LMR 47

Love Me Right
Please Subscribe to read the full chapter

Semalam aku dah keluar wad. Aku okey sebab tu aku boleh keluar. Jadi harini aku nak pergi tengok Minseul, kot kot dia dah terbangun. Kan?

 

Bila aku sampai, penipu je! Sama macam semalam. Tak ada perubahan, langsung. Aish sayang ni.

 

Aku letak kunci kereta di tepi meja ni. Lepastu aku duduk dekat kerusi semalam, termenung memandang muka budak yang aku tak suka ni. Yang selalu buat temper aku naik tiba tiba.

 

Tapi bila dah turun, turun sangat temper aku ni.

 

Tengok lah sekarang. Baru sikit dah menangis. Yah.

 

" Minseul, mana senyuman kau? Semalam kan aku dah mintak. Kau lupa? "

 

Aku membuka mulut. Walaupun aku tak mampu nak buka mulut, tapi aku kena bukak jugak. Doktor semalam cakap yang aku kena banyak bercerita dekat orang koma sebab dia boleh mendengar.

 

Minseul koma, aku terima kenyataan tu.

 

Aku curi tangan kanan Minseul macam semalam. Cantik je tersarung cincin ni. Tak sangka perempuan ni milik aku sekarang.. dulu bukan main benci. Ah ya cakap pasal cincin, mana rantai yang aku bagi tu ek?

 

Aku laju menyelak leher Minseul. Fuh selamat, rantai tu masih ada. Heww, pertama kali bagi buah hati hadiah, tu rasa terharu tu.

 

Tapi tu lah, buah hati tak sedar diri lagi.

 

Keadaan dia tak berubah pun. Aku tak tahu apa yang jadi, apa yang terjadi dan macam mana boleh jadi macam ni. Aku nak tahu, tapi takde siapa nak bukak mulut untuk bercerita.

 

Takpe, aku tunggu cerita dari Minseul nanti. Aku memang betul betul mengharapkan dia bangun.

 

" Eh, ada orang. Kau okey tak? "

 

Baekhyun hyung muncul secara tiba tiba. Dia pun dah keluar wad semalam, tapi wifeu dia keluar harini atau esok. Untung lah dia, apa yang dia fikir tak jadi kenyataan. Tak macam aku ni, teruk. Keadaan tak memihak pada aku.. mungkin.

 

" Dah lah tu menangis. Tak malu ke? Wifeu kau tak cembeng macam kau tahu tak? "

 

Baekhyun hyung menumbuk bahu aku perlahan. Aku geleng kepala je. Sebab aku tak tahu nak balas balik ke tak. Suara aku pun dah tersekat, apatah lagi nak menumbuk, bukan?

 

" Semalam dia menangis jugak.. " ujar aku. Aku dapat dengar keluhan yang keluar dari Baekhyun hyung.

 

" Dyo yah.. "

 

" Bwo "

 

" Kajima. Berhenti lah salah kan diri sendiri. Hyung tahu kau fikir apa sekarang "

 

Baekhyun hyung menarik kerusi dan tepuk bahu aku. Aku pandang dia, tapi lepastu aku baringkan kepala tepi katil ni.

 

" Apa yang hyung tahu? "

 

" Kau salah kan diri kau sebab izinkan dia balik rumah. Betul? Hyung tahu lah. Hyung pun rasa macam tu "

 

Aku angguk je. Apa dia cakap tu betul. Memang aku rasa macam tu pun.

 

" Hyung syor kan kau tidur. Tidur lah. Sambil sambil tu ugut sikit bini kau ni kalau dia tak bangun. Wake up! Kau pun jangan nak lembik macam ni. Hyung nak pergi dekat Rara dulu, kau jangan buat benda pelik pulak "

 

Aku angguk lagi. Baekhyun hyung senyum dan keluar. Untung lah dia boleh bahagia sekarang. Tapi aku ni? Nak bahagia apanya tengok Minseul macam ni?

 

Yaish..

 

" Kau tahu tak aku tak sanggup?? Aku tak sanggup tengok kau macam ni! Aku jadi marah. Kau nak tengok aku marah?? Nak?? "

 

Aku mula meninggikan suara. Walaupun serak, suara aku boleh kedengaran kasar lagi. Tapi Minseul langsung tak hargai suara aku yang serak ni. Aku sakit tekak sebab dia, tau.

 

" Okey. Aku tak nak marah pun. Kau tidur lah puas puas. Nanti kau bangun terus sihat. Boleh? "

 

Angguk lah. Please angguk. Dah banyak soalan aku dibiarkan dibawa angin lalu sebegitu sahaja. Aku nak tengok dia mengangguk sambil senyum macam dulu. Yang selalu buat aku terkejut, bila dia cakap gomawo lepas aku bagi sesuatu yang dia nak. Oh sayang, abang rinduuuuuu.

 

Aih jangan meroyan.

 

Tapi betullah, aku rindu suara dia. Aku rindu mata dia dan paling paling paling paling paling aku rindu, of course suara dia. Dia suka panggil aku Dyo. Dia tak panggil aku D.O atau kyungsoo. Dia special, walaupun panggilan tu tak manja, aku rasa benda tu lembut.. untuk orang ganas macam dia ni.

 

Cheh, puih la ganas. Tengok lah ni baru luka sikit dah tak bangun dua hari. Kau janji apa, Minseul?

 

Kau cakap dengan aku yang dua hari tu tak lama kan? Sebelum naik kapal terbang haritu, aku ingat lagi semuanya. Fikiran aku sentiasa cekap kalau melibatkan kau. Well kalau tak melibatkan kau pun aku memang dah cekap tapi kalau pasal kau, aku beribu kali cekap tahu tak?

 

  " Dua hari tak lama, lepastu kau jumpa jugak muka aku ni, jangan lah nak drama sangat "  

 

Sekarang siapa yang buat drama ni, Minseul sayang?

 

****

 

Aku pulas tombol pintu Minseul macam biasa, tinjau dulu kot dia tak bangun lagi. Memang tak bangun lagi. Tapi kalini aku nampak Kai tengah main telefon dalam ni.

 

Bila dia datang?

 

" Kai ke tu? " soal aku. Kai mengangkat muka. Sah Kai!

 

" Eo, hyung! Saya tunggu hyung la ni " ujar Kai. Aku mengangguk dan duduk tempat sebelah Minseul macam biasa.

 

" Mana yang lain? Awal betul kau datang ni "

 

Aku tanya Kai. Dia tersengih dan garu kepala. Okey, kenapa dia ni. " Kenapa? "

 

" Teman.. teman yeoja. Yeoja chingu. Hmm, yeochin saya kerja sini "

 

Aku tersengih tengok Kai. Dia fikir aku tak tahu tapi sebenarnya aku tahu. Okey, kita tengokkan aje permainan dia.

 

" Yeochin kau kerja apa? "

 

" Doktor. Tu saje lawat sini. Alang alang tu boleh jumpa hyung. Wifeu hyung macam mana? Ada perubahan? "

 

" Macam tu lah. Tak ada perubahan tapi.. "

 

Aku melihat Minseul. Aku dah terperasan satu. Dia dah tak pakai alat pernafasan tu lagi dan kepala dia tak berbalut. Cuma ada tampal sikit dekat dahi kiri dia. Woahhhhhh

 

" Tapi apa? "

 

" Improvement! More better lah harini. Weh! Dengar aku tak?? "

 

Aku laju mencapai tangan Minseul. Sama je tak ada pergerakan. Tapi tak tahu kenapa aku rasa gembira sekarang ni. Minseul akan sedar tak lama lagi... kan?

 

" Hahaha hyung. Suka nampak? Tu lah, lain kali kena sabar "

 

Kai tergelak tengok aku. Aku dah boleh senyum. Bagus Minseul ni. Macam ni lah baru aku sayang. Ehh, sayang ke?

 

Aish.. mana ada.

 

" Suka lah. Gila kau tak suka? Dah tiga hari hyung tunggu perubahan dia. Nasib ada "

 

" Tahu tu hyung tunggu. Lagipun hyung jangan risau, dua tiga hari nanti wifeu hyung bangun. Mungkin sebab dia perempuan, jadi ambil masa sikit. Lagipun tikaman tu tak terkena pada mana mana organ pun. Cuma dalam aje lah "

 

Aku terkejut tengok Kai yang macam tahu semua ni. Aku pandang dia sambil angkat kening. Dia angkat kening dia balik. Aishh.. bukan kita sama naik flight ke?

 

" Mana kau tahu? "

 

" Oh mestilah saya tahu sebab wifeu saya yang rawat. Ehh! Yeochin saya rawat Minseul, jadi saya tahu lah "

 

Mata Kai membulat terus bila dia salah cakap. Aku terus buat muka setan. Yeah harini memang aku dah boleh senyum. Perubahan Minseul pembakar semangat aku.

 

" Hm.. 'wifeu' kau tu doktor bahagian mana Kai? "

 

Aku tekan sikit perkataan wifeu tu. Kai buat muka selamba dia dan pandang sekeliling.

 

" Yeochin hyung. Yeochin. Hah.. bahagian pakar bedah. Awat? "

 

Awat?? Awat dia tanya aku? What??? Pandainya bini si Kai nii!

 

" Pandainya dia! Umur berapa? Awal betul dah jadi doktor pakar "

 

Aku terkejut plus admirer bini si Kai ni. Patut lah dia sorok sangat. Rupanya berharga. Pandai dia pilih bini. Haritu aku tengok cantik, tinggi lagi. Tak tahu pulak pandai gila bapak macam ni.

 

" Jangan lah cakap macam tu. Rasa macam diri ni bodoh pulak sebab tak habis sekolah lagi. Hmm. Sebaya. Dia belajar UK dari kecik, sebab tu lah kot. Lagipun dia dah jadi intern kat sana "

 

Aku mengangguk. Mulut aku tak boleh tutup dari terus melopong. Kai main telefon dia balik. Text bini lah tu. Aih, tetiba rasa rindu nak kacau Minseul.

 

" Lawa tak? " soalan aku. Memang kalau Minseul bangun ni aku kena pelangkung dan kena pujuk dia sambil bawak cool blog.

 

" Gila tak?? Bukan senang orang nak pikat-- "

 

" Awak, omma cakap dia nak-- Ehh! Oh, annyeonghaseyo "

 

Seorang doktor berambut coklat lembut tiba tiba masuk sini dan potong percakapan Kai. Aku terlopong. Kai terdiam. Okey, ini lah dia. Lawa! Sumpah tak tipu.

 

" Ahhh. Doktor nak check pesakit ke? Kalau macam tu kitorang keluar dulu. Jom hyung! "

 

Kai menarik tangan aku keluar. Dia selamba je. Tapi budak tu buat muka pelik pandang kitorang dua. Takkan bukan dia kot.

 

" Bukan dia? "

 

" Fuhh. Dia lah. Boleh pulak masuk waktu sekarang. "

 

Kai mengurut dada dia. Aku blur blur je ni. Apa merepeknya Kai ni aku tak faham.

 

" Kenapa? "

 

" Tu. Shhh "

 

Okey, baru lah aku faham. Rupanya Exo bawak geng. Dorang melawat sekali. Kai.. Kai.. apa yang dia nak sorok sangat?

 

Aku dengan Minseul okey je. Walaupun banyak gaduh. Tapi macam mana Kai tahu yang lain nak sampai sedangkan dia dekat dalam tu dengan aku? Okey, curious.

 

****

 

Harini dah masuk hari keempat. Means dah hari hari lah aku jenguk budak ni. Tak marah dah, sebab dia dah tak duduk ICU. Syukur. Sangat sangat.

 

Please Subscribe to read the full chapter

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
AQFXQX
#1
Chapter 1: baru first baca dah buat sis sengih dengan perangai baekhyun ni xD
SufiSuga83 #2
Chapter 68: Authornim.. Saya dh habis baca ff awak yg menarik n daebak.. Soalan? Saya tak tau nak tanya apa..hehe so sorry ok? And please jangan delete ..jebal..nanti saya boleh baca citer ni bnyk kali..saya suka citer awk yg panjang ni..best sangat..
chichisakura99 #3
Chapter 68: Omg!!!! Author mmg terbaik. Sampai sy pulak yg nk mimpi diorg jd real. Tp mmg lawak la citer ni. Sy selalu gelak guling2 hampir je nk jatuh katil sbb lawak diorg. Apa2 pon tahniah author sbb berjaya bt citer yg betul2 ohsem. I really like this story. Kipidup dongibup author-nim
sarahishk
#4
Jangan delete pls cerita ni. Nanti kalau rindu cerita ni boleh ulang baca balik huhu
sarahishk
#5
Chapter 66: Ya, saya juga sedih. Taknak cerita ni habis sampai bila bila. Nak cerita ni ada sampai baekchansoo ada cucu cicit hahahaha