aku panas.
Huii! Kenapa ni?! Dia bukan cium pon, tapi asal aku rasa macam ni?!
Bermulalah kisah hikayat hang jebat Dan puteri santubong.... Takdelah, gurau jerr...
Bermula kisah cinta yang penuh dengan kesuwitan, kesawitan, keswagkan, kegangsteran ,kepoyoan, kesengalan, kebangangan, kecintatigasegian, kekacauan, kejelessan, ke apa lagi? Segala macam ke lah. Kosongkan minda anda dan..... Selamat membaca y'all! Swag! 3 dollar!
Foreword
Kim Minyoung .
Seorang yang kuat membebel , dan rajin menolong ommanya di kedai bakery milik keluarga iaitu 'Kim's Bakery' . Namun, dia sering tertidur didalam kelas kerana menolong ommanya memulihkan kembali perniagaannya setelah seseorang mengupah geng penyamun memusnahkan kedainya itu .
Kim taehyung
Gangster sekolah yang gemar tidur didalam kelas . Handsome , suka pikat perempuan, suka langgar peraturan, kesimpulannya perangai macam setan . tapi apa yang membuatkan Taehyung tertarik terhadap Minyoung? betul ke dia tertarik ? atau pun dia cuma minum teh tarik?
Comments