That Secret

Fated Love [DONE EDIT]

'Inhye, teman aku pergi club house petang ni, nak?' tanya Chanyeol kepadaku sambil kami berjalan pulang dari sekolah.

'Malas ah. Aku takde mood!' kataku.

'Alah! Jomlah teman aku. Please~' pujuk Chanyeol sambil membuat puppy eyes.

'Ermm.. Nantilah aku fikirkan.' kataku sambil memeluk tubuh.

'Lagipun aku tengok kau macam ada masalah je. Nanti kat club house kau story lah dengan aku. Risau aku tengok kau asyik murung macam ni. Kau tak kesian dekat aku ke?' kata Chanyeol dalam nada sedih.

'Yelah Yeol! Aku teman kau. Tapi aku tak janji yang aku akan ceritakan problem aku dekat kau. Tau?' kataku sambil memandang sayup anak mata Chanyeol.

'Tak kisahlah kawan. Asalkan kau teman aku pergi club house daripada kau bertapa dekat bilik kau tu tiap-tiap hari.' kata Chanyeol. Aku cuma tersenyum nipis.

✿ ✿ ✿ ✿ 

'Kita singgah taman kejap nak? Dah lama aku tak lepak kat situ. Sambil-sambil tu, bolehlah kita hirup udara segar.' kata Chanyeol. Aku cuma mengangguk, menuruti apa sahaja kemahuan Chanyeol.

Kami pun berjalan ke taman. Chanyeol cuba mengajak ku berborak tapi semua soalan yang ditanya aku cuma menjawab dengan mengangguk atau menggeleng.

'Kau nak aiskrim? My treat.' kata Chanyeol. Aku mengangguk. 'Cookies n cream?' tanya Chanyeol lagi. Aku pun mengangguk lagi. Kesian Chanyeol! Macam cakap dengan orang bisu. 'Kau tunggu sini kejap. Nanti aku datang balik.' kata Chanyeol lalu berlari ke kedai aiskrim berdekatan.

Aku pun duduk di salah sebuah bangku di taman tersebut. Aku memejam mata dan menarik nafas, berharap agar semua masalah yang ku hadapi akan hilang selepas aku membuka mata.

Tapi lain pula yang terjadi! Bila aku buka mata, aku nampak kelibat 2 orang yang sangat aku kenal berada tidak jauh dari tempat dudukku. Sehun dengan Jooyeon?

Kau nampak Sehun lapkan bibir Jooyeon yang comot makan aiskrim. Entah kenapa, tetiba kau rasa cemburu. Kau terus bangun dan beredar dari situ. Tak rela lagi rasanya kau nak tengok 'aksi mesra' mereka berdua tu. Di pertengahan jalan, kau terjumpa Chanyeol yang berlari sambil memegang aiskrim yang hampir cair.

'Eh kau nak pergi mana? Kata nak lepak dekat taman.' tanya Chanyeol termengah-mengah.

'Kita pergi club house teruslah. Takde mood pulak aku nak lepak dekat taman.' kata ku tanpa memandang Chanyeol. Air mata yang hampir tumpah ku tahan. Aku tak boleh duduk lama lagi dekat situ. Aku tak kuat.

'Okaylah. Nah aiskrim kau. Sorry cair sikit.' kata Chanyeol sambil menghulurkan aiskrim perisa Cookies n Cream yang ku pesan tadi.

✿ ✿ ✿ ✿ 

'Dahlah weii! Dekat 2 jam dah kau nangis. Tak penat ke?' tanya Chanyeol lalu mengambil tempat di sebelah ku. Aku masih menangis. 'Weyy! Kau kenapa? Kau tau aku sakit tau tengok kau macam ni. ' kata Chanyeol lagi.

Kali ni, dia memegang badanku menghadap ke arahnya. Tangisku semakin kuat. 'Kau ada masalah ke? Bagitahu aku. Kalau aku boleh tolong, aku tolong. Cerita dengan aku cepat!' arah Chanyeol, tidak lepas memegang bahuku.

Aku berkira-kira mahu luahkan semuanya kepada Chanyeol, kawan baik yang paling aku percaya. Aku mengambil nafas dan cuba menahan tangis. 'Sebelum aku pindah sini, aku ada seorang kawan lelaki. Kitorang baik sangat. Ke mana sahaja berdua, macam belangkas. Tanpa aku sedar, aku jatuh cinta dekat dia. Tapi aku tak berani nak cakap dengan dia. Satu hari, seorang budak perempuan pindah ke kelas kitorang. Sejak tu, hubungan kitorang renggang. Aku macam halimunan depan mata dia. Satu hari, aku terdengar perempuan tu cakap yang dia cuma mahukan harta dan menumpang populariti kawan aku tu je. Senang cite, dia mempergunakan kawan aku.' kataku dengan suara serak.

'Lagi?' tanya Chanyeol penuh berminat.

'Aku pun pergilah cakap perkara yang sebenar dekat kawan aku tapi dia tak percaya. Dia kata aku buat cerita bohong sebab aku jeles dengan budak tu. And kawan aku pergi cerita dekat perempuan tu yang aku cakap bukan-bukan pasal dia. Depan kawan aku, perempuan tu buat muka simpati sebab aku kata bukan-bukan pasal dia. Tapi belakang kawan aku, dia upah budak suruh belasah aku. Sejak tu aku trauma dan aku pindah dari situ. Sejak tu, aku tak berani nak berkawan dengan mana-mana lelaki. Aku berubah macam tomboy ni pun pasal ni.' kataku tersedu-sedu. Chanyeol mengambil tisu dan memberikan kepada ku. Aku tersenyum tawar tanda terima kasih.

'Ingat tak masa Yeol awal-awal tegur Inhye?  Inhye tak layan kan? Sebab Inhye takut. Tapi lepas Inhye perasan yang Yeol ikhlas nak berkawan dengan Inhye, Inhye pun terima. Lagipun omma tak kisah sebab Yeol jiran Inhye. Jadi omma pun benarkan Inhye berkawan dengan Yeol. Sebab tu omma suruh Yeol jaga Inhye sebab omma tak nak Inhye trauma pasal kejadian 4 tahun lepas.' kataku sambil mengelap air mata yang tidak jemu-jemu tumpah.

'Sekarang, kenapa Inhye nangis?' tanya Chanyeol.

Tangisku mula kedengaran semula. 'Se-Sebab perkara 4 tahun lepas tu dah berulang semula. De-Dengan orang yang sama juga.' kataku lalu menangis. Chanyeol terus memelukku erat, meminjamkan ku sedikit kekuatan mungkin.

'Boleh Yeol tanya? Siapa kawan Inhye tu?' tanya Chanyeol dalam pelukannya. Ketika aku baru hendak menjawab, terdengar bunyi tombol pintu utama dibuka. Chanyeol segera meleraikan pelukannya dan aku tunduk memandang lantai. Terdengar riuh suara EXO memenuhi ruang club house.

'Hey Yeol! Eh Inhye pun ada? Awalnya korang sampai.' kata Luhan sambil meletakkan snek yang dibeli dalam perjalanan ke club house di atas meja.

'Eh Inhye, kau kenapa? Nangis ke?' tanya Baekhyun yang sedar aku dari tadi hanya tunduk berdiam diri. Lalu dia pun duduk di sebelahku.

'T-Takdelah. Dia okay je. Dia lapar. Dia kata korang lambat sangat. Penat dia tunggu!' tipu Chanyeol. Semua ahli EXO mengangguk tanda faham. Tapi lain pula pada Sehun yang merasakan kata-kata Chanyeol itu hanya pembohongan semata-mata. Dia tahu yang kau menangis bukan kerana lapar tapi kerana sesuatu yang dia sendiri tidak pasti apa.

-----------------------------------

'Kenapa dengan Inhye tu?' tanya Chen sambil mencicip sedikit bubble tea yang dibelinya.

'Ouh dia pening kepala.' kata Chanyeol. Kau yang tertidur di bahu Chanyeol dengan mata yang bengkak dan hidung yang merah kerana lepas menangis langsung tidak sedar apa yang mereka cakapkan.

'Kau tak suruh dia balik? Kesian dia.' kata Suho risau.

'Aku dah suruh tapi dia kata dia nak tunggu aku. Tu yang tertidur tu.' kata Chanyeol.

'Dahlah kau balik lah. Lagipun, kitorang dah takde apa-apa lagi nak buat kat sini. Bawak Inhye balik, suruh dia rehat. Kesian aku tengok dia, muka pucat.' kata Xiumin, selaku ahli yang paling tua di dalam EXO. Chanyeol mengangguk.

✿ ✿ ✿ ✿ 

Chanyeol pun menceritakan semuanya kepada Mina dan Yumi. Mereka pun mendengar dengan penuh khusyuk. Tiba-tiba, Mina bersuara.

'Ya Inhye ada cerita pada aku jugak pasal ni.' kata Mina.

'Dia ada cakap tak siapa kawan lelaki dia tu?' tanya Chanyeol kepada Mina. Mina menggeleng laju. Mereka memandang Yumi yang diam dari tadi.

'Kau asal?' tanya Mina sambil menolak bahu Yumi.

'Aku rasa aku tau siapa.' kata Yumi sambil mengurut-ngurut dagunya gaya orang berfikir.

'Siapa?' kata Chanyeol dan Mina serentak.

'Adalah. Nanti aku beritahu. Sekarang ni, kita kena damaikan Sehun dengan Inhye.' kata Yumi lagi.

'Asal dengan dorang?' tanya Chanyeol yang tidak mengerti apa yang sedang berlaku di antara kau dan Sehun.

'Kau tak tau ke dorang kan tengah gaduh.' kata Mina gaya mak cik-mak cik yang selalu bergosip depan rumah tu.

'Jinjja? Patutlah bila aku sebut nama Sehun je, dia terus tukar topik.' kata Chanyeol.

'Aku ada plan macam mana nak damaikan dorang berdua ni.' kata Yumi sambil mengangkat-angkatkan keningnya.

'Macam mana?' tanya Chanyeol dan Mina serentak.

'Meh sini.' kata Yumi. Maka, bermulah perbincangan untuk mendamaikan ku dan Sehun. Sok sek sok sek dekat 15 minit jugaklah dorang berbincang.

'Pastikan berjaya eh. Kalau tak, matilah kita.' kata Yumi sambil tersenyum jahat. Mina dan Chanyeol sudah bertepuk tangan tanda setuju dengan idea Yumi.
 



Hey guys. Sorry kelam-kelibut sangat. Hambik kau! Tertinggal satu chap. Sorry nak suruh korang baca balik *pouts* Tapi kalau tak baca balik pun takpe sebab saya rasa korang dah faham cerita ni kan. Cuma tak tau apa yang berlaku 4 tahun lepas je. Wa minta ampun lah beb^^ Enjoy~ 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
kamong
#1
Chapter 11: im crying author nim *kesat air mata* awat sweet sangat >< hahah
hushan123 #2
Chapter 10: Wahh daebakk.. akhirnya bercinta jugak si anjing dengan kucing tu ye haha. Tapikan apa yang berlaku 4 tahun lepas tuh??
_shuhidah
#3
Chapter 8: Awk update lagii.kesian dgn inhye.
amirahsehun #4
Chapter 7: Best . palli update soon .
lovethunder #5
Chapter 6: update soon :3
myonlybaek #6
Chapter 2: wee wee best lah kak syaza ♥ hwaiting!