oo1

He's The One
Please Subscribe to read the full chapter

"Jom!" Aku terpinga-pinga. Lelaki didepan aku selamba sahaja mengambil beg ditangan aku dan tanpa menunggu, terus melangkah tinggalkan aku.

"Nak pergi mana?" Aku bertanya sambil mengejar langkahnya yang laju ke depan. Kali ini langkahnya dapat aku saingi walaupun sedikit ketinggalan tadi.

"Balik rumah orang lah... ke awak nak stay kat airport ni?" Tanya lelaki itu dengan kening terangkat sebelah. Eleh, ingat comel ke kening terangkat macam tu.

Aku geleng laju. Tak nak aku duduk dekat airport yang berlonggok orang yang warna kulitnya tak sama dengan warna kulit aku. "Nak pergi rumah awak naik apa?"

"Naik bas. Orang tak mampu nak beli kereta dekat sini," ujarnya sedikit sinis.

Aku angguk sahaja dengan jawapannya. Sedang aku membuntuti langkahnya yang laju, tiba-tiba dia berhenti.

Bum! Terus aku terlanggar belakang badannya yang berhenti tanpa memberi signal.

"Ish...awak ni! Nak berhenti bagilah isyarat. Sakit hidung orang tau!" Aku bersuara separuh merungut.

"Hana, tak baik merungut dengan suami! Berdosa tau?"

Aku angguk saja. Malas nak bertikam lidah di tengah-tengah khalayak ramai. Bukan boleh menang pun! "Kenapa awak berhenti ni?"

"Awak turun kapal terbang tak salam orang pun kan?"

Erk! Tersedak aku dengan pertanyaan lelaki itu. Dia berhenti sebab tu je? "Maksud awak?"

"Nah, salam!" ujar dia dengan suara berbaur arahan dengan tangan kanan dihulurkan kepada aku.

Aku tahan senyum. Kelakar juga suami aku ni. Huluran tangannya aku sambut tanpa banyak bicara, lalu aku tundukkan wajah mencium tangan lelaki itu. Saat aku angkat muka, bibirnya singgah ke dahi ku. Terus wajah terasa hangat!

"Awak malu ye?" bisik lelaki itu dengan selamba. Wajah tak kuangkat. Malu masih berbaki.

"Hana...."

Aku dengar suaranya memanggilku dengan romantik.

"Hana!" 

Aku kerut dahi, kenapa aku dengar suara mama pulak ni?

"Kim Hana!"

Mata yang terpejam terus aku buka. Wajah mama yang menyinga menggantikan wajah lelaki tadi.

"Anak dara apa ni? Tidur sampai pukul 10! Bangun cepat!"

Aku gosok rambut yang terasa kusut. Aku pegang dada. Sumpah, berdebar sungguh hati aku. Siapakah gerangan dia yang masuk dalam mimpi aku tu? Wajahnya kabur. Aku tak nampak wajah sebenarnya dalam mimpi tadi tapi sungguh, aku rasa bahagia saat ni.

"Hah, berangan! cepat bangun, tolong mama kat bawah!" Suara mama naik satu oktaf lagi.

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
secret_admire #1
Chapter 4: daebak!! seriuosly.. best!! update soon ye.. and, ff agak special bagi sya coz ade unsur keagamaan.. author-nim, fighting!! buat yg terbaik ye.. :D
youngminbfminwoo
#2
Chapter 4: update soon :) i'll wait
woohyun98
#3
Chapter 4: update soon :)
Araa19 #4
Chapter 4: Update soon nnnn
JieunSparkleJunior #5
Chapter 3: Authornim,nak tanye skit..kiranye dalam cerita nie dorang sume melayu lah?