The Last Will Bab 4

✿The Last Will✿ [MALAY FIC]

// Bab 4 //

          “Hai, Ary!” Dian menyapa Ary yang sedang duduk di pondok seperti biasa. Spontan Ary tersedar dari lamunannya. “Buku apa itu? Bukankah semalam kamu baca buku Gerimis Kasih? Kenapa hari ini baca buku lain?”

           Selepas mendengar persoalan Dian itu, Ary terus menutup diari arwah abangnya itu lalu cuba menyembunyikannya dari pandangan Dian. Ary hanya diam membisu. “Buku itu mengenai apa?”

          “Uh? Oh,ya! Err… Tak..tak..tahu.” tiba-tiba Ary diserang penyakit gagap.
          “Tak tahu? Biar betul, kamu ini! Kamu yang membaca buku itu atau buku itu yang membaca kamu?” Dian membuat jenaka bagi memecahkan keheningan suasana. Ary hanya mampu tergelak kecil.
          “Kamu sudah makan? Kalau belum, saya ada roti. Nak?” pelawa Dian sambil menghulurkan sebungkus roti berperisa coklat kepada Ary.
          “Boleh juga. Terima kasih.” manis sekali Ary menguntumkan senyuman yang diiringi sepasang lesung pipit. Ary dengan lemah gemalai, membuka bungkusan roti coklat itu lalu menyuap roti itu ke dalam mulutnya.
          “Ary, boleh Dian tanya Ary satu soalan?” Dian meminta izin untuk mengajukan soalan kepada Ary.
          Ary mematikan suapannya. Dia menjongketkan keningnya. “Bukankah itu juga satu soalan?” Ary tersenyum nakal.
          “Ish, kamu ini! Itu meminta keizinan! Boleh tak ini?” Ary mengangguk setuju.
Kemudian, Dian merapatkan dirinya ke arah Ary. Bola mata Ary yang berwarna coklat itu ditenung tajam sekali. Dian menunjukkan mimik muka yang amat serius. Ary semakin resah dan gelisah.
          “Dian nak tanya, kenapa Ary macam dah berubah? Sejak akhir-akhir ini, Ary lain. Ary bukan Ary yang Dian kenal dahulu.” Keluh Dian. Akhirnya dia telah berjaya meluahkan segala yang terbuku di hatinya. Sudah agak lama dia memendam perasaan itu namun berasa serba salah. Maklum, Ary merupakan satu-satunya sahabat karibnya sejak kecil lagi. Dia tidak mahu Ary tersinggung dengan kata-katanya. Dia mahu jaga hati Ary sebaik mungkin walaupun kadangkala dia terpaksa lukakan hatinya sendiri. Apalagi, Ary mempunyai masalah jantung yang mana tidak membolehkan Ary menerima sebarang kejutan dan tidak boleh terlalu tertekan.
          “Ya…yakah? Ma…ma…mana ad…ada. Me…merepeklah! A…Ary s…sama sa..saja. Apa mak…maksud Dian?” penyakit gagap Ary kembali.
          Dian menunduk. Dia sudah tidak sanggup bertentangan mata dengan Ary. “Yalah, sekarang ini, Ary sering menyendiri sahaja. Asyik menjauhkan diri dari semua orang termasuk Dian. Selain itu, Ary selalu termenung jauh. Ary fikir apa? Apa masalah Ary? Mengapa tak mahu cerita pada Dian? Malah, dengan nenek pun kau mahu berahsia. Kasihan nenek. Dia sungguh risau akan kamu. Dia selalu bertanya khabar kamu kepada Dian. Siapakah cucunya sekarang? Dian atau Ary?” luahan Dian diselitkan juga unsur teguran.
          Ary tergelak kecil. Dia cuba menyerikan suasana yang hambar lagi hening. “Tak berkesan, Ary. Tak berkesan. Now, answer me. No excuse.” Ucap Dian dengan senyuman sarkastiknya.
          “Dian, Dian. Banyak sangat tonton drama,ya? Why so serious?” sekali lagi Ary cuba melonggarkan tegangan dalam perbualan itu namun usahanya gagal apabila matanya tepat ditenung tajam oleh Dian. Melalui mata Dian, Ary sudah boleh membaca bahawa Dian mahu dia menjawab persoalannya tadi dengan serius. “Baik, Ary mengalah. Dian tentu tahu, Ary rindu akan arwah abang Ary. I mean, arwah abang angkat Ary…”
          “Arwah abang angkat?!” Dian menyampuk. Dia menunjukkan riak wajah tidak percaya dengan mulutnya yang terlopong. “Maksud Ary?” tambahnya meminta Ary menyambung ceritanya.
          “Amboi, besarnya mulut!” spontan Dian menutup kembali mulutnya yang sudah ternganga pada tahap maksima tanpa dia sedar. “Ya, Aaron cuma abang angkat Ary. Dia bukan abang kandung Ary. Mengapa? Tak percaya?”

          Dian menggeleng “Baca ini. Ini diari Abang Aaron. Muka surat ini sahaja!” Ary menghulurkan diari abangnya pada muka surat yang tercatat tarikh 16 Januari tersebut.
Dalam beberapa saat diari itu sudah bertukar tangan.

          “Oh, rupa-rupanya buku yang kau sorokkan dari tadi, buku inilah?” Kemudian, mata Dian pantas membaca apa yang tercatat. “Jadi, betullah dia cuma abang angkat kamu? Sejak bila kamu tahu? Mana kamu dapat buku ini?” soal Dian bertalu-talu.
          “ Tunang dia yang beri pada cuti yang lalu. Hari itu, Ary pergi ke rumahnya.” Ary menjawab.
          “Oh, begitu!” jawab Dian ringkas lalu terus menyambung bacaannya. “Apa!? Tunang?” tersentak Dian apabila dia tersedar perkataan ‘tunang’ dalam ayat Ary tadi. Dia tergamam seketika? “Ka…kamu d…dah i..ingat?” kini penyakit gagap Ary sudah berpindah kepada Dian.
          “Apa maksud kamu dah tahu? Jadi kamu pun dah tahu yang Abang Aaron sudah bertunang? Kenapa Ary seorang saja yang tak tahu? Sampai hati kamu semua sorokkan benda ini dari Ary.” Ary mencebik.
          “Alolo…merajuk pula kawan Dian yang seorang ini. Sebenarnya… kami bukan sorokkan benda ini dari Ary. Tapi, Ary yang lupa.” Dian mengusap-usap belakang Ary.
          “Lupa?” Ary terpinga-pinga. “Tak mungkin Ary boleh lupa perkara yang mustahak ini. Tak mungkin. Ary bukan jenis pelupa. Sekurang-kurangnya mesti Ary akan ingat walaupun sedikit. Tetapi tunang dia pun Ary tak kenal langsung siapa. Kenapa,Dian? Kak Lyssa, tunang abang Aaron itu pun kata Ary lupa perkara ini.” Ary merayu meminta penjelasan dari Dian.
          Dian menunduk. Dia berasa serba salah. “Patutkah dia beritahu perkara yang sebenar? Adakah Ary sudah bersedia untuk mengatahui perkara sebenar? Wajarkah aku berterus-terang padanya?” bisik hati kecil Dian. Dia mengurut dahinya yang tidak sakit. Dia tidak senang duduk. Matanya melilau memandang kawasan sekeliling bagi mengelakkan matanya ditenung tajam oleh Ary. Dian dilanda keresahan. “Ya Allah, berilah hambaMu ini petunjuk. Sesungguhnya aku sungguh buntu,ya Allah.” doa Dian dalam diam.
          “Dian?” Ary memegang tangan Dian. “What’s wrong? Tell me the truth.” Pujuk Ary.
          “Alamak…dah berbahasa Inggeris pula.” Dian semakin resah. “Hah…”keluh Dian panjang. “Baiklah, baiklah. Dian akan beritahu Ary” akhirnya Dian mengalah dan akan menjawab segala pertanyaan Ary.
          “Sebenarnya… sebenarnya…” Dian masih berat hati untuk menceritakan perkara yang sebenar.
          “Dian! Sebenarnya apa? Dian dah cakap akan beritahu Ary,kan? Cakaplah cepat. Masa itu mengejar kita.” Tegas Ary.
          “Sebenarnya, Ary pernah lupa ingatan. Ingat tak?” Dian menyentuh pipi gebu Ary.
          “Lupa ingatan? Tetapi bila? Mengapa? Tetapi Ary masih ingat Abang Aaron. Ary masih ingat Nenek. Ary masih ingat akan mama dan papa Ary dan yang penting, Ary masih ingat akan Dian. Ary ingat!” Ary membuktikan bahawa dia tidak lupa ingatan.
          Dian terdiam seketika menyusun ayat di minda. “Ish, tak fasal-fasal aku kena jadi doktor hari ini” kata Dian kepada diri sendiri. “Begini, Ary ingat lagi semasa Ary diculik dahulu? Penculik itu ada pukul Ary. Jadi, ada darah beku terkumpul di memori Ary. Sejak itu, Ary mengalami amnesia. Tetapi, penyakit itu sepatutnya sementara sahaja namun disebabkan oleh Ary berasa terlalu trauma apabila diculik tempoh hari, penyakit amnesia Ary ini bertambah teruk. Jenis amnesia yang Ary hadapi ialah selective amnesia yang membawa maksud, lupa akan sesetengah perkara. Selective amnesia adalah kehilangan memori tentang satu peristiwa tertentu. Ia adalah sejenis amnesia yang meninggalkan jurang dalam rekod ingatan.” terang Dian dengan gaya seperti seorang doktor.
          “Bla…bla…bla…” roti coklat Ary yang tinggal separuh itu disumbat ke dalam mulut Dian. “Ary tahu Dian bercita-cita mahu menjadi doktor. Tetapi Ary tak mahu tahu semua itu. Ary boleh cari sendiri pengertian amnesia itu di rumah nanti. Sekarang sambung cerita.”
          “Apa ini? Sakitlah! Nah, ambil balik roti ini!” Dian memulangkan roti itu kepada Ary semula. “Baiklah, Dian akan ringkaskan. Nama pun ‘selective amnesia’ .Jadi, hanya selective memories yang Ary boleh ingat. Sebenarnya, Abang Aaron dah minta kebenaran Ary untuk bertunang. Ary sebenarnya kenal dan rapat dengan Kak Lyssa. Sebenarnya juga, Ary yang kenalkan Abang Aaron kepada Kak Lyssa. Tetapi, memori mengenai Kak Lyssa ialah memori yang terpilih umyuk dilupakan. Kasihan juga Dian lihat keluarga Kak Lyssa itu. Ary tak kenal langsung samada Kak Lyssa mahupun Datin Hidayah itu. Padahal mereka melayan Ary dengan baik sekali. Namun, takdir Allah sudah menentukan Ary melupakan mereka.” terang Dia panjang lebar denga gaya dramatik.
          “Eew!Gediknya! Perlukah gaya-gaya itu?” Ary mengutuk cara Dian menyampaikan ceritanya.
          “Suka hatilah. Ini bagi menambah unsur dramatik dalam penceritaan ini. Banyak komen pula dia ini. Ary sudah patut bersyukur kerana Dian sudi menceritakan semua ini kepada Ary.” Dian mempertahan dirinya.
          “Suka hatilah. Tetapi, Ary masih ingat pada Abang Haz.” kata Ary.
          “Abang Haz? Siapa dia?” Dian tertanya-tanya. “Oh,ya! Ary, untuk pengetahuan Ary, sebenarnya Ary sudah tidak panggil orang itu, Abang Haz. Tetapi Ary memanggil dia Along. Walaupun Ary masih ingat dia, tetapi Dian pasti Ary bukan ingat dia sebagai abang, bukan? Ary ingat dia sebagai seseorang yang pernah menyelamatkan Ary semasa diculik dahulu,kan?” soal Dian selepas dia dapat mengenal pasti siapa Abang Haz yan dimaksudkan Ary tadi.
          Ary mengangguk lemah. “Jadi, betullah Ary ada penyakit amnesia ini? Jadi betullah Ary ini lupa ingatan? Tetapi bagaimana?” Ary masih mahu penerangan lanjut dari Dian.
          “Semasa anda diculik dahulu, penculik itu ada memukul anda dengan objek tumpul. Mungkin anda tidak menurut kemahuannya, jadi penculik berkenaan bertindak menghentak kepala anda. Akibatnya, terdapat darah beku yang terkumpul di ruang memori anda. Itulah yang menyebabnya berlakunya jurang dalam rekod ingatan seperti yang telah saya nyatakan sebentar tadi. Malangnya, doktor tidak berani menjalankan pembedahan akan kerana risiko kegagalan adalah lebih tinggi dari kejayaan pembedahan. Lagipun, nenek tidak mempunyai wang yang mencukupi bagi membiayai kos pembedahan anda. ” Mata Ary terbeliak apabila Dian berkata-kata seperti seorang wartawan di telvisyen dengan gaya seperti wartawan terkenal iaitu Karan Singh Walia.
          “Apa-apa sahajalah kamu ini, Dian. Kamu terkena sawan apa agaknya,ya? Gila betul!” gelak Ary.
          “Jadi, sudah jelas dengan apa yang Dian terangkan tadi atau masih ada kemusykilan? Jika ada, jangan malu dan segan untuk bertanya kerana ‘Malu bertanya,sesat jalan’.” Dian tersengih.
          “Dian mahu ubat? Ary ada. Tetapi ubat untuk masalah jantung Ary sajalah. Ataupun Dian mahu pemutar skru untuk ketatkan kembali skru longgar dalam kepala Dian itu? Mari kita ambil kita bengkel Kemahiran Hidup. Ary pasti Cikgu Hilma yang menjaga bengkel itu takkan keberatan untuk meminjamkannya kepada kita.” perli Ary dengan nada gurauan.
Dian hanya mencebik.

 

 

         

          “Eh, Ary! Marilah masuk.” pelawa Lyssa. Mesra sekali. “Jemputlah duduk. Nanti akak panggilkan mama. I mean, Auntie Hidayah.”
          “ Ok.” jawab Ary ringkas sambil melemparkan senyuman mesra kepada Lyssa.
          “Hai, Ary! Dah lama sampai?” soal Datin Hidayah sebaik sahaja melabuhkan punggungnya di sisi Ary sambil menghulurkan tangannya kepada Ary. Ary menyambut tangannya itu lalu Ary mengucup tangan lembutnya.
          “Ada apa hal, err… Auntie Hidayah nak jumpa saya?” soal Ary. Dia bingung sama ada dia patut memanggil Datin Hidayah itu dengan panggilan ‘Auntie’ atau ‘mama’ kerana menurut Dian, dahulu dia sering memanggil Datin Hidayah dengan panggilan mama.
          “Tak ada apa-apa hal yang penting pun. Auntie saja mahu berjumpa dengan Ary. Mahu berbual-bual dengan Ary. Ary memang tak sibuk, kan?” Datin Hidayah memegang tangan Ary.
          “Eh,tak adalah! Ary teruja apabila Auntie menjemput Ary ke sini. Rumah Auntie ini, besar dan selesa sekali. Sofa ini juga tidak terkata empuknya! Maklumlah, rumah saya,rumah kayu saja. Sofa pun, sofa lama. Kalau sofa ini, pasti Auntie ganti yang baharu setiap tahun. Jenama pun, bukan calang-calang jenama! Pasti jenama yang mahal dan berkualiti.” Ary tergelak akan gurauannya sendiri.
“        Eh, Ary ini! Mana ada. Biasa-biasa saja. Puji melebih pula. Betul Ary suka rumah Auntie ini?” soal Datin Hidayah.
          “Sudah tentulah! Siapa yang tidak suka rumah yang besar dan mewah begini?” Ary berdiri dan berjalan-jalan mengelilingi ruang tamu yang dihiasi dengan perabot dan hiasan bertemakan warna putih itu. Cermin besar yang terlekat di dinding ruangan itu membuatkan ruang tamu itu tampak lebih luas. Warna biru langit yang digabungkan dengan warna putih itu, menaikkan lagi seri ruang itu. Rumah ini sungguh memikat hati Ary. “Cantik kertas dinding ini” ucap Ary sambil menekapkan badan pada dinding yang telah ditampal dengan kertas dinding berwarna biru dan putih.
          “Kalau Ary suka, marilah pindah ke sini.” Kata Datin hidayah spontan.
          Ary terlopong. “Ish, tak mahulah! Nanti Ary menyemak saja di rumah ini. Seganlah pula. Lagipun, takkan Ary mahu tinggalkan nenek yang sudah uzur itu keseorangan di rumah.” Ary jual mahal walaupun dalam hatinya melonjak kegembiraan.
          “Bagus cadangan mama itu! Marilah duduk di sini dengan kami, Ary… Tak menyemak pun. Rumah ini besar, Ary. Ada banyak bilik kosong. Ary bawa sahajalah nenek pindah ke sini sekali. Apa salahnya? Akak rasa, lagi bagus kerana Bibik boleh jagakan nenek Esah sementara Ary pergi ke sekolah. Lagipun, nanti akak ada geng untuk bergosip ataupun shopping! Seronok kan?” pujuk Kak Lyssa panjang lebar sambil menatang dulang berisi beberapa gelas jus anggur.
          “Hmm…nanti Ary akan fikirkan. Walaupun Ary setuju, Ary tetap kena minta kebenaran nenek.” Ary mengukir senyuman yang lebar.
          “Hal nenek itu, biar Auntie yang uruskan. Tak perlu bingung.” Datin Hidayah masih memujuk.
          “Baiklah, Auntie.” Senyuman Ary makin melebar. Kalau diikutkan, mahu sahaja dia melompat keriangan di situ. Mahu sahaja dia menjerit kegembiraan di situ. Mahu sahaja dia bertepuk kegirangan di situ. Namun, demi menjaga adab,dia terpaksa pendamkan sahaja hajatnya itu.

         

 

 

          “Alhamdulillah, akhirnya! Ini kotak terakhir. Penatnya!” Keluh Abang Haz sambil membawa kotak barangan Ary ke dalam bilik baru Ary.
          “Eh, along! Hati-hati dengan kotak itu,ya. Itu kotak barang lama Abang Aaron.” Pesan Ary. Pasti dia tidak mahu barang-barang lama Aaron itu tercalar sedikit pun.
          “Oh,ya? Baiklah,baiklah.” Akur Abang Haz. “Eh, sekajap! Along? Ary panggil abang ‘along’?”Abang Haz memandang Ary sambil mendekatkan dirinya kepada Ary. “Ary dah ingat?” soalnya lagi.
          “Eh,yakah? Tak perasan pula.” Sengih Ary. Dia tidak perasan yang dia telah terpanggil Abang Haz dengan nama ‘along’ seperti yang dia pernah panggil dahulu.

          “Ary, Haz, Lyssa,bibik. Marilah minum petang dahulu.” pelawa Datin Hidayah.
          “Terima kasih,Auntie.” kata Ary sebaik mengambil tempat di sisi Datin Hidayah itu. Ary mencapai sebiji the yang berisi the panas lalu menghirupnya sedikit demi sedikit sehingga cawan itu kosong. “Mmm…sedapnya air ini. Pandai mama bancuh.” puji Ary tanpa sedar bahawa dia telah terpanggil Datin Hidayah dengan nama ‘mama’.
          “Mama?” abang Haz bersuara apabila terdengar kata-kata Ary itu.
          “Kenapa?” respon Datin Hidayah kerana memikirkan yang Abang Haz memanggilnya.
          “Tak. Along tak panggil mama. Cuma tadi along terdengar Ary panggil mama, dengan nama ‘mama’.” Terang Abang Haz.
          “Yakah?” mata Datin Hidayah membulat tidak percaya. “Tetapi baguslah kalau begitu. Tak apa. Ary boleh panggil begitu. Nampaknya ingatan Ary semakin pulih.” Datin Hidayah tersenyum lebar.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
dylafanatic
#1
Chapter 3: Anak angkat? Jeng jeng jeng... Tak sabar nak baca chapter seterusnya! Bahasa awak bagus la!
dylafanatic
#2
Terbaik!!! Update soon :-)
ChaeWon1stShipper
#3
Chapter 2: woahhh.... teruskan usahaaaaa~! hwaiting :3