Cabaran 1

Fated Love [DONE EDIT]

'Sehun! Sehun!' sokong peminat Sehun dari luar gelanggang. Bukan setakat Sehun, Kai, Suho, Baekhyun, Kris, Chanyeol semua ada lah senang cite. Siapa dorang semua tu? Kingka SM High School lah. Satu sekolah, I mean satu Korea kenal dorang ni. Tapi yang paling fofular sekali semestilah Sehun, mamat muka toya tu. Kadang-kadang aku pelik, muka toya pun ada peminat. Pelik kan? Manusia.. manusia..

Eh lupa nak kenalkan diri. Nama aku Jang Inhye. Tapi kawan-kawan aku panggil aku Inhye je. Aku ni sedikit kelelakian berbanding kawan-kawan aku, Mina dan Yumi. And buat pengetahuan korang, aku merupakan orang yg paling anti dengan EXO ni lagi-lagi mamat muka toya tu. Korang faham-faham jelah. And aku datang tengok dorang berlatih ni bukan atas keinginan aku tapi atas desakan minah-minah senget sebelah aku ni. Dorang ingat aku takde kerja lain ke nak tengok dorang berlatih.



Inilah minah-minah senget tu. Yang agak gedik sikit tu namanya Mina. Yang berkaca mata tu pulak namanya Yumi. Tapi jangan sangka air yang tenang tiada buaya. Korang tengok je si Yumi ni pakai kaca mata, muka naif tapi kalau korang dengar dia ni membebel, kalah mak tiri Cinderella. Tapi walau apa pun, aku tetap sayang dorang. Doranglah best friend forever aku. Sayang kau kawan. Muackkk!!

'Eh kau nak pergi mana? Dorang tak habis berlatih lagi ni.' tanya Mina sebaik sahaja melihat aku berdiri.

'Bla lah! Bosan gila. Dengan yg terjerit-jerit lain. Bingit tau!' kataku sambil membetulkan topi dan menghilang dalam lautan manusia. Tiba di tepi gelanggang, aku terdengar suara orang menjerit.

'La dah nak balik ke? Tak nak tengok lagi?' kata suara itu. Tanpa memandang wajah pemilik suara itu pun, aku dah tau itu suara siapa. Mamat ni memang tak serik kan? Entah apa yang dia nak dari aku entah. Aku pun berpaling memandang pemilik suara itu.

'A'ah. Aku nak balik. Asal? Nak ikut?' balasku. Sudahlah penat melayan kerenah minah senget dua orang tu, datang pulak mamat muka toya ni. Ada yang makan kaki kang kejap lagi.

'Tak hingin aku balik dengan kau.' balas Sehun selamba.

'Dah tak hingin kenapa tanya. And aku pun tak hingin nak balik dengan kau. Tengok kau terkinja-kinja tangkap bola tu pun buat aku menyampah.' kata-kata ku mendapat 'boo' daripada peminat Sehun. Macam lah aku kisah dorang nak boo aku? Boo lah. Tak heran!

'Berlagak sungguh ya tuan hamba. Kalau begitu, sudikah tuan hamba berlawan dengan hamba? Siapa yang dapat 20 mata dulu, dia menang. Sudikah tuan hamba?' tanya Sehun tetap dengan muka maconya. Ingin hensem sangat ke? Pak cik sebelah rumah aku lagi hensemlah.

'Beta terima cabaran tuan hamba.' kataku. Selesai saja ku berkata, satu sorakan bergema di gelanggang bola keranjang itu.

'Sehun! Sehun!' 'Oppa Fighting!' Itulah antara sorakan yang aku dapat dengar. Dorang ni tak reti malu ke? Bawak-bawaklah pergi belajar. Naik cair taik telinga ku mendengar sorakan itu. Mata ku tertangkap pada 2 susuk tubuh gadis yang juga sedang bersorak. Mina dan Yumi. Ciss~ dorang bukan sokong aku. Kurang asam punya kawan. Kenalah nanti!

Tapi yang peliknya ahli EXO yang lain, sokong aku. Hahaha..  Mohon jealous dear fangirl. 'Oppa' korang sokong aku tau. Tapi takdelah pelik sangat sebenarnya, satu sekolah dah maklum sangat pasal aku dengan Sehun ni. Yang aku anti sangat dengan Sehun dan Sehun pun anti sangat dengan aku. Tapi aku agak rapat jugak dengan ahli EXO yang lain lagi-lagi Chanyeol, si happy virus tu. Tapi entah kenapa aku tak berapa ngam dengan Sehun. Mungkin pasal kisah silam kitorang kot.

Cabaran  pun bermula. Aku dan Sehun berebut-rebut untuk menjaringkan bola. Tinggal 2 mata terakhir. Dan akhirnya aku dapat menjaringkan  untuk 2 mata terakhir itu.

'Yehet! Aku menang.' sorak ku keriangan. Aku dengar keluhan daripada peminat-peminat Sehun di luar gelanggang. Sebenarnya, aku merupakan salah seorang atlet yang dapat mewakili negara dalam pertandingan bola jaring. Tapi aku tolak sebab masa tu aku mengalami kecederaan. Sebab tu aku pandai main bola keranjang sebab bola keranjang lebih kurang macam bola jaring je kan. Lagipun, aku memang minat sangat Michael Jordan. Aku pun segera mengambil beg dan keluar dari gelanggang. Sebelum keluar dari gelanggang, aku sempat tersenyum mengejek ke arah Sehun.

'Yeol, aku tunggu kau dekat depan sekolah. Jangan lambat!' laung ku dari luar gelanggang. Lupa nak story, Yeol atau Chanyeol a.k.a budak capang atau happy virus tu merupakan jiran aku. Selalunya, aku akan pergi dan balik sekolah dengan dia. Tapi disebabkan dia selalu berlatih bola keranjang dan pulang lewat, aku selalu je tinggalkan dia sebab malas nak jadi mak guard tak berbayar depan pagar sekolah tu.

✿ ✿ ✿ ✿ 

Lepas 30 minit, baru aku nampak kelibat Chanyeol di luar sekolah. 'Oii! Ingat aku tunggul kayu ke kat sini? Kau pergi mana hah?' tanya ku sambil berjalan ke arah Chanyeol yang bersama-sama dengan EXO. Ehemm termasuklah mamat muka toya tu okay.

'Aku ada perjumpaan dengan Coach Lee tadi.' kata Chanyeol sambil menggaru-garu belakang lehernya. Takut ahh tu. 'Sorry?' katanya sambil menayangkan giginya yang putih berseri.

Aku kalau dengan Chanyeol ni memang tak boleh nak marah lelama. Tengok muka dia pun dah nak buat aku gelak guling-guling satu Korea. Kenapa? Aku sendiri pun tidak dapat merungkaikan misteri tersebut. 'Dahlah cepat. Aku nak balik ni nak makan. Kau tau tak aku dah lapar. Tunggu kau berejam.' kata ku sambil menarik tangan Chanyeol.

'Sabarlah kau ni pun. Ucaplah selamat tinggal kat dorang (EXO) dulu.' kata Chanyeol lalu melambai ke arah EXO. Aku pun turut melambai ke arah mereka. Dengan kadar segera, aku mengheret semula Chanyeol. Aku boleh dikategorikan kuat jugaklah sebab dapat heret mamat gergasi tu.

Dari jauh, ada seseorang yang memerhati dengan api cemburu yg membara dalam hati. Tergugat dengan kemesraan di antara kau dan Chanyeol.

✿ ✿ ✿ ✿ 

'Hyung, aku nak jalan kaki dengan hyung esok boleh?' selesai menaip, Sehun pun menekan butang send. Mesej yang dihantar kepada Chanyeol itu dibalas setelah beberapa minit.

'Boleh je. Kenapa dengan motor kau? And kau okey ke? Yelah aku jalan kaki dengan Inhye. Aku tak nak berlaku Perang Dunia masa kita jalan kaki sama-sama.' mesej Chanyeol membuatkan Sehun tersenyum kecil.

'Motor aku rosak. Untuk pengetahuan hyung, aku okey jelah. Tapi kalau dia yg cari pasal dulu, aku tak boleh diam eh.' balas Sehun. 2 minit kemudian, telefonnya menjerit menandakan satu mesej masuk.

'Apa-apa jelah. Okay esok pukul 7. Aku tunggu kau depan rumah aku. Cepat sikit eh!' kata Chanyeol.

'Orait bos!' balas Sehun.

✿ ✿ ✿ ✿ 

Tepat pukul 7. 10 minit, aku pun keluar dari rumah setelah selesai bersarapan. 'Omma, Inhye pegi dulu.' laung ku sambil menyarung kasut.

'Nae. Jaga diri. Baik-baik jalan tu.' kata Pn Jang risau. Yelah, dahlah anaknya tak macam anak dara. Ganas semacam je. Itu yg membuatkan dia risau. Sebab tulah dia menyuruh Chanyeol agar menjaga Inhye ke mana sahaja pun dia berada.

Buka je pintu pagar, senyuman yg terukir di bibir setiap pagi bila tengok Chanyeol depan pintu pagar pun hilang. Jantung ni pulak macam nak gugur bila tengok Sehun yg senantiasa dengan muka super duper maco lah katanya tu depan pagar rumah aku. Dengan muka selamba, dia cakap 'Chanyeol balik rumah kejap. Ambil barang.'
 



Hai~ *waving* Okay Syaza dah post part 1. Macam mana? Okey tak? Tolong vote, comment and subscribe okay. Terima kasih daun keladi ☺ 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
kamong
#1
Chapter 11: im crying author nim *kesat air mata* awat sweet sangat >< hahah
hushan123 #2
Chapter 10: Wahh daebakk.. akhirnya bercinta jugak si anjing dengan kucing tu ye haha. Tapikan apa yang berlaku 4 tahun lepas tuh??
_shuhidah
#3
Chapter 8: Awk update lagii.kesian dgn inhye.
amirahsehun #4
Chapter 7: Best . palli update soon .
lovethunder #5
Chapter 6: update soon :3
myonlybaek #6
Chapter 2: wee wee best lah kak syaza ♥ hwaiting!