Tenangkan Diri.

Complicated Love.
Please Subscribe to read the full chapter

"Good Morning Cheeky!" Jongin mengusap-ngusap badan haiwan peliharaanya itu. Dia segera mengangkat haiwan itu lalu menciumnya. 

 

"Jangan tinggalkan aku tau. Kau lah satu-satunya pengganti Mirae." sebak hati Jongin memikirkan perkara semalam. Susah juga dia hendak melelapkan mata malam semalam. Semuanya disebabkan Mirae. Dia terlalu rindu kan gadis itu. Jongin menggeleng-gelengkan kepalanya berkali-kali.

"Nononono! Kau kena lupakan dia! Kau boleh!" Jongin bermonolog sendirian. Bukan niatnya untuk melupakan terus Mirae, tetapi biar lah 2 tahun ini dia hidup dengan aman dan tenang. Dia tidak mahu hidupnya kucar kacir disebabkan Mirae. 

Meskipun dia mempunyai duit untuk terbang ke New Zealand bersama Mirae, tetapi dia tidak mahu. Dia mahu membiarkan Mirae hidup bersendirian tanpa dirinya pula. Mirae juga ada menyatakan hasratnya untuk Jongin mengikut sama tetapi ego nya lebih tinggi daripada kemahuan jadi dia menolak pelawaan Mirae. 

Jongin memandang ke arah cermin berbentuk segi empat di hadapannya itu. Dia melihat ke dalam cermin itu dan menampakkan wajahnya yang sembab. Dia mengeluh perlahan. Sekali lagi air matanya jatuh. "Aku lelaki sejati! Tak boleh nangis!" Jongin berkata keras sambil mengesat air matanya. 

Dia terus turun ke bawah untuk keluar mengambil angin sambil bersiar-siar menenangkan hati nya yang sedang bergelora itu. Sedang dia menapak turun, dia terlihat satu perempuan sedang gelak tawa dengan seorang lelaki. Rupanya mirip seperti Mirae! Ya, mirip sangat! Dia terhenti saat perempuan itu memandangnya dengan senyuman tetapi ade terselit kemarahan di sebalik senyuman itu.

Semakin perempuan itu dekat dengannya, dia berundur dan berundur. Perempuan itu amat pelik dengan kelakuan Jongin. "Kenapa lari dari mama? Marah sangat ke mama tak kejut awak semalam?" soal perempuan itu. Jongin bagaikan tercengang lalu menggosok-gosok matanya dengan laju. Pam! Perempuan di depannya itu bertukar menjadi wanita dalam lingkungan 30an dengan wajah masam mencuka.

Jongin segera berlari-lari anak ke arah mamanya dan memeluknya dengan penuh erat sekali. Sudah 3 tahun mereka tidak berjumpa. Semuanya disebabkan arahan nenek Jongin untuk mereka pindah ke Ireland tetapi Jongin enggan. Dia mahu bersama Mirae. 

"I miss you ma.. Bila ma balik?" air mata Jongin jatuh lagi. Haih, banyak sungguh air matanya yang tergedik-gedik nak jatuh. Puan Kim selaku mama Jongin mengusap lembut rambut anak bongsu lelakinya itu. "Mama balik semalam. Mama ingat nak kejut tapi kesian pulak tengok sebab muka awak penuh dengan air mata. Rindu sangat dekat mama ke hm?" Puan Kim

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
lipstick_gun
YIPPIE AKHIRNYA COMPLETE ;)

Comments

You must be logged in to comment
Story_Advertisement #1
Chapter 10: Dah habis???? Cepat nya!! >_< baru nak merasa kemesraan KAI ngn D.O..hihi silap. JONGIN x KYUNGSOO!! hihi..:) best story!! :) good job authornim :)~~
vanilachoc
#2
Chapter 4: Update more plisss :))))))
mpreggoland
#3
Chapter 1: siapa lelaki tu? dan apa yg dia nk dari Kyungie?
aduii, jgn la buat something yg tak elok...
lugege_
#4
Chapter 1: Mcm tergantung je? Update soon (;