Cabaran 2

Fated Love [DONE EDIT]

Chanyeol ni sengaja atau sahaja nak tengok perang dunia pagi-pagi buta ni. Boleh pulak dia tinggal mamat ni dekat sini. Mohon kerjasama! Sesiapa yg kehilangan anak, tolong tuntut anak anda di hadapan rumah saya ni ya.

Aku tenung Sehun. Sehun tenung aku. Macam aku dah cakap, kitorang macam anjing dengan kucing. Pantang jumpa nak gaduh. 'Macam mana lah orang tu berlatih tiap-tiap hari tapi kalah lawan dengan perempuan.' kata ku memulakan pergaduhan.

Dan macam Sehun cakap dekat mesej dia malam tadi dengan Chanyeol, yang dia takkan diam kalau aku yg mulakan dulu. Apalagi, Sehun pun balas lah. 'Itu aku saja je bagi chance. Tapi aku musykil satu perkara.' katanya sambil mengurut-ngurut dagunya seperti berfikir. 'Kau ni perempuan ke?' sambung Sehun sambil memandang ku atas-bawah-atas-bawah.

Kata-kata Sehun buat aku bengang. Sungguhlah kurang diajar mamat ni! Belum sempat aku membalas, Chanyeol mencelah di antara kami berdua, menarik kami ke sekolah. Nasiblah si capang ni datang, kalau tidak memang aku dah kerjakan mamat tu cukup-cukup.

'Yeol, dia kata aku bukan perempuan.' adu ku kepada Chanyeol sambil memeluk lengannya. Mulut aku pula aku juihkan ke arah Sehun. Sehun pula buat muka 'So-Do-I-Care-?' Chanyeol cuma mendiamkan diri. Malas melayan perangai kau yg seperti keanak-anakan pagi itu. Lagi dilayan lagi menjadi-jadi kau karang.

Setelah Chanyeol tidak memberi respons kepada aduan ku, Sehun tersenyum kemenangan ke arah aku. Eii! Mamat ni memang nak kena lah. Tunggulah nasib dia.

✿ ✿ ✿ ✿ 

Aku terpaksa rehat sendiri hari ni kerana Mina menghadiri perjumpaan bagi kelab kumpulan sorak dan Yumi pula menghadiri perjumpaan untuk kelab sidang redaksi sekolah. Yumi kan paparazzi sekolah!

Sedang aku enak menjamu makanan, tiba-tiba aku terdengar satu suara sumbang bercakap ke arah ku. 'Rehat sorang ke? Nak abang temankan tak?' kata suara itu. Korang pun boleh tahu siapa kan? Sudah tepat lagi benarlah orang itu Sehun. Dia kata apa? Abang? Uwekk! Loya pulak tekak ni.

Aku pandang kiri kanan, depan belakang, atas bawah. Then, baru pandang Sehun. 'Kau cakap dengan aku ke?' aku tanya soalan bodoh. Dah tentu-tentu, aku sorang je kat meja tu time tu, waktu tu, hari tu, jam tu, saat tu.

Sehun menggelengkan kepalanya. 'Tak aku cakap dengan pasu bunga belakang tu. Kan pasu bunga kan?' kata Sehun sambil tersenyum ke arah pasu bunga itu. Sah lah mamat ni dah gila! Kesian fangirl dia ni dapat 'oppa' yg gila macam dia ni.

'Kau nak ape kacau aku makan ni? Kalau tak penting, baik blah sekarang. Kang leklok kau makan roti tu kang kau makan pasu kejap lagi.' marah ku. Mau tak marah, orang tengah selera makan, sibuk potong.

'Wahh garangnya! Takut abang.' kata Sehun sambil meletakkan tangannya di mulut gaya orang ketakutan. 'Aku datang sini bukan saja-saja nak tengok muka kau. Aku datang sini nak ajak kau lawan balik bola keranjang dengan aku. Amacam okay?' cabar Sehun.

'Tapi kali ni, kalau kalah kena jadi kuli untuk 1 minggu. Boleh?' kata Sehun. Aku terus mengangguk. Siapa takut? Fangirl Sehun yg sedia ada beratur di belakang dia ikut serta berjalan ke gelanggang. Kenapalah mamat ni bawak geng dia. Menyibuk tau!, kata ku dalam hati

✿ ✿ ✿ ✿ 

Di gelanggang bola keranjang, aku dan Sehun sudah siap sedia di tengah gelanggang. Macam biasalah kalau takde sorakan, tak sah kan. Tapi semua sorakan tu untuk Sehun jelah. Wisel pun ditiup dan permainan pun bermula.

Kali ni, Sehun main dengan bersungguh-sungguh. Nampak sangat dia nak aku jadi kuli dia. Kurang asam punya mamat! Sehun tinggal 2 mata terakhir untuk game over. Bola berada di tangan ku. Dia pun merempuh aku, membawa bola ke jaring dan menjaringkannya.

Apalagi, riuh lah kat luar gelanggang tu dengan sorakan hardcore fans dia tu. Dia pula dah berbangga diri. Yg aku tergolek macam nangka busuk ni, diabaikan!

Aku tengok tangan ku, luka. Pedih sangat! Lutut ku pun luka. Tiba-tiba, satu tangan menghulurkan bantuan untuk membantu aku berdiri. Ku pandang wajah empunya tangan tu... pfttttt Sehun. Tak payah! Aku tolak tangan dia. Aku bangun dan terus berjalan ke luar dari gelanggang.

✿ ✿ ✿ ✿ 

Aku berjalan terhincut-hincut untuk pergi ke bilik rawatan. Bila sampai di hujung bangunan, sewaktu nak masuk ke lorong untuk ke bilik rawatan, aku bertembung dengan seseorang. Aku terlepas pegangan ku pada dinding yg menyokong pergerakan ku yg tak berapa nak stabil tu. Tapi belum sempat aku jatuh, aku disambut oleh orang tu. Orang itu ialah Chanyeol. Sehun tu ape pun tak boleh!

'Kau kenapa ni? Aku dengar kau lawan bola keranjang dengan Sehun tapi gaya kau ni macam pergi perang je?' kata Chanyeol risau. Dia memapah ku ke bilik rawatan untuk  merawat luka ku.

'Kita pergi bilik rawatan dulu, boleh? Aku sakit ni.' kata ku menahan pedih. Tapi takdelah pedih mana cuma Inhye ni manja lebih.

✿ ✿ ✿ ✿ 

Sehun menekupkan telinganya pada pintu bilik rawatan. Dia dengar orang ketawa. Itu suara Inhye kan? Dia dengan siapa?, tanya hati Sehun.

'Kau nak tolong aku ke nak bunuh aku? Sakit gila.' kata ku sambil memukul tangan Chanyeol yg menekan luka ku.

'Aku tolong lah ni. Tolong menyakitkan kau. Hahaha..' katanya lalu ketawa. Aku buat muka jerk. Kelakar ke? Apa-apa jelah dia ni.

'Sayang jugak kau kat aku kan?' kata ku tiba-tiba. Penyataan ku membuatkan Chanyeol terkejut. Bukan Chanyeol je, Sehun yg kat luar bilik pun terkaku sekejap.

'Gila tak sayang. Kalau aku tak sayang kau, dah aku biarkan kau tergolek je dekat situ tadi.' balas Chanyeol sedikit janggal. Tiba-tiba, satu suara menyampuk.

'Aku pun sayang kau.' kata Sehun yg entah dari mana entah muncul. Tiba-tiba je ada dekat situ.

'Eiii! Siapa yg sayang kau? Aku sayang Chanyeol.' kata ku sambil menjelir lidah ke arah Sehun.

Sehun pun tak nak kalah. Ini Oh Sehun lah. Pantang dicabar okay! 'Dah tu, kau ingat aku sayang kau ke? Aku pun sayang Chanyeol. Dialah hyung yg paling aku sayang tau!' kata Sehun seraya menjelir lidah ke arah ku. Gelagat kitorang  macam kanak-kanak 6 tahun main jelir-jelir lidah. 'Hyung dia ni beria je hyung. Bukan sakit sangat pun. Luka sikit pun nak merengek. Macam budak kecik. Memalukan!' kata Sehun sengaja menaikkan marah ku.

'Diamlah kau! Sibuk je. Aku nak date berdua dengan Chanyeol  pun tak boleh.' balas ku geram.

'Korang gaduh lah sampai esok. Aku nak balik kelas ni. Annyeong!' kata Chanyeol dan ingin melangkah pergi. Bosan dia tengok kitorang asyik bertekak. Pantang jumpa je bergaduh, pantang jumpa je bertekak, pantang jumpa je berperang. Kalau macam ni gayanya, anjing dengan kucing pun kalah.

'Oii Yeol! Tolonglah aku. Kau ni aku tengah sakit ni.' kata ku lalu menarik tangan Chanyeol.

'Meh abang tolong.' kata Sehun sambil tersenyum nakal.

'Tepilah kau! Menyibuk je. Aku tak nak kau. Aku nak Chanyeol.' Lepas aku dapat bangun, aku pun tinggalkan Sehun sorang-sorang dekat belakang.

'Tengok hyung. Orang nak tolong, tapi dia tak nak. Siapa yang sombong sekarang ni?' adu Sehun kepada Chanyeol. Macam biasa, Chanyeol malas nak layan. Aku dah tersenyum kemenangan ke arah Sehun. Kalau aku ada lagi 20 orang kawan macam ni, botaklah kepala dibuatnya, kata Chanyeol dalam hati.
 



Hello hello~ Okey Syaza tengok cerita ni macam tak dapat sambutan je. Huwaaa~ *nangis sebelah Yeol* Takpelah *kesat air mata* Syaza akan cuba buat yang terbaik okey? Tolong vote, subscribe and comment. Gomawo *baling bunga*

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
kamong
#1
Chapter 11: im crying author nim *kesat air mata* awat sweet sangat >< hahah
hushan123 #2
Chapter 10: Wahh daebakk.. akhirnya bercinta jugak si anjing dengan kucing tu ye haha. Tapikan apa yang berlaku 4 tahun lepas tuh??
_shuhidah
#3
Chapter 8: Awk update lagii.kesian dgn inhye.
amirahsehun #4
Chapter 7: Best . palli update soon .
lovethunder #5
Chapter 6: update soon :3
myonlybaek #6
Chapter 2: wee wee best lah kak syaza ♥ hwaiting!