LMR 34

Love Me Right
Please Subscribe to read the full chapter

*Pibeday Chanyeol*

 

Aku minta break sekejap daripada si jurumekap ni. Aku pun dah biasa sangat dimake up, jadinya aku tak nampak apa yang lain pada diri aku. Yang kekalnya, Kyungsoo yang handsome lagi kacak bergaya. Eceh.

 

Aku membuka aplikasi V apps. Kalaulah aku boleh kongsikan perasaan sedih untuk menamatkan zaman bujang ini macam mana. Aku Cuma ada lebih kurang dua jam sahaja lagi sebelum segala galanya berubah.

 

Segala galanya.

 

Lepasni dah tak boleh nak berhuha dalam dorm lagi. Aku tak dapat nak berbakti pada mulut mulut burung dalam dorm tu, lepasni tah siapa lah pulak yang nak masakkan untuk diorang. Sebulan dua ni, bolehlah Chanyeol hyung tolong. Lepastu entah nasib dioranglah. Kahwin jelah macam kitorang ni.

 

Ah, aku tak rela! Kerana terpaksa ku relakan. Patah sayapku patah, tak bisa terbang lagi~

 

Aish Kyungsoo, harap harap bini kau lawa kejap lagi.

 

Dengan sedih senyuman fake aku hadiahkan. Aku nak meratapi saat saat muka terakhir aku membujang ni. Lepasni entah apa berlaku, aku redha je. Harini jadi laki orang, esok esok jadi bapak orang, lusa jadi atok orang pulak. Nasib baik aku tak sebut cicit lagi ni.

 

Aku nervous sebenarnya. Ikutkan aku nak je buat buat mati atas dewan tu kejap lagi. Dia punya nervous kalah buat perfomamce depan 20k fans. Padahal aku hadap paderi dengan Minseul je nanti. Fiuh. Banyak betul aku mengeluh harini.

 

Lepas dah selesai buat jejak kasih untuk meninggalkan wifeu wifeu tak rasmi aku yang berjuta juta tu, aku rehearsal sekejap skrip aku. Okey, aku dah buat segala macam skrip untuk harini. Bermula sekarang sampailah ke malam. Esok esok punya skrip, akan dibincang kemudian.

 

Sebagai contoh. Aku bagi satu.

 

" Aku nak kau, tidur kat balkoni tu. Tepat pukul 5 pagi, baru masuk balik. Arrachi?!? "

 

" Hah, apa?! Kau tak faham??? Nak makan ke penyepak ni!? Hiyarghhh!!! "

 

" Okey, macam bodoh je "

 

Aku ketuk kepala. Skrip pun macam tak berguna. Ayat acah aku baru kenal Minseul tu harini je. Hmmm. Entah entah aku yang kena tending tidur balkoni.

 

Sekarang ni aku akan ke bilik Minseul. Macam tak percaya, author ni dah berjaya menjahanamkan hidup empat orang member Exo. Rasa macam sekejap je kan? Ya, makan tiga tahun juga xD

 

Semestinya aku turut terlibat. Hero katanya. Taik lah hero dia. Ada lagi 3 hero dalam fanfic dia sampaikan aku pun tak tahu berapa banyak extra yang dia ambil. Macam mampu je nak bayar banyak sangat. Ok enough pasal orang yang tak ada kena mengena. Cerita ni dah terlalu banyak kekelingan yang tak mampu diabaikan.

 

Aku keluar dan tinjau dari pintu bilik perempuan sihir ni bersiap. Aku kuak sikit. Hopefully dia dah berbaju. Fuh, nasib baik dia tengah bersolek. Cantik juga dia ni sebenarnya.

 

Auch Kyungsoo, jangan puji dia.

 

" Ehem "

 

Aku berdehem dan membuka pintu sampai dah tak boleh dibuka lagi. Lepas itu aku meminta juru solek dia keluar kejap. Aku perlukan privacy. Ada sesuatu mustahak yang perlu aku lakukan.

 

" Wae?? " Dia menyoal kasar. Tengok, orang datang cara baik, macam ni dia buat. Tak boleh tegur elok elok ke? Mana adab dia dengan tetamu? Cantik dah cantik dah. Adab pula takada.

 

" Sekarang pun nak cari gaduh ke? " Dia menyoal lagi dan aku hanya buat selamba duduk dekat kerusi.

 

" Ingat sikit siapa yang suka cari gaduh selama ni "

 

Aku membalas semula. Ya, aku bukan baik sangat pun nak berlembut dengan dia. Minseul menjeling aku dan membelek muka dia di cermin. Sesekali aku dengar dia berdecit. Terkejut lah tu sebab sebelum ni tak pernah jadi cantik.

 

" Dalam hidup aku, aku paling benci make up. Seriously, benci gila gila "

 

Minseul membebel bebel sambil tonyoh bulu mata palsu dia. Aku tergelak. Memang tak pelik pun kalau dia tak suka mekap. Taka pa lepas kahwin nanti aku ajar kau mekap tebal tebal eh

 

Aku datang mendekati dia sambil menghabiskan sisa tawa aku. " Itu sebabnya kau, bukan perempuan ori “

 

“ Habistu kau fikir aku ni pondan? “ HAHAHA BUKAN! Kau PENGKID! Yang bezanya kau lagi lawa daripada pengkid. Lol

 

" Apa kau nak datang sini ni? Tak habis habis menyakitkan hati orang ke? " Oh ya lupa pula dengan tujuan aku

 

" Aku nak? Hurm, aku nak mintak izin "

 

" Izin? “

 

Ya, izin curi first kiss.

 

*****

 

GEDEBUK.

 

Dua nyah yang jadi jurumekap tersungkur bila aku bukak pintu. Sekor buat buat sapu baju dan tiup lantai bila aku terpacak depan diorang.

 

" Wae? " Soal aku bersama mata yang sengaja dibesarkan. Diorang tersengih macam comel sangat. Aku terus jeling dan blah dari sini. Sebok je nak dengar urusan orang.

 

Aku lagakan kepala kau dua ekor tahu lah!

 

*****

 

" Kompang dipalu pengantin senyum. Lalala Dyo yaaa, kau lain duh! Berseri seri mak nampak. Ada apa apa rahsia jamu keluaran baru yang mak tak tahu ke? "

 

Chen hyung memekak dihadapan aku dan Minseul. Dia buat gaya tak malu dia belek muka aku dan Minseul dekat dekat. Tapi tak lama sebab Xiumin hyung tarik bicep dia.

 

Kai dan Sehun pula terkinja kinja macam beruk bila kami berdua turun dengan berpegangan tangan tadi. Heol, banyak kali dah aku pegang tangan si Minseul ni tapi tetap takda feel sweet pun yang aku rasa. Macam, kawan?

 

Oh Kyungsoo, don't rush, no pressure~

 

" Alright guys. Listen, pengunguman disini. Tak lama lagi perut perut kita akan dibunciti nasi minyak dari Chanyeol pula ye "

 

Chen hyung masih memekak. Dia menyengih di tengah tengah bulatan dan mengangkat kening beberapa kali pada Chanyeol hyung. Akibatnya, makan kau penyepak giant.

 

“ Tak lama lagi kita makan nasi minyak dari Chanyeol pulak ye. Hahahha gemok perut aku lepasni "

 

" Dah, aku nak makan. Bye "

 

Chanyeol hyung melarikan diri sebelum sempat dibahan lagi. Entah mana mana dia pergi, aku pun tak ambik tahu. Kat sini yang aku cari ialah Baekhyun hyung aka abang ipar aku, tapi tak jumpa.

 

" Ah, hyung hyung dah kenal kan wifeu saya ni? "

 

Aku menunjuk Minseul yang disebelah aku daripada tadi tersenyum. Menyamar budak ni. Macamlah aku tak kenal yang dia macam mana. Dengan aku kemain menyihir lagi kau kot.

 

" Kenal kenal " Jawab Suho hyung dan Kris hyung serentak. Aku hanya buat muka toya. Dua orang leader ni memang macam ni.

 

" Ah jap, tu Baekhyun hyung kan? " Aku menunjuk pada hujung pintu belah tepi dewan. Betul, itu Baekhyun hyung. Tapi apa yang dia buat tu?

 

Bila aku dan Minseul sampai pada Baekhyun hyung dan wife dia, barulah aku nampak apa yang berlaku. Lol, wife Baekhyun hyung pregnant ke? Awal betul

 

" Hyung? " Aku menyapa Baekhyun hyung. Dia menoleh, tapi sekejap. Dia lebih fokus pada wife dia. Yelah kan, orang sayang bini. Bukan macam aku ni. Kakaka jangan harap aku nak sayang penyihir. Aku nak sayang manusia je.

 

" Kenapa tu? "

 

Minseul menyiku aku. Aku nak je tendang dia ni jauh jauh. Ada tanya soalan bodoh macam tu. Kan ke aku dengan dia sama sama datang sini? Stupido

 

Aku tak sempat memandang isyarat yang dibuat Baekhyun hyung. Tahu tahu je dia dah larikan diri. Minseul pandang aku, aku pandang Minseul.

 

" Waeyo? Kita ada bawak saka ke? " Bisik aku perlahan. Minseul mengangkat bahu.

 

" Molla. Dia nampak macam--"

 

" Annyeong, anak menantu "

 

Percakapan Minseul terhenti. Satu tangan yang menepuk bahu aku dan Minseul serentak daripada belakang mengejutkan kami berdua.

 

Damn. Orang tua gila ni!

 

" Eo, appa " Minseul menunduk hormat dan mendekati aku sikit. Tangan aku rasa macam kena genggam lebih kuat. Aku masih steady. Cool kan, I'm Do Kyungsoo.

 

" Annyeong too, appa "

 

Aku menekankan perkataan appa tuh. Biar dia sedar yang dia tu bapak orang, bukan lelaki dayus lagi. Aku nampak apa yang dia buat. Sungguh tak berperikemanusiaan dan macam bangang. Aku harap aku tak jadi macam tu bila dah tua nanti.

 

Ahh Kyungsoo, kau takkan jadi macam tu lah! Kau masih ada akal.

 

" Bahagia? " Soalnya dengan smirk yang menyeramkan. Sayangnya dia ni, muka hensem tapi perangai tak serupa orang. Nak kata tua tak ada la tua sangat aku tengok. Haishh, orang tua.

 

" Bahagia, sangatt " Aku merapatkan kedudukan Minseul dengan aku. Sengaja aku tekankan perkataan sangat tu. Sengaja. Aku dah fikir macam macam dekat lelaki tua ni.

 

Aigoo, I lost respect lah. Dia ayah mertua aku kot. I'm sorry lah.

 

" Good. APPA harap korang berdua pun bahagia sampai mengandung macam abang kakak kau tu. Bahagia, sampai, bila- bila, ya? Hahaha "

 

Orang tua ni mengusap rambut Minseul. Aku hanya mampu jeling dari hujung mata je. Nak disepak, kamera banyak sini. Menyamar jelah sekejap.

 

" Cari lah kebahagiaan kau sekarang, sebelum terlambat "

 

Dia bercakap perlahan dan meninggalkan kami berdua. Aku pandang Minseul, dia termenung. Tangan aku yang dia genggam masih tak lepas. Akhirnya aku buat keputusan untuk lurutkan tangan dia perlahan lahan dan buat dia hadap aku.

 

Kalau layan rasa takut, sampai bila tak habis

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
AQFXQX
#1
Chapter 1: baru first baca dah buat sis sengih dengan perangai baekhyun ni xD
SufiSuga83 #2
Chapter 68: Authornim.. Saya dh habis baca ff awak yg menarik n daebak.. Soalan? Saya tak tau nak tanya apa..hehe so sorry ok? And please jangan delete ..jebal..nanti saya boleh baca citer ni bnyk kali..saya suka citer awk yg panjang ni..best sangat..
chichisakura99 #3
Chapter 68: Omg!!!! Author mmg terbaik. Sampai sy pulak yg nk mimpi diorg jd real. Tp mmg lawak la citer ni. Sy selalu gelak guling2 hampir je nk jatuh katil sbb lawak diorg. Apa2 pon tahniah author sbb berjaya bt citer yg betul2 ohsem. I really like this story. Kipidup dongibup author-nim
sarahishk
#4
Jangan delete pls cerita ni. Nanti kalau rindu cerita ni boleh ulang baca balik huhu
sarahishk
#5
Chapter 66: Ya, saya juga sedih. Taknak cerita ni habis sampai bila bila. Nak cerita ni ada sampai baekchansoo ada cucu cicit hahahaha