Money & Stranger 1

One Wish Dimension

"haaahhh...," Hwiyoung menghembus nafas lega selepas membuat senaman bina badan. Dia kena pastikan ototnya diregangkan dengan betul. Dia juga memastikan badannya menjadi lebih fleksibel agar dapat mengelak apa-apa serangan tidak dijangka dari musuh. Sepanjang 3 bulan ini, Hwiyoung kena pastikan dia dapat bina badan yang kuat dan tahan sakit. Sebab itu dia biarkan dirinya dibuli kerana ia salah satu cara membina daya tahan sakitnya. Bila cukup 3 bulan ini, dia akan pastikan dia balas balik secukupnya pada pembulinya. 


Kenapa 3 bulan dia perlukan? Sebab ada sebuah event penting berlaku di Underworld, dimana orang berpengaruh atau famiglia yang terkenal akan pergi ke Dark Night Cruise, sebuah kapal mewah 6 tingkat yang dipenuhi pelbagai jenis orang menjual barang, informasi yang boleh menjatuhkan famiglia lain atau sebagainya, menjual perkhidmatan upahan untuk dibunuh atau memberi perlindungan dan banyak lagi benda yang menarik. Orang yang kurang berpengaruh atau newbie seperti Hwiyoung boleh menyertai event ini. Ia merupakan waktu yang sesuai baginya untuk mulakan misinya. 


Tapi ada satu masalah besar bagi Hwiyoung sekarang ini selain membina badannya selama 3 bulan ini. 


Dia perlukan duit.


Hwiyoung mengeluh. Gaji dia bekerja di cafe manager Jae akan dapat 2 minggu lagi. Takkan lah sepanjang minggu ni dia nak makan instant food. Instant food ni lah membebankan badan dia sekarang ini. Beratnya hampir mencecah 50 kg, memang kurang sihat bagi dirinya kerana dia terlampau kurus dan dia lah orang paling kecil di dalam kelasnya. Untuk menguatkan badan, makan makanan yang sihat. Boleh dikatakan, sepanjang dia hidup di dimensi ini, dia tidak pernah makan makanan yang bergoreng atau berlemak langsung! atau apa-apa makanan yang sedap dan menyihatkan. Dia malas menggunakan bahan makanan yang ada dirumah ini. Dia rasa seperti berhutang pada keluarga ini. Lebih baik dia beli sendiri dan dia juga perlukan peti sejuk dibiliknya. Kalau makan ramyeon je setiap hari, memang minta kad merah rasanya kerana instant food boleh merosakkan buah pinggang dan mindanya. Dia kena fikir cara lain untuk mendapatkan duit selain dari tempat kerja di cafe. Bukan sahaja makanan, dia perlukan duit untuk membeli barang penting seperti jaket kalis peluru, pistol dan sebagainya di Underworld. Barang disana amat mahal. 


Hanya 9000 won yang tinggal. "haaah....," makin berpanjanglah keluhan Hwiyoung. Dia menggaru kepalanya melihat duitnya sekarang. 


Hwiyoung duduk termenung di atas katil berhadapan meja komputernya. Sambil mengelap peluh dari hasil senamannya tadi. Dia cuba fikir semaksimum mungkin. Apa yang boleh bantu dia dapatkan duit dengan cepat dan mudah. 


Hmm... 


Hmm.......


Hmmmm...? 


Kejap.


Tiba-tiba, ada satu idea bernas melintas di dalam kepalanya. 


Yup. 


Dia melihat komputernya. 


Die teringat tentang nama samarannya di dunia gelap. 


Leo. 


Hwiyoung tepuk dahinya. Asal tak fikir dari tadi?! 


Dia lupa yang Hwiyoung kecil ni hacker di dimensi ini. 


Yup, cara yang paling efektif untuk mendapatkan duit dengan cepat dan senang. 


Senyuman jahat muncul diwajahnya. 


"hehe...haha...HAHAHAHA...AHAHAHAHAHA," mula lah ketawa jahatnya dibiliknya.


Menggunakan kelebihan hacker didalam badan ini amat bagus. "tak salahkan curi data famiglia kan? aku kan hacker...hehe,"




Sementara waktu itu, Taeyang dan Chani terdengar adiknya tertawa gila di biliknya. 


Zuho yang tengah mengajar adik beradik kembar di dalam bilik mereka pun terdengar tawa gila Hwiyoung ditingkat bawah. 


'patut ke aku siasat budak gila ni?' kata hati Zuho dengan risau. 





Kalau Hwiyoung kecil pernah bantu Chess menangkap mana-mana famiglia yang buat kerja haram sebelum ni, mesti Chess bagi ganjaran padanya. Dia boleh lupa pula informasi yang penting ni semasa mendapat memori dan juga kelebihan Hwiyoung kecil di ruangan putih itu sebelum dia merasuk badan Hwiyoung kecil. 


Hwiyoung terus mengambil kerusi dihadapannya dan duduk. Jari telunjuknya menekan on di komputernya. Skrin mula menyala terang dengan jelas. Selepas membukanya. Muncul main page komputernya. Terdapat banyak icon atau file tertera di menu utama komputernya. Nampak sahaja icon yang unik berbentuk tengkorak, tangannya bergerak automatik tekan seperti dia tahu apa yang dia buat. Icon tengkorak itu namanya ialah Constellation. Didalamnya penuh berkaitan dengan hacker Leo. Segala-galanya ada didalam itu. Duit, apa-apa barang dimiliknya atau pun dokumen penting yang dia pernah hack mana-mana famiglia sebelum ini untuk dibuat ugutan. 


Selepas memasuki beberapa password yang diminta dan sedikit security wall yang dibuat khas untuknya bagi mengelakkan orang lain hack komputernya.


Selepas berjaya membukanya, terdapat banyak mesej dari pelbagai famiglia yang memerlukan perkhidmatannya sebagai hacker.


"wow banyaknya mesej," kata Hwiyoung yang masih sibuk scroll mesej menggunakan tetikusnya.


Klik! 
Klik! 
Klik! 


Namun, dia beralih tumpuannya pada 'akaun' Leo. Dia terus mengklik icon berbentuk duit di website Constellation miliknya itu. Dia pun ambil segelas air untuk menghilangkan dahaganya. 


Purssshhhhh!!!


"Uhuk! Uhuk!!," Hwiyoung terbatuk-batuk selepas tersembur air yang diminumnya tadi. 


WOI! 10 JUTA WON!


Banyak juga duit walaupun Hwiyoung kecil jarang mengambil upah dari mana-mana famiglia.


Dia terus scroll bawah, terdapat beberapa maklumat dia belum lagi serap dimindanya. Hwiyoung mendapati memiliki 2 rumah, satu apartment modern yang berdekatan sekolahnya sebagai tempat untuk berehat dan juga tempat untuk lari dari rumah keluarganya jika mak ayahnya balik ke rumah manakala satu lagi rumah yang dijadikan homestay di busan, rumah homestay itu berdekatan dengan pusat utama Underworld. Masih lagi tidak digunakan dan dibiarkan disana. 


Hwiyoung cuba ingat dalam memori yang dia dapat dari Hwiyoung kecil, tentang apartment modern berdekatan sekolahnya. Dia patut ke sana dan bersihkan rumah itu yang telah ditinggalkan selama seminggu lebih. Disana juga ada peti besi yang mempunyai duit dan barang berharga. Jadi dia boleh ambil duit itu untuk belanja apa-apa yang penting. 


Hwiyoung tengok jam di dinding.


Pukul 8:10 malam. Alang-alang dia boleh tidur disana selepas kemas bersih-bersih. Duduk sehari disana dan pergi sekolah hanya berjalan kaki sebab ia dekat dengan sekolahnya. Disana juga ada tersedia sepasang baju sekolah. Dia tidak perlu risau untuk bawa baju ke sana. 


Hwiyoung pun terus ambil beg belakangnya dan memasuki beberapa buku teks sekolah yang ada pada jadual hari isnin. Siap sahaja mengemas, Hwiyoung pun terus mengambil kunci rumah apartmentnya di bawah laci komputernya.


Dia pun buka pintu dan keluar dari biliknya. Berjalan melepasi bilik pembantu rumahnya, dia pun tiba di dapur kemudian teruskan perjalanannya ke ruang tamu namun dia terpaksa berhenti langkahnya.


Zuho di atas sofa ruang tamu.


"kamu nak pergi mana waktu malam macam ni?" kata Zuho sambil menghirup coffee baru dibuat oleh dirinya sendiri.


Hwiyoung buat muka bengapnya. "jalan-jalan ambil angin...," jawabnya selamba.


"dengan beg di bahu tu?"


"alahh jalan-jalan jer...,"


"waktu malam macam ni?" 


"budak muda sekarang ni ada jiwa yang membara haha,"


"kalau nak lari dari rumah bagi lah excuse yang baik sikit," 


'uh...serius lah dia ingat aku nak lari dari rumah ke?,' kata hati hwiyoung. Wajahnya terus panik. Orang ni memang dah salah faham rasanya. 


Zuho nampak Hwiyoung menjadi panik. 


'Kiranya tekaan aku betul, budak dihadapan aku ni nak larikan diri,' wajah Zuho semakin serius. Walaupun dia merupakan anak yang dilupakan, tapi Hwiyoung tetap daripada keluarga Kim. Kalau budak ini menaruh dendam, kemungkinan keluarga ini serta pengaruh mereka di Underworld mungkin akan musnah. 


"kamu tak rasa menyesal ke tinggalkan rumah ini?,"


"......,"


"apa kata saya tolong kamu berbaik dengan ayah kamu," 


"heh...," Hwiyoung pula tersenyum dan mula menyilang kedua tangannya di dadanya. "serius lah? Nak selesaikan hubungan saya dengan keluarga ni yang telah lama koyak ni?" 


Zuho pula terdiam. Hwiyoung mula menunjukkan taringnya pada Zuho. Dia menunjukkan sikap sebenarnya pada Zuho.

 

"haahh....saya dah lama cuba...semuanya tetap sama," Hwiyoung menunjukkan senyuman sayu nya. Dia memikirkan segala usaha Hwiyoung kecil membuatkan mak ayahnya bangga tapi akhirnya tiada hasil. "saya dah letih. Tapi thanks....sebab sudi nak tolong saya walaupun kite ni tidak berapa kenal sangat," 


Zuho dapat rasa kesunyian hati dalam diri Hwiyoung. Budak 16 tahun dihadapannya ini terpaksa berfikir seperti orang dewasa. Tiada siapa menjadi tempat dia bergantung. Sanggup mak dan ayahnya menghiraukan anak bongsu mereka dan lebih sibuk memikir masa depan abang kembar mereka. Hwiyoung juga ada masa depannya. Zuho berfikir tetapi dia tidak tahu cara untuk membantu budak ini. Sekarang ni pula budak ini ingin melarikan diri dari rumah. Apa patut dia buat untuk menahan budak ini dari melarikan diri dari rumah?


Hwiyoung merenung Zuho yang terdiam seketika. 'dia tidak fikir bukan-bukan kan? Harap dia tidak fikir aku lari dari rumah. Aku cuma nak kemas rumah aku je kat sana...,' fikirnya. Tapi Hwiyoung pernah terfikir juga nak larikan diri dari rumah tapi tu macam dramatik je. Satu lagi, Zuho hanya mementingkan imej keluarga ini bukannya risau tentang dirinya. 


"err...kalau tak ada apa-apa saya jalan dulu," Hwiyoung malas nak layan Zuho yang berusaha memikirkan kebaikan keluarga Kim sahaja. Zuho yang sama seperti di dimensi lamanya itu. 


"Kejap!," kata Zuho dengan panik. Dia tidak boleh biarkan budak ini lari dari rumah. Reputasi keluarga Kim dalam bahaya. 


Hwiyoung betul-betul tidak faham dengan Zuho. Tutor ni nak apa dengan dia ni. GAAHHHH!!! Please leave HIM ALONE!! 


"haihhh....nanti esok saya balik rumah lepas waktu sekolah. Ni cuma study group dekat rumah kawan," kata Hwiyoung sambil menghela nafas tidak puas hati. Dia terpaksa menipu. Ini lah salah satu caranya. Dia sekarang perlukan duit dan duit itu dekat apartmentnya. 


"ye ke?" 


"ye....nanti esok saya balik rumah," jelas Hwiyoung. Haihh...Zuho ni mak dia ke apa? 


"ok," jawab Zuho dengan ringkas. 


Dengan lekas, dia terus berjalan cepat keluar dari rumah ini. 


Zuho pula tahu, alasan yang diberi oleh Hwiyoung adalah tipu. Tapi dia terpaksa biarkan sahaja kerana dia tiada hak apa-apa ke atas budak itu. Harap apa yang budak itu janji untuk balik ke rumah ini esok. Dia akan cuba mencari jalan untuk merapatkan hubungan Hwiyoung dengan abang kembarnya, Taeyang dan Chani. 







Sekarang tepat 8:30 malam. Hwiyoung pun berjalan di tepi deretan penuh dengan kedai. Lampu jalan dan juga kedai memeriahkan lagi suasana di situ. Dia juga melalui cafe managernya tapi malangnya ia ditutup kerana Manager Jae kata dia ada hal penting untuk diuruskan. 


Selepas melepasi deretan kedai, dia terus masuk ke lorong kiri, dimana rumah apartment terletak di sana. 


Dia pun berjalan perlahan. Tanpa lampu jalan disitu, ia menambahkan lagi suasana gelap di lorong tersebut. Dia berjalan dan berjalan sehingga----


Tuddd! 


Hwiyoung terasa dia terpijak sesuatu tadi. Dia dapat rasakan sesuatu melekit di tapak kasutnya. Suasana yang gelap ini membuatkan Hwiyoung tidak peka apa yang dia pijak tadi. Dia pun memandang ke arah tempat dia pijak tadi. 


"ehh?!," Hwiyoung terperanjat bila dia dapati dia telah terpijak tangan manusia. 


Terdapat seorang lelaki berambut coklat, terlentang dengan berlumuran darah. Wajahnya tidak kelihatan kerana ia rambutnya yang berselerak diwajahnya bercampur darah. Hwiyoung tidak dapat kenal pasti identiti lelaki ini. 


"uhh...,"Hwiyoung memicit hidungnya kerana bau darah yang terlampau kuat. Namun dia takkan lah nak biarkan lelaki ini mati terlantar di tepi jalan. 


Tanpa banyak merungut, Hwiyoung ingin melihat wajah lelaki tersebut sebelum memastikan lelaki itu bahaya atau tidak baginya. 


Hwiyoung terperanjat. 


Lelaki yang cedera ini ialah Inseong. Merupakan seorang pembunuh upahan terkenal di Underworld dan juga anggota rahsia CHESS. 


Macam mana boleh dia cedera teruk macam ni?! Seingat Hwiyoung, Inseong di dimensinya dulu diselamatkan oleh managernya, Jaeyoon. 


Tapi di dimensi ini, Hwiyoung yang jumpa Inseong dulu. Patut ke dia selamatkan lelaki ini atau tunggu Manager Jae selamatkan dia? 


Melihat nafas Inseong yang semakin pendek dan mukanya yang semakin pucat kerana kehilangan terlampau banyak darah, Hwiyoung tiada pilihan dan terus menggendong lelaki yang tinggi dan besar di belakangnya. Hwiyoung merungut kecil kerana lelaki ini terlalu berat. Tidak boleh berbuat apa-apa, anggap je lah salah satu latihan angkat berat untuk bina badannya. 


Dia pun bawa lelaki ini ke apartmentnya itu. 







Terasa panas, keseluruhan badannya sakit tidak dapat bergerak. Dia panik. Dia ingat selepas lari dari musuhnya, dia terus pengsan tak ingat apa-apa. Kejap! Dia kena tangkap ke? Paniknya semakin menguat. Menggunakan kesemua tenaganya hanya membuka matanya untuk melihat situasi bahaya yang dia hadapi sekarang ini. Selepas membuka matanya...


Dia dapati dia terbaring di atas sofa yang agar lebar sikit dan kain selimut menyelimuti keseluruhan badannya.


Dia di ruang tamu?


"hah! Bangun pun kau!," kata seorang budak remaja yang memakai apron  bergambar kucing dihadapannya sambil memegang spatula. "nak makan tak? Baru je habis masak ni,"


Inseong memejam celik matanya beberapa kali. Dia cuba fokus tapi rasa paniknya masih menguasainya. Dia tak nampak apa-apa cuma memikirkan musuhnya yang membunuh rakan-rakannya dihadapan matanya. Dia terus terbangun dari sofa. Matanya merenung tajam pada budak remaja dihadapannya. 


Hwiyoung terperanjat dan mengambil 2 atau 3 langkah kebelakang. 


Aura membunuh keluar dari Inseong dengan kuat. 


"GHUKK!!," 


Tangan Inseong terus mengenggam leher Hwiyoung dengan pantas.

 

----------~---------

 

A/N : saya ada edit sedikit, ada perenggan yang tidak lengkap. Sorry! >~<

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
WhiteRunes
Cliffhanger

Comments

You must be logged in to comment
minsikyeoja
#1
Chapter 1: so, mereka bertukar tempat la ke demensi lain hahaa menarik~~