The True Story About Us

GONE

"Ailee.. boleh cerita dekat unnie tak. kenapa Sookyung jadi macamtu?" tanya Chorong yang berasa ingin tahu.

 

baru sahaja Ailee mahu membuka mulutnya, kedengaran Ricky, yang baru pulang terjerit-jerit diluar rumah. Chorong mengeluh.

 

"tak reti jaga adab ke budak ni. terpekik terlolong macam apa ntah" kata Chorong seorang diri.

 

"noonaaaaa~!!!" jerit Ricky dari luar. kemudian, dia segera masuk kedalam rumah.

 

"hah ni kenapa? macam kena kejar anjing je" Chorong meneka.

 

"memang pun. eh? Eunji noona pun kat sini? Ailee noona pun?! kenapa? Sookyung noona dah balik? awalnya. bukan dia ada kelas tambahan ke?" tanya Ricky yang kepenatannya masih bersisa dek kerana di kejar anjing.

 

"Sookyung noona pengsan kat sekolah tadi." jawab Chorong ringkas.

 

"eh? dia demam lagi ke? ke ada orang buat dia marah sampai meluap-luap 'gunung berapi kemarahannya' tu?" Ricky cuba melawak. hakikatkatnya, tak jadi.

 

mereka berempat masih berbual. walaupun, hari sudah petang, Sookyung masih lagi tidak sedarkan diri. Chorong pula, sudah lupa soalan yang ditujukan kepada Eunji tadi. sedang asyik mereka berbual, Puan Choi menghentikan perbualan mereka.

 

"Eunji, tolong auntie hantarkan dulang ni dekat bilik Sookyung boleh? mana tau kot kot dia dah bangun. bolehlah dia makan sikit. dari tengah hari tadi dia tak makan." kata Puan Choi dan segera menghulurkan dulang tersebut kepada Eunji.

 

Eunji mengangguk dan terus menaiki tangga.

 

Sookyung perlahan-lahan membuka matanya. seluruh badannya terasa sengal dan kepalanya sangat sakit. Sookyung cuba bangun daripada katil tersebut.

 

"tak guna tak guna! dasar lelaki dayus. ish kalau dia takde tadi. memang Sookyung tak jadi macamni punya." Eunji membebel seorang diri sambil menaiki tangga menuju ke bilik Sookyung dengan membawa dulang yang berisi orange juice dan roti.

 

"ish! memang aku geram gila lah dengan mamat tu! kau tu dah rosakkan harapan Sookyung dekat kau. ada hati nak dekat balik kat Sookyung. eiii bagi simpang lah banyak-banyak! dasar lelaki tak kenang budi! kalau aku dapat kau...... aaaaakk~!! terkejut aku!!" Eunji tak sempat menghabiskan 'bebelan' nya kerana terkejut Sookyung dah terjaga. nasib baik dulang yang dipegangnya tidak terlepas. Sookyung hanya ketawa kecil.

 

"kau ni! terkejut aku! bila masa kau sedar hah?" tanya Eunji sambil menghulur roti kepada Sookyung.

 

Sookyung menggeleng tanda tak mahu roti tersebut.

 

"baru je ni" jawab Sookyung dengan lemah.

 

tak lama lepastu. Eunji terdengar Sookyung cuba menahan diri dari menangis. Eunji segera memeluk Sookyung untuk menenangkan Sookyung.

 

"apa ni. jangan lah nangis. aku tak suka tengok kau macamni. jangan nak diingatkan lagi benda tadi. takde faedah pun kau nak nangis untuk benda tu. bazir air mata je." kata Eunji.

 

Sookyung masih tersedu-sedu. tak lama lepastu, Kai segera merempuh pintu bilik Sookyung hingga membuatkan kedua-dua perempuan itu terkejut.

 

"kau ni! rempuh bilik perempuan juga. kalau tadi Sookyung tengah tukar baju macam mana?" Eunji menjeling

 

"Sookyung! Sookyung! okay tak? awak okay tak ni? ada cedera tak? luka ke?" tanya Kai gelabah sambil membelek-belek pipi Sookyung.

 

"alah kau ni! risau sangat. dia takde pape lah." kata Eunji.

 

Kai mengangguk. Sookyung senyum. Sookyung berharap Kai takkan tahu hal ni. Sookyung taknak Kai sangka buruk kalau Kai dapat tahu..

 

"nah. makan lah sikit. dari tengah hari tadi sampai petang kau tak makan lagi" kata Eunji sambil menghulurkan roti itu kepada Sookyung untuk kali kedua.

 

*di rumah V*

 

V mengambil frame yang terdapat gambar Sookyung. dia senyum. dalam hatinya masih lagi ada Sookyung walaupun sekarang, Sookyung bukan lagi milik dia. selepas itu, muka dia berubah dan segera melemparkan frame tersebut kearah lantai dengan ganas. dia berasa marah kerana Sookyung milik Kai. dia mula merancang  untuk hapuskan Kai dari hidup Sookyung.

 

V bangun dari meja belajar nya, dan berjalan menuju ke dinding yang penuh ditampal dengan gambar Sookyung. dia berjalan sambil menyentuh lembut gambar-gambar Sookyung dan dia tersenyum.

 

"aku tak pernah lupakan kau, sayang. cepat betul kau lupakan aku. sanggup kau bagi tempat aku dekat orang lain. kejamnya kau" kata V kesal. dia terlupa bahawa dia juga begitu sewaktu dia ada hubungan dengan Sookyung.

 

V menghempas badannya di katil dan meletakkan tangannya diatas kepala.

 

"sampai bila-bila pun.... kau.... milik aku........... Choi Soo Kyung." kata V.

 

"aku takkan bagi Kai amik kau dari aku.. dah 4 bulan aku menderita tengok kau dengan dia. 4 BULAN SOOKYUNG!!! suatu hari nanti, Kai akan lenyap dari mata kau dengan perlahan-lahan." sambung V. kemudian, dia menyeringai.

 

*esoknya di sekolah*

 

V memerhatikan gerak geri Sookyung dari masuk sekolah hingga dia sampai dikelas. sekali-sekala, dia berang kerana Kai meletakkan tangan diatas bahu Sookyung.

 

"macam mana keadaan kamu, Sookyung? dah makin baik?" tanya Ms. Park Min Young selaku guru yang bertugas di bilik rawatan pada minggu itu. tambahan pula, dia juga guru yang bertanggungjawab atas apa yang berlaku kepada Sookyung semalam.

 

"ya. saya makin baik. terima kasih, cikgu." kata Sookyung dan melemparkan senyuman kepada guru tersebut.

 

semasa dia berjalan untuk pulang ke kelas, tangannya ditarik kasar membuatkan dia sedikit terkejut.

 

"eh, apa ni? sakit lah!" marah Sookyung.

 

Sookyung membuntangkan matanya kerana terkejut. V betul-betul dihadapannya.

 

"saya rindu awak" kata V sambil menyelak rambut Sookyung yang menutupi mata.

 

Sookyung menepis tangan V. V terkejut dengan tindakan tu.

 

"buat apa kau kat sini? aku benci kau! kita takde pape lagi! jangan kacau hidup aku! kalau tak...."

 

"kalau tak apa, sayang?" sambung V.


"nak bagi tau, boyfriend kau tu yang aku kacau kau? hm, kau fikir aku takut ke?!" V mula meninggikan suaranya.

 

Sookyung melangkan sedikit kebelakang. dia pelik.

 

"pelik... mana V tau hubungan aku dengan Kai? mana dia dapat tahu? then, bila masa dia sekolah sini? bila masa dia pindah sini? mana dia tau aku sekolah sini. dia pun taktau bila aku pindah kat Korea." bisik Sookyung dalam hati.

 

"dah 4 bulan! DAH 4 BULAN MATA AKU SAKIT TENGOK KAU DENGAN BUDAK TU!! KAU TAU TAK BETAPA SAKITNYA HATI AKU DAPAT TAU YANG KAU ADA HUBUNGAN DENGAN DIA!!" tengking V.

 

"oh?! kau sekarang nak cakap soal hati. kau nak suruh aku faham hati kau. hey! kau tak faham pulak hati aku masa kau keluar dengan perempuan tu malam tu!! hah?! kau taknak pulak cuba tau hati aku, perasaan aku time tu. sekarang ni, dah pandai pulak kau nak suruh aku tau betapa sakitnya hati kau tu?!" Sookyung cuba meninggikan suara kemudian dia memukul-mukul V.

 

V tersentap. dia memandang tajam kearah Sookyung. kemudian, Kai mendekati mereka.

 

"apahal?!" tanya Kai sedikit dingin.

 

Kai memandang kearah Sookyung, seterusnya V. jelas riak wajahnya menunjukkan anginnya tidak baik. Sookyung dapat mengagak yang Kai salah faham atas apa yang berlaku antara dia dengan V

 

V segera mendekati Sookyung dan letakkan tangannya diatas bahu Sookyung. Sookyung terkejut.

 

"well well. heloo Kai." kata V dengan nada sinis.

 

Kai berang dengan tindakan V lalu segera menarik tangan Sookyung pergi kearahnya.. Sookyung segera berlindung di belakang Kai. takut-takut tindakan yang tidak diingini berlaku. V hanya tersengih. lalu pergi meninggalkan mereka.

 

Kai berpusing menghadap Sookyung dan memandang kearahnya. Sookyung berasa sedikit gementar kerana Kai memandangnya macamtu.

 

"K... Kai.. biar.. biar saya cerita kan hal tadi" kata Sookyung, cuba memberanikan dirinya.

 

Kai menjeling, lantas menarik tangan Sookyung dan membawa ke sebuah pondok di taman. tepat pada masa tu, masa rehat bermula. Eunji yang baru keluar dari kelas, segera mencari kelibat Ailee.. Eunji cemas.

 

"Ailee-ahh!!" jerit Eunji sambil mengangkat tangannya supaya Ailee tahu bahawa dia memanggil.

 

Ailee segera mendekati Eunji. mata Ailee masih mencari Sookyung.

 

"mana Sookyung?" tanya Ailee hairan

 

"yang ni lah aku nak bagitau ni. dari masa sebelum rehat tadi, dia tak masuk kelas! ish aku risau betullah kot kot si V tu kacau dia lagi. apasal sejak kebelakangan ni, dia asyik kacau Sookyung je" terang Eunji panjang lebar.

 

Ailee membeliakkan matanya tanda tak percaya. Ailee menarik tangan Eunji untuk mencari Sookyung.

 

"saya.. saya takde pape pun dengan V tu." jelas Sookyung yang masih lagi berasa takut.


"okay. kalau takde, apa yang awak buat dengan dia dekat belakang sekolah?!" tanya Kai yang marahnya masih ada.

 

"dia yang tarik tangan saya and bawak pergi belakang sekolah." jelas Sookyung lagi.

 

"hah! kat sini pun Sookyung. weh, kau pergi mana? asal tak masuk kelas? aku risau kot. nasib baik bag kau letak bawah meja. so, cikgu taktau sangat lah kau ponteng. hah. ni asal keadaan dingin semacam je ni?" kata Eunji sebaik sahaja dia dengan Ailee jumpa Sookyung.

 

Sookyung meletakkan jari di bibir menyuruh Eunji senyap. Eunji mengangguk. Sookyung menceritakan hal tadi. seperti yang dijangka, semua orang disitu terkejut. Kai mengeluh. dalam diam, Ailee berharap V tidak menyimpan dendam yang dalam terhadap Kai. Ailee merasakan dia harus bagitau hal ni dekat Amber, kawan baik Sookyung masa belajar dekat New York dulu.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

ayo wuddup~!! finally Chapter 10 updated~!!! <3 

kalau V betul-betul simpan dendam dekat Kai, apa korang rasa yang V akan buat dekat Kai?

saya rasa cerita ni makin berdebar~~ wooohooo tak sabar rasanya untuk update chapter seterusnya.

memandangkan 'week of exam' semakin hampir T-T saya cuba cari masa untuk update

dah berbulan kot cerita ni tertunda.. wuu wuu rasa bersalah pulak. okay bye bye c:    -[Author]

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
amalinnasuha07 #1
Chapter 12: Update soon
rashidahrazid #2
Chapter 12: Update soon
hyemipark
#3
Chapter 10: Please please please update soon ^^
Real_GalaxyHA #4
Chapter 9: Update soon ^•^
ieyma_nana
#5
Chapter 8: update soon ~ ^.^
woohyun98
#6
Chapter 8: update soon :)
ieyma_nana
#7
Chapter 7: tergelak sowg2 bace chapter nie.. kesian sehun an luhan, malu betul !
btw, update soon ! fighting !!
ieyma_nana
#8
Chapter 6: update please !!! ta sabar nk thu rncangan dowg nie ! fighting !! xD
JongYaeMin
#9
Chapter 3: sambung please!!!
baehwililly
#10
Chapter 2: Daebak ah !! Why kai hate girls umm why ? Ehheeh btw best !! Update soon !! Hwaiting !! :D