That Happy Day

Fated Love [DONE EDIT]

'Inhye, kau free tak petang ni? Teman aku pergi mall nak?' kata Sehun kepada ku sambil kami berjalan menuju ke pintu pagar sekolah.

'Okey boleh je. Pukul berapa?' tanyaku sambil memandang Sehun yang berdiri di sebelahku. Dulu, mamat nilah paling aku anti. Tapi sekarang aku boleh pulak berbaik dengan dia. Pelik betul kau ni, Inhye.

'Pukul 3. Aku ambil kau tau. Jangan lambat!' kata Sehun. Aku mengangguk kepala tanda faham. Aku segera berlari ke arah Chanyeol yang sedari tadi menunggu ku.

'Aku ingat kau dah sesat dah tadi tak jumpa pintu pagar sekolah. Ha! Ni apasal kau tersengih-sengih ni?' tanya Chanyeol kepadaku sambil kami berjalan pulang.

'Takde pape. Cuma Sehun ajak aku teman dia pergi mall je.' kataku lalu sambung sengih.

'Kau suka Sehun eh? Eh? Eh?' tanya Chanyeol sambil mengoncang badanku. Berpusing kejap kepala otak!

'M-Mana ada! Aku suka dia sebagai kawan jelah.' kata ku sambil menunduk memandang jalan. Padahal muka dah merah dah bak tomato segar yang dijual di pasar pagi.

'Eh aku tanya boleh? Yumi tu dah berpunya belum?' tanya Chanyeol.

'Belum. Asal kau nak try ke? Kalau nak try, tolong isi borang.' gurau ku membuatkan Chanyeol tertunduk malu. Untunglah Yumi dapat mamat gergasi ni. Chanyeol ni baik, hensem. Tapi mulut dia tu yang aku tak tahan tu. Tapi padanlah kot, Yumi suka membebel, Chanyeol pun suka membebel.

✿ ✿ ✿ ✿ 

Tepat pukul 3 petang, kereta Sehun sudah muncul di hadapan rumah ku. Selepas meminta izin dan bersalaman dengan omma, aku pun keluar dari rumah dan memasuki kereta Sehun.

'Pakailah tali pinggang tu! Kalau berlaku apa-apa, aku tak tanggung!' kata Sehun sambil mengangkat kedua-dua belah tangannya dan membuat muka selamba.

'Yelah aku nak pakailah ni.' kataku lalu cuba menarik tali pinggang itu. Tapi gayanya macam tersangkut. Aku cuba kali ke-2 tapi masih tersangkut. Kali ke-3 aku cuba tapi tetap tersangkut. Then aku give up!

Sehun yang dari tadi memandang gelagat ku ketawa kecil. Dia segera membantu ku. Dia mendekatkan badannya ke arah tali pinggangku dan menariknya perlahan-lahan. Aku kaku di tempat dudukku kerana jarak di antara muka ku dan Sehun waktu itu sangat rapat. Jantungku bagaikan mahu melompat keluar dari badan.

'Okay dah!' katanya lalu kembali semula ke tempat asalnya. Aku menghembus nafas lega.

'Thanks!' kataku seraya tersenyum.

'My pleasure.' balas Sehun lalu mengenyitkan mata ke arah ku. Zappp! Aku bagaikan berada di awangan semula. Oh Sehun, kau buat aku gila!

✿ ✿ ✿ ✿ 

'Kau nak cari apa?' tanyaku kepada Sehun sebaik sahaja kami masuk ke dalam pusat membeli-belah.

'Adalah.' kata Sehun sambil terus berjalan meninggalkan aku di belakang. Aku terus membuntuti Sehun tanpa banyak soal. Aku perasan yang banyak mata memandang ke arah kami sambil berbisik.

'Itu girlfriend dia ke? Macam tomboy je.' Aku terdengar seseorang itu berkata. Betapa sakitnya hati aku tika itu hanya aku je yang tau. Aku memberi jelingan maut kepada pengumpat tersebut. Nah rasakan! Sehun? Entah dengar entah tidak mamat tu. Biarlah dia!

✿ ✿ ✿ ✿ 

'Sehun, tunggu kejap eh. Aku nak pegi tandas.' kataku ingin berlalu pergi.

'Okay! Baik-baik. Jangan salah tandas pulak.' kata Sehun lalu dia ketawa terbahak-bahak. Memang mintak kena hempuk ape dia ni?

✿ ✿ ✿ ✿ 

'H-Hyung beyanja  saya ni (H-Hyung belanja saya ni.)' kata seorang budak lelaki sambil menarik-narik seluar Sehun. Sehun yang tersedar seluarnya ditarik segera memandang ke arah kanak-kanak itu.

'A-Adik nak ape? Mana ibu bapa adik ni?' kata Sehun sambil mendukung kanak-kanak itu yang berusia dalam lingkungan 3 tahun.

'Jonghwan datang nan nuna. (Jonghwan datang dengan nuna.)' kata kanak-kanak itu pelat. Sehun agak pening untuk memahami apa yang dicakapkan kanak-kanak itu, tapi yang dia pasti kanak-kanak itu datang ke mall itu bersama kakaknya.

'Jom kita beli aiskrim dulu. Lepastu, nanti kita cari nuna Jonghwan eh.' Kanak-kanak lelaki yang bernama Jonghwan itu mengangguk tanda faham. Sehun pun membawa kanak-kanak itu ke kedai aiskrim berdekatan.

✿ ✿ ✿ ✿ 

'Terima kasihlah sebab tolong jaga adik saya tadi. Saya terhutang budi sangat dekat awak. Maaflah kalau dia menyusahkan awak. Dia memang degil sikit. Nah! Saya bayar duit aiskrim tu.' kata seorang gadis muda yang berdiri di hadapan Sehun sambil menghulurkan 2 keping duit 10 Won. Sehun tersenyum.

'No problemlah. And adik awak tak menyusahkan saya pun. Dia baik, dengar kata. Pasal duit aiskrim tu, saya belanja. Tak payah bayar.' kata Sehun lalu memandang kanak-kanak lelaki yang asyik menjilat aiskrim. Telatah kanak-kanak itu mencuit hati Sehun.

'Saya sebenarnya baru pindah sini. Jadi, saya tak berapa tahu sangat pasal mall ni. Itu yang tersesat tu.' kata gadis muda itu. Tiba-tiba tangannya ditarik oleh adik lelakinya.

'Nuna nak bayik. Jonghwan nak jumpa omma. (Nuna nak balik. Jonghwan nak jumpa omma.)' kata kanak-kanak lelaki itu. Gadis muda itu segera mendukung adiknya.

'Okay jom balik! Terima kasih ya. Saya balik dulu.' kata gadis muda itu lalu meminta diri untuk pergi.

Selepas gadis itu beredar, tiba-tiba tangan Sehun dipegang. 'Woii! Kau pergi mana? Penat aku cari tau tak!' kata ku. Bengang betul kena tinggal dengan Sehun.

'Kau tu lama sangat. Cuci tandas apa?' kata Sehun lalu tersengih.

'Diamlah! Siapa perempuan tadi? Kawan kau ke?' tanya ku sambil menjengah-jengah mencari kelibat gadis yang bersama Sehun tadi.

'Tak perlu tahu lah kot! Dah jom balik.' kata Sehun sambil menarik tanganku. Tapi aku tetap berdiri kaku disitu. 'Kau kenapa? Nak jadi patung cendana kat situ?' kata Sehun bila tengok aku keras membatu.

'Aku penat tau tak cari kau! Sebagai denda, belanja aku makan.' kataku sambil mengembungkan pipi. Sehun cuma merenung ku.

'Yelah! Aku belanja kau makan.' kata Sehun lalu mencubit pipiku. Aku makin kaku. Sehun sudah pun berjalan di hadapanku. Dia toleh ke belakang semula bila melihat aku tiada di sebelahnya. 'Kau nak makan tak ni? Kata suruh belanja. Cepatlah!' kata Sehun. Aku segera berlari ke sisinya. Sehun terus memeluk bahuku. Pipiku sudah kemerah-merahan menahan malu. Oh Sehun kau nak goda aku ke?
 



Mian for the late update. Lately, banyak problem yang datang. So mood nak mengupdate tu takde. Anyway, tolong vote, subscribe and comment. Thanks sebab sudi baca^^

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
kamong
#1
Chapter 11: im crying author nim *kesat air mata* awat sweet sangat >< hahah
hushan123 #2
Chapter 10: Wahh daebakk.. akhirnya bercinta jugak si anjing dengan kucing tu ye haha. Tapikan apa yang berlaku 4 tahun lepas tuh??
_shuhidah
#3
Chapter 8: Awk update lagii.kesian dgn inhye.
amirahsehun #4
Chapter 7: Best . palli update soon .
lovethunder #5
Chapter 6: update soon :3
myonlybaek #6
Chapter 2: wee wee best lah kak syaza ♥ hwaiting!