Chapter 3

Arjune Armanda [OG]
Please Subscribe to read the full chapter

       Gambar 2 orang lelaki dihantar melalui kakaotalk. Mata mereka berdua saling memandang antara satu lain. Salah seorang daripada lelaki itu menyerahkan satu fail bertulis 'SULIT'.

" Kau ingat peraturannya?" soal lelaki itu dingin dan berbisik. 

" Ingat Tuan, saya takkan bagitahu sesiapa, tapi kalau Tuan Lee tahu macam mana ?" bisiknya separa risau. Kalau kantoi nanti habis semua kena.

" Asalkan kau tutup mulut dan cari 2 ekor ni kau akan selamat. Cepat cari!"

Lelaki itu terangguk- angguk takut terus dia bergegas keluar dari ruangan itu.

" Maafk-"

Mata helang lelaki bertubuh sasa itu terus mengutip 2 keping gambar dan fail coklat pekat itu. Gambar tersebut dibelek dengan riak kosong.

" Apa benda ni?" soalnya dengan dingin.

Makin berdebar lelaki yang terlanggar sang helang itu, siapa tak terkejut, orang yang dilanggar tu adalah orang yang paling digeruni. Siapa la dia ketika itu?

Rasa berpasir air liurnya.

" Takde apa tuan, ini-"

" Kau pangkat bawah, macam mana kau boleh masuk dalam bilik ni!" kolar lelaki itu ditarik ganas hampir saja terkoyak baju t-shirt yang dipakai.

" M..maafkan s..saya Tuan! , say-" 

" Sebelum muka kau pecah baik kau bagitahu apa yang jadi, kau jangan ingat kau boleh buat taik bila ketua kau takde " 

" Ikut aku, kau pun ! " pintu bilik khas itu ditendang, lalu menyeret kadetnya masuk ke dalam bilik itu tadi. 

 

 

               " Kau ingat ni pertandingan renung mata ke?!, korang gay ke! jawab laaa!" tengking Chang Jun dengan bengang. Giginya diketap geram sehingga berbunyi krakk.

" D..dua orang tu dia lari dari kem askar, katanya mereka dibuli dan seorang lagi tu memang bekas gangster dari sekolah menengah dipaksa masuk ke sini sebab bapa dia orang berkuasa. Jadinya dia terlepas masuk sekolah tahanan dan masuk ke sini selepas graduate Tuan" lancar sahaja mulut lelaki yang mengarahkan kadet biasa itu untuk mencari kadet lain. 

Chang Jun mendiamkan diri.

Dia tahu kes seperti ini sering berlaku, sedangkan sekolah asrama pun boleh ada kes acah terpaling kuat terpaling senior, masa kan pula kem disini. 

" Kau tahu siapa yang buli dia orang dua ni?" soal Chang Jun datar. Dua keping gambar itu diketuk dengan jari lalu duduk menghadap mereka berdua.

"Kami tak tahu, sumpah.. saya tahu yang saya pangkat bawah Tuan Yong. Tuan Yong tak tahu anak buah dia kena buli sejak masuk. Kami rahsiakan"

Chan Jun berdecit.

" Korang ni sumpah d*** hilang, kau jantan ke sajat ?" 

" Lelaki tuan, kuato 3 ada lagi , anak 5 dah " sahut salah sorang.

Mulut Chang Jun terangkat sedikit, senyum sinis.

Dia ingat dia bodoh ke tak tahu apa yang berlaku dalam ni. Dorang semua ni memang cari nahas, baru 2 bulan dia ditugaskan di sini senang- senang je budak-budak ni buat perangai beghuk dia dekat sini.

" Cari 2 ekor ni , aku bagi sampai 2 mingu. Kalau tak jumpa dua- dua aku mandulkan" Chang Jun bingkas bangun ingin beredar

" D...Dua minggu mana cukup tuan"

" Betul tuan, lagipun dah lama kami cari dia, semua kadet putus asa cari, ni pun saya baru m..minta budak kadet baru ni carikan " terangkanya lagi. Gila ke apa , dah berbulan kot mencari 2 ekor beghuk ni , satu habuk pun tak dapat jejak. Ntah sorok dalam lorong mak nyah mana ntah.

" Kau lebih rela aku mandulkan kau, atau kena buang?" soal Chang Jun tanpa riak. Semestinya muka nya dingin dan tiada emosi. Sebab itu, sepanjang dia bertugas dimana-mana kem ramai kadet dan orang bawahan tidak suka. Walau bagaimana pun kerjanya dalam operasi memang ranting preferred macam kedai Shopee. Kau bagi bad ranting memang kena sula!

" 2 ...2 kami tak sanggup Tuan"

" Dah tu, kau ada nampak muka mak aku kesah?,CARILAH!!!!" tangan kasar itu menepuk meja dihadapnya sehingga terbangun dua orang lelaki itu dan kelam kabut berlari keluar dari ruangan itu.

" Jangan ingat aku tak tahu apa yang berlaku. Tuan Yong kau pun satu nak berbini dua pun jangan tinggalkan tugas. HISH" desis hati Chang Jun. 

Tak memasal Chang Jun kena ambil port, tapi kalau dia abai bukan pewira negara namanya! 

Ayuh jalankan siasatan!

 

 

 

             

               Mulut kecil Lilly Qaisarah berdecit geram. Air Starbucks Green Tea Java Chip caramel upside down diangkat tinggi.

" Sejak bila pulak daghh nama aku Lili Kaylarghah , pekat qalqalah aku nak nyebut nama. Apa ke pekak abe tu , aku siap tulis lagi tau. Dah la caramel nya pun ciput taik siput! dislike - dislike. Kau jangan sampai aku bawa Diva AA maki kau " keluhnya. 

Apalah nasib nama dah salah eja, caramel top pun ciput, nasib caramel upside down dia banyak. Kalau tak memang aku buat sendiri.

Lilly Qaisarah terdiam sebentar, dia lupa yang kakak dan Aryan pergi ke shopping mall hari ni untuk beli barang- barang untuk masuk Uni nanti. Tinggalkan seketul Lilly Qaisarah jiwa kental seorang diri. Takpelah dah biasa, kalau kakak kembarnya dengan Aryan auto hilang ingatan dua ekor tu langsung tak ingatkan dia yang single ni. 

Dia takdelah rapat mana dengan Aryan dan Hae In tapi boleh la kalau nak bertepuk tampar tu. 

Rambut merah hitamnya di selak ke belakang. 

" Bissmi-"

" ALLAHUAKBAR  ABE AZIZ JATUH BOT DAH JATUH BUKAN NAK TOLONG !!"

Terkebil - kebil mata Lilly Qaisarah, nooo  air starbucks harga kayangannya telah tumpas di medan perang. Apalah nasib belum sedut apa- apa dah jatuh ditimpa lecak. 

Oh ya baru lepas hujan, berlecak sikit jalan ni macam kandang khinzir :)

" YAHHH BABI!!" amuk nya. Eh aku tak kira kau siapa terus berlari tolak aku macam tu. Kau ingat aku ni pokok ke main langgar je . 

Lelaki bertopi hitam yang langgar Lilly Qaisarah jalan buat tak endah. 

" Weh dia blah gitu je, habis duit aku spend benda ni semata- mata nak puaskan nafsu tekak aku yang mahal ni , sesenang dia je blah gitu?"

Kaki Lilly Qaisarah laju mendekati lelaki itu, bahu lelaki itu ditolak ganas sehingga lelaki itu hampir terjelopok ke depan.

" APAHAL KAU NI, kau siapa apahal kau tolak aku hah?, mata kau mana ?"

" SIAPA YANG BUTA SEKARANG NI , KAU KE AKU!" Amuk Lilly Qaisarah dengan geram. Air Starbucks nya tinggal separuh di baling geram tepat mengena dada lelaki itu. Terkebil - kebil mata lelaki itu melihat hoodie hitamnya habis terkena air kayangan.

" So?, kau nak ganti ke tidak?"

" Kau ni kenapa, aku tak cari pasal pun dengan kau!"

" 8,003.07 won..." Lilly Qaisarah menghulurkan tanganya meminta wang kepada lelaki ini tetapi lelaki didepanya semakin panas baran. Hello?, lelaki ni termasuk dalam dunia mana sampai tak sedar dia dah langgar gadis macam aku ni?

Tak memasal syaitan bersorak , malaikat mengeleng sebab aku banyak

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet