Don't flirt

Tragic LOVE ♡
Please Subscribe to read the full chapter

 

 

 

 

 

" Aku nak...." "kau nak apa?"  "aku nak kau lupakan perasaan kau terhadap aku" Luhan kaku. Terus dia leraikan pelukan tersebut. "nayoung....." Luhan terdiam. Tergamam. Dia tidak tahu hendak memberi respon apa.

" Luhan...Luhan? Luhan?" panggil Nayoung. Dia cuba menyedarkan Luhan daripada lamunannya. Luhan mengelap sesuatu dariapada mukanya kemudian memandang Nayoung.

" Jom balik, aku ada hal lain nak di settle kan," kata Luhan cuba untuk mengubah topik. Luhan bangun kemudian melutut di hadapan Nayoung. Dia memberi isyarat suapaya menyuruh Nayoung naik di atas belakang nya. " Luhan....lupakan perasaan kau terhadap aku please!!" pinta Nayoung lagi. Luhan menjeling ke arah Nayoung. Dia benar-benar penat dengan Nayoung yang tidak habis-habis meminta dia melupakan perasaannya terhadap dirinya.

" Eh kau nie! Bila masa aku kata aku ada perasaan kat kau!? Perasan benor! Kau ingat kau tu cantik sangat ke?" balas Luhan. Nayoung menggaru kepalanya yang jelas tidak gatal itu. ' Aik..bukan semalam dia confess kat aku ke?' bisik Nayoung. " Habistu yang kau over sangat marah kat aku time aku nak kawan dengan Sehun tu pehal dowh? Bukan sebab jealous  ke?" kata Nayoung dengan tanda tanya. Luhan panik dengan soalan yang ditanya oleh Nayoung. Dia tidak menyangka yang Nayoung akan mengungkit masalah yang baru sahaja di selesaikan. Dia menggigit bawah bibirnya sambil memikirkan jawapan. 

" A..aku memang jealous...tapi jelous sbb kawan..bukan sbb aku suka kat kau lah! Kau nie memang suka perasan eh?" jawab luhan. Nayoung mencebik. " Okay..yang nie aku mengaku aku terlebih perasan. Tapikan...." belum sempat Nayoung menghabiskan kata-katanya tiba-tiba Luhan bangun dari posisinya. Luhan memasukkan tangannya ke dalam poket seluarnya kemudian berkata, " Kau nie banyak cakap lah! Dah lah aku nak balik dulu..kalau kau nak sambung membebel kau membebel lah dengan tiang buaian nie ye? Aku nak balik! Bye!  Kaki tu pastikan lambat baik tau! Nanti boleh lah aku nak piggy back  kau banyak kali,"  Dia berjalan meninggalkan Nayoung sendirian. Nayoung berang dengan tindakan Luhan yang tidak berperikemanusiaan terhadapnya. Dah lah tinggalkan dia sendirian, wish yang bukan-bukan plak tu. 

" Yaaahh Lu Han!!! Get back here!!"  jerit Nayoung. Luhan tetap buat tidak endah dan tetap berjalan meninggalkan Nayoung. " Sorry!!! Aku baru teringat Taehyun ajak aku main xbox kat rumah dia sekarang ni! Bye!!!" dengan sekelip mata sahaja Luhan sudah hilang dari pandangan Nayoung. Nayoung mengeluh panjang. Sanggup Luhan tinggalkan dia disebabkan xbox je? 'Kau tengok lah esok! Aku suruh Hyejoung ceramah kau 2 jam!' bisik hati Nayoung. Dia kemudian memandang kakinya yang hopeless itu. Dia cuba untuk berdiri daripada duduknya tetapi gagal dan tersungkur di atas tanah. " Haishhhh!! Macam mana aku nak balik rumah nie!!???" resah Nayoung. 

" Perlukan bantuan?" tanya seseorang. Nayoung amat bersyukur ada jugak lah manusia yang berhati mulia hendak menolong nya yang separuh lumpuh itu. Dia mengalih pandangannya ke arah punca suara itu kemudian dia ternampak Sehun sedang tersenyum simpul. Pipi Nayoung kemerahan akibat senyuman Sehun. "Ermm..Sehun! Awak buat apa dekat sini?" tanya Nayoung separuh terkejut. Sehun memandang sekeliling kemudian kembali memandang Nayoung. " Hm? Sini?" tanya Sehun sambil mengangkat kening sebelah kanannya. Nayoung menganggukkan kepalanya, malas hendak membuka mulut. " Awak nak saya buat apa?  Jogging? Picnic? Ambil angin?" tanya Sehun lagi. Nayoung memegang dagunya sambil membuat gaya seperti perdana menteri yang sedang berfikir tentang masalah dunia. " Hah! Nie mesti stalk saya nie!!!" kata Nayoung tanpa segan silu. 

" Tepat sekali!! Tapi jawapan yang sebenarnya saya nak melawat awak lah ," balas Sehun. Nayoung terkejut dengan kejujuran Sehun. 'Eh dia nie..nak mengurat aku ke ape?' bisik Nayoung. Sehun mengangkat kening kanannya buat kali yang kedua sambil mencebik. " Saya tahu awak tengah fikir apa sekarang nie," kata Sehun. Nayoung terkejut buat kali yang kedua juga. Macam mana si Sehun nie boleh baca fikiran Nayoung? Dia tersenyeum-senyum seperti kerang busuk. " HeheXD! Mianhae," kata Nayoung. Sehun tersenyum kemudian melutut dihadapan Nayoung. " May I piggy back you?" tanya Sehun. Nayoung dengan senang hatinya memanjat belakang Sehun. Dia gembira akhirnya dapat jugak dia balik ke rumah tercintanya. Dia tidak sabar untuk merebahkan badannya di atas katilnya yang empuk bagaikan pau yang baru sahaja dikukus dan tersiap sedia untuk di makan. Bercakap pasal pau, dia sudah lama juga lah mengidam untuk merasa keenakan pau. Tetapi cita-citanya tidak kesampaian kerana asyik terlupa aje. Tiba-tiba perutnya berbunyi. Baru sahaja Nayoung hendak membuka mulut untuk explain pasal perutnya kepada Sehun tiba-tiba Sehun mencelah.

" I'll take you to the best baozi restaurant near here. Don't say no cause I know you desperately want to eat baozi" kata Sehun seraya sambil berjalan ke arah sebuah kereta mewah berwarna putih yang berjenama lamborghini. Mata Nayoung terbeliak, dia sangat lah terhutang budi terhadap Sehun. Walaubagaimanapun, dia pelik juga bagaimana Sehun boleh tahu yang dia teringin sangat hendak makan pau. " Are you seriously stalking me?" tanya Nayoung. " What? Ofcourse not!" jawab Sehun menafikan kata-kata Nayoung. "Habis tu macam mana awak boleh tau saya nak sangat makan pau?" tanya Nayoung lagi. Sehun membuka pintu kereta lamborghini keluaran edisi khas itu kemudian memasukkan Nayoung ke dalam keretanya. Dia kemudian masuk ke dalam keretanya dan menghidupkan enjin. Nayoung masih lagi tertunggu-tunggu jawapan Sehun. Kemudian dia melihat Sehun sedang memandang tepat ke arah matanya. 

" It's just.....err...well...I'm.. erm..I can read people with just looking at their face. Just like the psychology matters..hehe," jawab Sehun separuh gagap. Bajunya sedikit lencun akibat peluhnya kerana dia tidak pasti jawapan apa yang perlu diberikan ke atas pertanyaaan maut Nayoung itu. Sebenarnya, semalam dia ternampak Nayoung sedang menulis tentang pau di dalam diarinya sewaktu cikgu Seungyoon sedang mengajar. " Ouh! Maaf sebab saya ni terlebih perasan plak!" balas Nayoung. 'Adoyai! Aku nie mmg suka perasan lah!! Buat malu diri sendiri je!' bisik Nayoung. Sehun melontarkan senyumannya kemudian mula membawa keretanya ke destinasi yang dituju.

" Gwenchana, just take care of your leg! Nanti senang lah saya nak bawa awak makan pau lagi!" kata Sehun sambil mengenyitkan matanya ke arah Nayoung. Nayoung tersenyum kemudian membalas, "Arasso!".

 

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 

 

" Taehyun!! Berapa lama lagi kau nak berdiri kat situ!!?? Cepat lah pilih!! Kaki aku dh nak patah sebab tunggu kau!!" rengek Luhan. Dia menyandarkan badannya di dinding kerana terlalu penat berdiri. Dia melihat Taehyun yang sedang sibuk memerhati barang kemas sejak 2 jam yang lepas. " Kau rasakan.....yang mana satu patut aku belikan untuk Hyejoung?" tanya Taehyun. 

" Buat apa kau nak belikan benda-benda nie untuk dia? Daripada belikan rantaikan...lebih baik kau belikan buku nota, boleh lah dia tulis nama orang yang langgar peraturan sekolah," kata Luhan sambil tergelak-gelak dengan lawaknya yang agak hambar itu. Taehyun memandang Luhan dengan pandangan mautnya. " Aku nak confess kat dia lah!" kata Taehyun jujur. Mulut Luhan ternganga luas sehinggakan seekor lalat yang lalu lalang di sekitar Luhan hampir termasuk ke dalam mulutnya.

"Biar betul kau nie?????? Kau suka kat dia ke?? OMG!! Macam mana kau boleh suka kat nenek kebayan sekolah kita?" kata Luhan separuh jerit kerana terlalu terkejut dengan berita yang tidak disangka-sangka itu. Taehyun buat tidak endah dengan persoalan Luhan. Dia melihat sebuah rantai yang amat cantik dan ingin membelinya. " Haish..patutlah kau single je selama nie. Tak reti langsung nak hargai perempuan," kata Taehyun separuh kesal dengan tindakan Luhan itu. Luhan hanya mencebik. Setelah Taehyun selesai membeli hadiahnya, dia berjalan mendekati Luhan dengan senyuman yang boleh membuatkan wanita-wanita yang berada disekitar mereka tertaruh hati dengannya. Dia gembira kerana dpt membelikan sesuatu untuk Hyejoung tercintanya. 

" Dah jom balik! Aku tak sabar nak confess kat Hyejoung nie!!!" kata taehyun excited. " Bila kau nak confess kat dia?" tanya Luhan. Dia cuba untuk mengintai dan memegang hadiah Taehyun yang baru sahaja dibelinya tadi. Taehyun memukul kuat tangan Luhan kemudian menjelingnya. " Isnin nie time lunch. Aku nak satu sekolah tau yg dia bakal jadi milik aku!" jawab Taehyun sedikit melompat kerana dirinya terlalu lah excited. "Eh eh budak nie....rilek ah brother, tak ke mana lah si Hyejoung tu..." kata Luhan. " Tapikan...aku rasa Hyejoung takkan terharu lah..kau kena hadiahkan dia buku nota, baru lah dia terharu. Aku cakap serious! Percaya lah aku!! Hari tu time birthday die...aku hadiahkan dia pensel pon dia menangis..aku tak tau kenapa tapi mungkin dia terharu sgt kot," kata Luhan confident. " Aigooo!! Luhan!! Macam mana dia tak menangis?? Tu maksudnya dia sedih dpt kawan mcm kau...mana ada dh zaman sekarang org bagi pensel time birthday!" jawab Taehyun. " Oh yeke? Hehehe..." kata Luhan sambil menggaru-garu kepalanya yg tidak gatal itu. Dia berjalan sambil melihat sekeliling mall itu. Ligat matanya mencari kedai yang diharap-harapkan akan muncul. Kemudian dia ternampak sebuah kedai aiskrim Baskin Robin. Matanya berkaca-kaca, dia teramatlah tertarik dengan aiskrim yang amat lah sedap itu. Setelah lama dia mencari kedai itu, muncul pun kedai itu dihadapannya." Akhirnya!!!!!!!!!!" jerit Luhan. Punya lah dia lari seperti di kejar anjing ke a

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
jadoo98 #1
Chapter 4: siannye Luhan...adkh cinta die brtpuk sblah tngan? c Nayoung pun xkan la xde ckit pun prsaan dkt Luhan hurm...update soon ^_-