Misi jatuh cinta

Fated Love [DONE EDIT]

Aku pun tunggu Sehun sampai dia habis berlatih. Letih weyy! Aku sempatlah tidur sementara tunggu dia habis berlatih. Gila punya ngantuk. Tanpa aku sedar, yelah nak sedar kenapa pulak kan dah aku tidur. Back to story, Sehun menilik wajah kau.

Cantik jugak dia ni, bisik Sehun dalam hati. Dia tak sampai hati nak kejut kau bangun sebab kau nampak letih sangat. Dia rasa menyesal pulak dengki kau, tak bagi kau balik dalam keadaan kau yang macam tu. Sementara tu, dia pergi mandi dan tukar baju.

✿ ✿ ✿ ✿ 

Sehun asyik tenung kau. Ahli EXO yang lain dah balik dulu meninggalkan hanya korang berdua je di sekolah. Tanpa Sehun sedari, dia merapati mukanya ke arah kau yang sedang nyenyak tidur. Tiba-tiba, kau terjaga. Serentak itu juga, Sehun menjauhkan mukanya dari kau.

Kau mengosok-gosok mata kau. Betul ke apa aku mimpi tadi? Tiba-tiba, satu suara menegur kau. 'Dah puas tidur? Kalau dah puas, jom balik!' kata Sehun yang duduk betul-betul di sebelah ku. Aku terlompat sedikit ke belakang kerana terkejut. Sehun yang melihat gelagat ku yang baru bangun tidur itu menahan tawa.

'Terkejut aku dibuatnya! Dah habis training ke?' tanyaku sambil mengurut dada, effect dari terkejut tadi.

'Dah lama dah habis.' katanya dengan riak selamba. Kan aku kata dia ni muka toya. Tak berperasaan!

'Dah tu, kenapa baru kejut sekarang?' tanyaku sambil menilik jam di tangan. Dah pukul 4 petang. Matilah nak! Nak jawab apa dengan omma kalau dia tanya pegi mana. Takkan nak jawab teman Sehun training bola keranjang. Kalau cakap Chanyeol, omma percaya lagilah kot.

'Dah kau tidur mati. Tak sampai hati pulak nak kejut kau.' kata Sehun lagi. Cepat-cepat aku tarik tangan dia. Yang kau fikir waktu tu cuma nak balik je. Kau tak fikir pulak yang kau buat jantung dia macam nak lompat keluar dari badan dia. And pasal mimpi tadi, betul ke Sehun nak cium aku? Aishh itu cuma mimpi jelah, Inhye. Don't take it too serious.

✿ ✿ ✿ ✿ 

Nasib baik, hari ni dia bawak kereta. Sumpah aku rela jalan kaki kalau dia bawak motor hari tu. Dia menghidupkan enjin dan kenderaan yang kami naiki  meluncur laju di jalan raya.

Entah kenapa, aku rasa sejuk sangat dalam kereta tu. Aircond yang sangat rendah darjah celcius tu bila-bila masa je boleh buat aku jadi ais. Tanganku menggigil kerana terlalu sejuk. Sehun yang perasan keadaan ku segera memberhentikan keretanya di bahu jalan. Dia membuka jaketnya dan memakaikannya ke badanku. Dia juga menaikkan sedikit suhu aircond keretanya dan menyambung semula perjalanan kami.

Aku asyik memerhatikan dia. Tanpa aku sedari, hatiku berdegup kencang. Takkanlah aku dah terjatuh suka dekat Sehun kot. Tak mungkinlah! Dia mana nak perempuan yang 'terlebih ayu' macam aku ni. Tapi aku nak sangat dia tau yang aku jadi macam ni pun sebab dia.

Akhirnya sampai juga ke rumah. Dari jauh, aku dah dapat tangkap satu susuk tubuh sedang berdiri di luar pagar. Omma! Nahas.. Kereta Sehun pun berhenti di hadapan rumahku.

'Omma..' panggilku sewaktu keluar je dari kereta.

'Inhye pegi mana? Petang baru balik. Risau omma tau.' kata omma. Dari suaranya pun aku dah tau yang omma sangat risau. Omma jangan salahkan Inhye yang comel ni ya, salahkan mamat dalam kereta tu.

'Inhye pegi teman kawan training bola keranjang.' kataku sambil memeluk omma. Omma menyambut pelukanku.

'Tapi kenapa Chanyeol balik dulu dari Inhye? Inhye pegi mana? Cakap betul-betul dengan omma. Awak tu dahlah sakit.' kata omma sambil mencubit lenganku. Aku mengaduh kesakitan.

Baru aku ingin menjawab, tiba-tiba, satu suara memotong. ' Dia teman saya, mak cik.' kata Sehun yang dari tadi diam memerhatikan aku dan omma. Omma kelihatan sedikit terkejut.

'Ini. Bukan. Sehun. Ke?' kata omma sambil berhenti di setiap perkataan yang disebutnya.

'Bukan Sehun yang tulah omma. Itu orang lain.' kataku perlahan tapi masih jelas di telinga omma dan Sehun. 'Okaylah, kau balik dululah. Aku masuk dulu.' kata ku sambil melambai ke arah Sehun dan terus masuk ke dalam rumah. Lebih baik larikan diri sebelum rahsia pecah.

Kenapa dia perlu rahsiakan semuanya? Kenapa dia tak berterus-terang je yang aku ni Sehun yang dulu tu. Kenapa? Kenapa kau seksa aku macam ni, Inhye?, batin Sehun menjerit.

✿ ✿ ✿ ✿ 

Guruh berdentum di luar. Kilat pula sabung-menyabung. Tapi, bila terpandangkan jaket Sehun yang elok tergantung di kerusi belajar, aku terdiam sejenak. Jaket Sehun? Aku kena pulangkan ni.

✿ ✿ ✿ ✿ 

Selepas meminta izin omma, aku segera keluar. Jarak antara rumah aku dengan Sehun taklah jauh sangat, cuma 200 m. Letih jugaklah nak berjalan dalam keadaan hujan ni. Bila lalu rumah Sehun ni, aku kena lintasi taman permainan. Aku memandang taman permainan itu, aku ternampak seseorang yang sangat familiar di mataku. Aku segera berjalan ke arah salah sebuah bangku di taman permainan itu.



Maaf sebab lambat update. Takde mood kebelakangan ni. Hope korang enjoy :) Tolong vote, subscribe and comment. Thanks^^

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
kamong
#1
Chapter 11: im crying author nim *kesat air mata* awat sweet sangat >< hahah
hushan123 #2
Chapter 10: Wahh daebakk.. akhirnya bercinta jugak si anjing dengan kucing tu ye haha. Tapikan apa yang berlaku 4 tahun lepas tuh??
_shuhidah
#3
Chapter 8: Awk update lagii.kesian dgn inhye.
amirahsehun #4
Chapter 7: Best . palli update soon .
lovethunder #5
Chapter 6: update soon :3
myonlybaek #6
Chapter 2: wee wee best lah kak syaza ♥ hwaiting!