Wasilah Antara Kita
Description
Byun Baekhyun.
Umurnya 31 tahun dan masih belum berkahwin.
Bukan tidak mahu atau takut dengan komitmen namun, masih belum menemui pasangan yang tepat.
Bercinta? Tidak pernah sekali pun sepanjang 31 tahun dia hidup di muka bumi ini.
Belajar dan membaca. Dia membesar dengan melakukan dua perkara itu.
Bosan? Ya, hidupnya memang bosan. Malah, lebih membosankan jika mahu dibandingkan dengan subjek kegemarannya, Sejarah.
Namun, tidak pernah disangka, jalan hidupnya yang bosan itu telah menemui titik perubahan apabila dia terpaksa menggantikan tempat pengantin di hari perkahwinan adiknya sendiri!
Sanggupkah dia menjadi 'isteri' kepada kekasih adiknya yang muda 7 tahun daripadanya? Tidak, sanggupkah Park Chanyeol yang cinta mati akan adiknya menerima dia sebagai pasangan hidup secara tiba-tiba ?
Benarkah cinta sejati itu akan wujud untuknya?
Foreword
Hey, guys! Saya kembali lagi dengan sebuah cerita baharu. Idea sering datang tanpa diduga. Walaupun cuti hanya berbaki beberapa kerat hari sahaja, keinginan untuk menulis tidak mampu dihalang. Saya harap kalian suka akan cerita kali ini. Terima kasih :)
Comments