Misi jatuh cinta 2

Fated Love [DONE EDIT]

'Sehun? Awak buat apa kat sini?' tanyaku sambil memayungi Sehun yang sudah sedia menggigil kerana kesejukan. Sehun diam seribu kata. Aku pun segera mengeluarkan jaket Sehun yang berada dalam beg ku dan menyarungkan ke badannya.

'Saya hantar awak balik ya. Jom!' kataku sambil memimpin tangannya. Sehun kelihatan tidak bermaya. Mungkin dah lama sangat 'berjemur' kot.

✿ ✿ ✿ ✿ 

Aku memimpin Sehun sehingga ke luar biliknya. Luar bilik ya kawan-kawan! 'Awak mandilah dulu. Saya tunggu awak kat bawah.' kataku lalu terus turun dari tingkat dua rumah banglo itu. Aku pun segera ke dapur untuk memasakkan bubur dan membuatkan hot chocolate untuknya. Jangan pandang aku takde mata tau! Se-tomboy-tomboy aku pandai jugak memasak.

Dekat setengah jam jugaklah, aku tunggu Sehun turun tapi tak turun-turun jugak. Jadi, aku bercadang untuk bawa makanan tu ke bilik dia. Sebab mungkin dia tak larat nak turun sebab tadi badan dia panas betul.

Bila aku buka je pintu bilik Sehun, aku tengok Sehun sudah baring di atas katilnya. Aku pun meletakkan makanan itu di meja yang bersebelahan dengan katilnya. 'Saya ada bawa makanan ni. Kalau awak lapar, makanan ada kat meja tepi ni.' kataku lalu ingin berlalu pergi tapi tanganku pantas dipegang Sehun.

'Te-Teman saya!' katanya dengan suara sedikit serak. Aku tersenyum.

'Okay. Saya teman awak. Sayakan kuli awak, so, saya mesti sentiasa ada di sisi awak. Lagipun, saya tau awak takut kilat kan.' segera aku menekup mulutku dengan tangan. Alamak! Macam mana boleh terlepas cakap ni. Harap-haraplah dia tak dengar, kataku dalam hati.

Kau melepaskan genggaman tangan Sehun. Kau masuk ke dalam bilik air untuk mengambil sebekas air suam dan tuala. Kau merendam tuala itu ke dalam air suam dan meletakkannya di dahi Sehun. Tak lama kemudian, kau terlena di tepi katil Sehun.

✿ ✿ ✿ ✿ 

Aku tersedar dari lena. Aku mengosok mata dan mengeliat kecil. Uwarghh lenanya tidur semalam, kataku dalam hati. Bila aku pandang sekeliling, mataku membulat. Ini bukan bilik aku ni. Aku kat mana ni?, Fikirku sendirian. Baru aku ingat yang aku datang rumah Sehun semalam. T-Tapi kenapa tiba-tiba aku atas katil. Setahu aku, aku tidur kat kerusi tepi tu je. Siapa angkat aku? And mana Sehun? Dia hilang ke? Tiba-tiba, aku dengar bunyi macam orang berperang kat bawah. Aku segera turun untuk memeriksa keadaan.

'S-Sehun? Kau buat apa ni?' tanyaku sebaik sahaja melangkah ke dapur yang macam dilanda puting beliung. Kuali berselerak atas lantai, pinggan bertaburan. Yang penting, asap berkepul-kepul macam rumah terbakar dah.

'Aku masak lah ni.' katanya lalu terus meneruskan misi memasaknya. Aku segera membuka tingkap dan pintu supaya asap keluar.

'Dah tepilah! Biar aku masak. Kang tak sempat makan rumah dah terbakar. Tepi! Tepi! Duduk diam-diam kat situ.' Aku menolak Sehun supaya duduk di meja makan. Semalam bukan main lagi macam orang separuh nyawa, hari ni terlebih active. Itulah padahnya terlebih berjemur dekat hujan.

✿ ✿ ✿ ✿ 

Akhirnya, aku telah siap memasak dan menghidangkannya di atas meja. Sehun yang dari tadi memerhati, terus menyerang makanan yang aku masak. Serious gelojoh!

'Eh kau nak pergi mana? Jomlah makan! Takkan kau nak tinggalkan aku sorang-sorang. ' kata Sehun selepas melihat aku pergi dari ruangan dapur.

'Aku nak baliklah! Asal kau takut tinggal sesorang? Serious ke kau ni lelaki?' kataku sambil memandang Sehun yang membuat puppy eyes ke arahku. Langsung tak tergoda!

'Mana ada aku takut. Kau kan tetamu aku. Alah! temanlah aku, wahai cik kuli.' katanya dalam nada memujuk. Mulanya, aku malas jugak tapi orang cakap rezeki jangan ditolak, maut jangan dicari. Aku pun duduk jugak di meja makan tu.

'Sekali lagi kau panggil aku kuli, aku cocok biji mata kau. Mana ada kuli secantik ini.' kataku sambil memuji diri sendiri. Sehun buat gaya nak termuntah.

'Aku rasa kau silap! Kau bukan cantik, kau hensem.' kata Sehun lalu ketawa. Memang menempah maut betul mamat ni!

Sambil makan tu, korang berdua berborak pasal macam-macam. Semenjak itulah, hubungan korang dah baik. Tak gaduh-gaduh macam dulu lagi. Tapi gaduh-gaduh manja tu adalah. Hehehe..

✿ ✿ ✿ ✿ 

'Eh Yeol, kau nampak Sehun tak?' tanyaku sambil menjenguk-jenguk kelas yang sedari bising.

'Tak nampak. Amboi, sejak dah berbaik dengan Sehun ni. Kau langsung tak ingat aku pun kan. Sentap!' kata Chanyeol sambil memuncungkan mulutnya.

'Mana ada aku lupa kau. Kaulah kawan baik aku selamanya.' kataku lalu ketawa. Geli hati tengok muncung itik Chanyeol tu.

Lepas, kau dah berbaik dengan Sehun ni, kau dapat banyak 'surat cinta' daripada peminat Sehun yang suruh kau jauhkan diri daripada Sehun. Bila, kau cakap kat Sehun, dia cuma cakap 'Abaikan je!' Aishh! Sakit hati kau. Tapi kau tak kisah sangat sebab kau dah pernah lalui semua tu waktu kau pertama kali rapat dengan Chanyeol. Hari-hari, kau kena serang dengan peminat Chanyeol. Tapi kau lalui tu semua dengan sabar.
 



Hey~ harini update awal sikit sebab esok dah sekolah (I'm Johorean. Hari Ahad Johor sekolah  ) K harap korang enjoy. Tolong vote, subscribe and comment eh. Kalau korang tak comment, macam mana Syaza nak tahu fanfic Syaza ni best ke tak? Macam mana nak tahu kelemahan Syaza? Okay terima kasih sudi baca. Meh flying kiss sikit xDD /flying kisses/ Paipai~~ 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
kamong
#1
Chapter 11: im crying author nim *kesat air mata* awat sweet sangat >< hahah
hushan123 #2
Chapter 10: Wahh daebakk.. akhirnya bercinta jugak si anjing dengan kucing tu ye haha. Tapikan apa yang berlaku 4 tahun lepas tuh??
_shuhidah
#3
Chapter 8: Awk update lagii.kesian dgn inhye.
amirahsehun #4
Chapter 7: Best . palli update soon .
lovethunder #5
Chapter 6: update soon :3
myonlybaek #6
Chapter 2: wee wee best lah kak syaza ♥ hwaiting!