That Crazy Plan

Fated Love [DONE EDIT]

Hari ni, hari minggu. Mina dan Yumi datang lepak di rumah kau. Korang berborak pasal macam-macam. Sedang korang berborak, tiba-tiba- loceng rumah berbunyi menandakan ada tetamu datang. Sebagai tuan rumah, kau pun segera ke pintu untuk membukanya. Kau nampak Chanyeol berdiri sambil tersenyum ke arah kau.

'Eh Yeol. Kenapa datang ni? Nak join kitorang lepak ke?' tanyaku ramah sambil menjemput dia masuk. Tapi Chanyeol menggeleng tanda tak mahu.

'Aku kejap je ni. Sebenarnya, aku datang ni nak jemput kau pergi rumah aku malam ni.' kata Chanyeol. Aku bingung.

'Kenapa nak datang rumah kau pulak malam ni? Ada apa?' tanyaku sambil menggaru kepala yang tidak gatal.

'Sampai hati kau kan! Birthday best friend sendiri pun lupa.' kata Chanyeol sambil membuat muka sedih. Aku segera mengeluarkan telefon dari seluarku dan memeriksa kalendar. 27 November! Birthday Yeol! Aku menepuk dahi. Parahlah aku ni sampai birthday kawan baik sendiri pun lupa.

'Mianhae. Aku lupa. Happy birthday, kawan!' kataku sambil tersenyum ke arah Chanyeol. Chanyeol membalas senyumanku.

'It's okay.Wish tu kau simpan dulu untuk malam ni. Kau orang yang paling harus, wajib, perlu datang rumah aku malam ni. Datang tau!' kata Chanyeol sambil menjegilkan matanya ke arahku.

'Malas ah.' kataku cuba berdolak-dalik.

'Takde-takde! Aku akan heret kau. Kau ni aku bukan suruh pergi Zimbabwe ke apa, suruh datang rumah aku je, sebelah rumah je pun. Pemalas!' kata Chanyeol lalu memeluk tubuh.

'Yelah! Aku gurau je tadi.' kataku sambil memandang Chanyeol yang tadinya wajahnya muram terus berubah ceria.

'Thanks kawan.' kata Chanyeol sambil memegang bahuku.

'My pleasure. Kesayangan kau dah ajak belum? Aku tak nak ada perang besar kat parti tu kalau kau ajak aku sorang je malam ni.' kataku lalu ketawa.

'Akulah orang pertama yang dia jemput tau.' kata Yumi yang entah dari mana tiba-tiba muncul. Untuk pengetahuan korang, sekarang ni, Chanyeol dan Yumi dah pun couple. Dekat 2 bulan dah. Semuanya sebab aku yang perkenalkan dorang. So, dorang better berterima kasih pada aku! *bangga*

'Lepas dah couple ni, aku nombor 2 lah eh. Okay faham.' kataku sambil memuncungkan bibirku. Chanyeol dan Yumi ketawa melihat keletah ku.

'No 1 ke no 2 ke, itu tolak tepi. Yang penting, aku dah ajak kau kan. Anyway, pastikan pakai lawa-lawa tau.' pesan Chanyeol.

'Jangan risau! Serahkan semuanya pada aku. Aku akan bereskan.' kata Mina yang juga tiba-tiba muncul. Chanyeol menunjukkan 'double thumbs up' kepada Mina.

'Okay. Jumpa korang malam ni. Bye sayang.' ucap Chanyeol kepada Yumi. Aku dan Mina yang menyaksikan 'adegan sawit' tersebut membuat muka loya.

'Untunglah ada orang sayang.' kataku yang disambut gelak ketawa Mina. Muka Yumi berubah kemerah-merahan menahan malu.

'Dahlah korang! Inhye pergi tukar baju. Mina bawakan kunci kereta.' arah Yumi. Mina segera berlari ke ruang tamu, mencari kunci kereta. Aku bingung.

'Nak pergi mana?' tanyaku selepas melihat Mina datang semula dengan membawa kunci kereta.

'Rahsia! Kalau nak tahu, pergi tukar baju cepat!' arah Yumi. Aku yang masih bingung tapi tetap juga mengikut arahannya.

✿ ✿ ✿ ✿ 

'Cepat pilih kau nak baju yang mana.' arah Mina apabila kami sampai di biliknya. Naik terjojol mataku tengok dress yang cantik tergantung di dalam almari. Aku cuma garu kepala.

'Cepatlah! Kau nak kitorang yang pilih ke kau yang pilih?' kata Yumi yang sudah memeluk tubuh.

'Pilih untuk apa ni? Tak boleh ke aku pakai t-shirt dengan jeans biasa je?' tanyaku bingung.

'Heyy! Kita nak pergi birthday party bukan pergi jalan-jalan kat mall. And pastikan dress tu menjolok mata tau. Baru cair sikit orang tengok kau.' kata Mina sambil tersenyum nakal.

'Boleh kalau nak menjolok mata tapi jangan menjolok mata Chanyeol aku sudahlah!' kata Yumi disambut gelak tawa oleh aku dan Mina.

Aku membuat muka geli. 'Chop! Selama korang kawan dengan aku ni kan, pernah ke korang tengok aku pakai dress. Pernah?' tanyaku sambil memandang wajah kedua-dua teman baik ku itu.

'Tak pernah. Tapi malam ni, first time lah kitorang tengok kau pakai dress.' kata Mina.

'Lambat! Nah! Pakai ni.' kata Yumi sambil menghulurkan dress yang berwarna merah kepadaku. Aku menggeleng.

'Ni pulak heels kau.' kata Mina sambil menunjukkan heels yang aku sendiri tak pasti berapa incikah heels itu. Tapi yang pasti, aku gerun walaupun hanya melihat heels itu. Aku dapat bayangkan macam manalah kalau aku tergolek sewaktu nak berjalan menggunakan heels tu. Seram woii!

'Kejap! Korang serious ke ni? Aku tanya lagi ni eh. Selama berkawan dengan aku, pernah ke korang tengok aku pakai kasut setinggi Namsan Tower ni. Weii! Aku tengok pun dah seram lagi nak pakai. Memang tak ah!' kataku.

'Whatever! Yang penting, malam ni, kau harus, wajib dan perlu pakai semua barang ni. Faham?' kata Yumi ala-ala bos. 'Mina! Now your turn.' kata Yumi. Mina terus menarik tanganku ke sesuatu tempat. Dorang ni something betul lah!

✿ ✿ ✿ ✿ 

'Korang biar betul? Okay ke aku pakai?' tanyaku. Hampir 20 kali aku ulang soalan yang sama. Mina dan Yumi yang mendengar naik bosan.

'Aku cakap okay, okaylah. Dah diam boleh?' kata Yumi yang sedang memandu. Sepanjang perjalanan ke rumah Chanyeol, hatiku tak pernah tenang. Kenapa? Entahlah. Akhirnya, tiba juga kami ke rumah Chanyeol. Time tu, aku rasa macam nak cabut lari je masuk rumah. Tak rela betul kena pakai baju macam ni.

'Korang, kalau aku tergolek masa pakai kasut Namsan Tower ni, macam mana?' tanyaku risau sambil memerhatikan heels yang tersarung kemas di kakiku. Entahlah baru 2 jam aku pakai, tapi aku rasa selesa. Pelik betul!

'Takde maknanya nak tergolek. Kalau kau rasa nak jatuh, cepat-cepat pegang kitorang. Faham?' kata Yumi yang sudah siap sedia untuk berjalan masuk ke rumah Chanyeol. Aku dan Mina hanya membuntuti dia.

'Hai Yeol!' sapa Yumi sebaik sahaja tiba di hadapan rumah Chanyeol. Chanyeol terus berlari mendapatkan Yumi. Manakala aku pula disuruh sembunyi di belakang Yumi.

'Hai sayang! Hai Mina.' balas Chanyeol. Dia menggaru kepala yang tidak gatal selepas melihat ku tiada bersama mereka berdua. 'Inhye tak ikut sekali eh?' tanya Chanyeol.

'Inhye jugak dia cari. Dia adalah. Satu, dua tiga.' kata Yumi. Sampai kiraan tiga, mereka melompat ke tepi. Dan nampaklah aku yang tengah tunduk malu + takut. Aku malu sebab ni first time aku pakai dress ni dan aku takut apa reaksi Chanyeol dan tetamu-tetamu yang datang. Bila aku dongak, aku tengok Chanyeol dah jaw drop. Aku mula risau.

'Ni Inhye ke? Cantik gila kau.' kata Chanyeol lalu berjalan ke arahku. Aku nampak Mina dan Yumi dah tersenyum-senyum kerana Chanyeol menyukai 'hasil kerja' mereka. Aku tersengih janggal.

'Ehem.. Dah-dahlah tu pandang anak dara orang. Nanti kesayangan cemburu baru tau.' kata Mina lalu ketawa kecil. Chanyeol pun segera mengalihkan pandangannya dari aku dan menjemput kami masuk.

Aku berjalan masuk ke halaman rumah Chanyeol. Aku perasan yang banyak mata-mata memandang ke arah kami. Ehem lepih tepat lagi ke arahku. Aku mula rasa janggal. Chanyeol membawa kami ke sebuah meja yang diduduki oleh EXO.

'Wahh! Inhye ke ni? Cantiknya.' kata Baekhyun yang dari tadi menilik wajah ku. Aku tersenyum ke arah Baekhyun, tanda terima kasih. Boleh dikatakan hampir semua ahli EXO memuji aku malam itu membuatkan aku malu tahap nak ajak gajah terbang pergi galaxy je rasa. Tapi dalam pada itu, aku perasan yang dia takde. Ermm datang dengan girlfriend dialah agaknya.
 



Err sorry for the late update. Saya tau saya dah berabad tak nak update ff ni padahal online je selalu. So sebagai tanda maaf, saya buat double update. Lagipun, saya terpaksa hiatus atas sebab-sebab tertentu. I'm sorry dearest. Last chap to go~ 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
kamong
#1
Chapter 11: im crying author nim *kesat air mata* awat sweet sangat >< hahah
hushan123 #2
Chapter 10: Wahh daebakk.. akhirnya bercinta jugak si anjing dengan kucing tu ye haha. Tapikan apa yang berlaku 4 tahun lepas tuh??
_shuhidah
#3
Chapter 8: Awk update lagii.kesian dgn inhye.
amirahsehun #4
Chapter 7: Best . palli update soon .
lovethunder #5
Chapter 6: update soon :3
myonlybaek #6
Chapter 2: wee wee best lah kak syaza ♥ hwaiting!