Kuli Sehun Seminggu

Fated Love [DONE EDIT]

'Kejam betul mamat ni. Tak tau ke aku tengah sakit ni, tetap juga suruh aku jadi kuli dia. Siap suruh beli bubble tea pepagi buta ni. Tak brain freeze ke minum sejuk pepagi ni? Nasiblah kedai hujung tu bukak tau. Hishh sungguh tak berperikemanusiaan!' monolog ku sendirian.

Tiba-tiba, sebuah motor berhenti di hadapan ku. Aku hampir nak terjatuh sebab terkejut. Kenapalah pepagi lagi suka sangat bagi aku terkejut. Siram dengan bubble tea ni baru tau!  Pemilik motosikal itu menanggalkan helmetnya dan menghadiahkan senyuman kepada ku. Okay kalau inilah orangnya, bukan setakat bubble tea aku siram, air longkang pun aku rela hati siram dia ni.

'Kau nak ape? Dah lah bagi aku terkejut. Kalau bubble tea ni jatuh, kau nak ganti rugi ke? Dahlah tak bagi duit suruh beli. Sesedap perencah ramen kau je kan!' bebel ku. Kan sia-sia dapat dengar tazkirah free daripada Inhye.

'Kau boleh diam tak? Pagi-pagi lagi nak membebel. Dekat rumah dengar omma membebel, dekat sini dengar kau membebel. Boleh migrain aku kau tau. Bak bubble tea aku!' kata Sehun sambil menadah tangannya meminta bubble tea di pegangan ku.

Aku menghulurkan bubble tea Sehun. Dia terus menyedut minuman tu dengan rakusnya. Gaya macam orang tak jumpa air setahun. Gelojoh sungguh!

'Aku ni taklah kejam sangat. Aku datang ni bukan setakat nak tuntut bubble tea aku, aku nak tumpangkan kau naik motor aku sekali. Yelah kaki kau tak baik lagi kan?' kata Sehun simpati.

Naik motor dengan dia ni? Aku terlebih rela jalan kaki, kata ku dalam hati. Tapi belum sempat aku nak cakap apa-apa, Sehun dah pun tarik aku naik motor dia. Dia terus menghidupkan enjin dan berlalu pergi. Chanyeol telah pun maklum pasal aku yg akan menjadi kuli Sehun selama 1 minggu. Chanyeol malah menyokong Sehun. Itu lagi sorang! Memang nak kena. Bukan nak tolong selamatkan Inhye yg comel ni, malah mendera pulak.

Sepanjang perjalanan ke sekolah, aku cuma memikirkan reaksi pelajar sekolah ku lagi-lagi peminat Sehun. Kalau dorang tahu, aku naik motor sama-sama dengan Sehun, alamatnya kena seranglah aku balik ni. Terlalu asyik berfikir, aku tak perasan yg Sehun tengah cakap dengan aku.

'Woii! Kau berangan ke?' tanya Sehun.

'Takde ah. Aku fikir pasal masalah negara sekarang ni.' aku loyar buruk.

'Kalau kau nak minum bubble tea tu, minumlah. Aku rasa aku tak boleh habiskan.' kata Sehun. Chett! Tak boleh habiskan apanya, ini pun dah separuh cawan.

'Tak hingin aku. Bekas mulut kau.' kata ku awal-awal menolak.

'Kau ni rezeki depan mata tak nak. Kan free-free je kau dapat kiss aku. Ramai yg nak kiss aku tapi kau tak nak. Betul-betul tolak rezeki lah kau ni.' kata Sehun selamba. Aku buat muka loya.

'Daripada cium kau, baik aku cium pokok tepi jalan tu. Lagi berfaedah kot.' balas ku.  'Eh turunkan aku kat depan tu.' arah ku sambil menunjukkan ke arah stesen bas berdekatan.

'Asal pulak?' tanya Sehun hairan.

'Kau nak ke tengok aku kena kejar dengan sasaeng fans kau tu. Lagi satu, kita ni musuh. Kan ke pelik tetiba je kita boleh naik motor sesama.' kata ku.

Sehun memberhentikan motornya dan memandang ku. 'Betul ke kau rasa kita ni musuh? Aku ni bukan kawan kau?' tanya Sehun. Ton suaranya kedengaran serius. Seram pulak dibuatnya!

'Okaylah aku turun kat sini.' kata ku cuba menukar topik. Tapi Sehun sempat menghalang aku dari turun.

'Tak payah mengada! Chanyeol arahkan aku suruh hantar kau sampai sekolah. So, kau tak boleh bantah. Nasib kaulah kalau kena kejar dengan fans aku. ' kata Sehun terus menyambung perjalanannya.

✿ ✿ ✿ ✿ 

Sampai di sekolah, aku dihujani dengan pelbagai jenis reaksi muka. Muka pelik, muka jerk, muka mengejek dan seangkatan dengannya lah. Aku nampak juga beberapa pelajar berbisik sesama sendiri sambil menjeling ku. Eleh jelly melly lah tu!

Aku terus berjalan ke kelas meninggalkan Sehun yg sedang memarkir motornya. Tiba-tiba, aku rasa tangan aku dipegang. Aku terkejut bila memandang orang yg memegang tangan ku.

'Oii apa ni pegang-pegang?' kataku sedikit menjerit kerana terkejut.

'Kau ingat aku hingin sangat ke nak pegang tangan kau. Aku nak bubble tea aku. Kau tak nak kan?' tanya Sehun sambil menyedut sedikit minuman itu. Aku menggeleng lalu tunduk malu.

✿ ✿ ✿ ✿ 

'Uitt! Aku dengar pagi tadi orang tu naik motor dengan Sehun. Siap pegang-pegang tangan lagi tuh. So sawitt!' sakat Yumi. Aku yang mendengar hampir tersedak.

'Itulah pasal. Kata musuh tapi macam couple je aku tengok. Something smell fishy.' kata Mina pula. Ishh dorang ni berpakat nak kenakan aku ke apa, kata ku dalam hati

'Oii! Korang kenapa hah? Mengidam nak makan kasut free ke?' kata ku. Sebenarnya dah malu tahap gaban dah time tu.

'Eh terasa ke? Aku tak mention sesapa pun ea.' kata Yumi sudah pun tergelak besar. Tiba-tiba, telefon ku menjerit menandakan satu mesej masuk.

'Boyfriend mesej lah tu.' kata Mina lalu terkekek-kekek ketawa. Happy betul dorang berdua tu dapat kenakan aku. Kureng punya kawan! Aku pun membuka notifications telefon ku dan mendapati Sehun menghantar mesej kepada ku.

'Jumpa aku kat gelanggang bola keranjang sekarang!' katanya dalam mesej tu.

'Malas ah. Aku tengah makan.' balas ku. Tidak berapa lama kemudian, telefon ku berbunyi lagi.

'Ingat! KSS - Kuli Sehun Seminggu :p ' balasnya. Ya, aku hampir terlupa pasal kes menjadi kuli Sehun tu. Aku tak boleh nak bantah ape-ape lah kan. Nak tak nak, terpaksalah ikut.

✿ ✿ ✿ ✿ 

'Kau nak ape?' tanyaku sebaik tiba di hadapan Sehun. Ahli EXO yang lain pun ada waktu tu sebab dorang tengah berlatih bola keranjang.

'Takde pape. Saja suruh kau datang sini.' katanya lalu meneguk air mineral yang dipegangnya. Waktu tu, cahaya matahari tepat memancar ke arahnya seperti cahaya lampu dekat atas pentas tu. Aku sendiri pun tak sedar yang aku tengah tenung Sehun. Dalam keadaan dia yang berpeluh-peluh sekarang, dia nampak y.

Cepat-cepat aku gelengkan kepala ku, bagi menyedarkan ku dari lamunan. Segera juga aku pandang tempat lain. Makin lama aku tenung dia ni, makin bukan-bukan pulak aku fikir kejap lagi. Sehun perasan yang kau tenung dia tapi dia saja buat tak nampak.

'Kalau takde pape, aku nak balik kelas ni. Kelas dah nak mula!' kataku dan ingin melangkah pergi.

'Eh tak payahlah. Kau duduk sini jelah. Cikgu tak kisah lah.' kata Sehun. Amboi! Dia ingat ni sekolah mak bapak dia? Suka-suka nak masuk, suka-suka nak keluar.

'Tak hingin aku! Tengok kau pun buat kaki aku makin sakit. Aku pegi dulu.' kata ku. Pelik! Selalunya, aku nak hangin je bila tengok dia ni, tapi tadi aku takdelah nak marah sangat. Aku dah jatuh tangga ke eh salah jatuh cinta ke? Maldo andwae!

✿ ✿ ✿ ✿ 

Habis kelas, aku terus bergegas ke gelanggang bola keranjang. Masa dalam kelas, Sehun ada mesej suruh datang situ. Masa nak berjalan masuk ke gelanggang, tiba-tiba, sekumpulan budak lelaki berlari dan melanggar ku. Nasib baik ada orang yang menyelamatkanku. Aku pandang orang itu...

Sehun. Orang tu Sehun. Orang yang selamatkan aku ni Sehun.

'Ehem.. Dahlah buat drama sebabak kat situ. Sehun, coach dah panggil tu.' kata Baekhyun yang kebetulan lalu kat situ. Bukan Baekhyun je, semua geng EXO yang lalu kat situ dah tersengih macam kerang busuk. Malu woii!

Segera Sehun melepaskan pegangannya di badanku. 'Kau okey tak?' tanya Sehun simpati.

'Okey je. Kau nak aku buat ape kat sini?' tanya ku, masih terasa bahang di pipi. Sebenarnya, aku nak balik, nak rehat. Dahlah dengan kaki aku yang 'cacat' ni tak baik lagi, kang bertambah teruk pulak kalau asyik berjalan je.

'Teman aku lah. Kuli aku kan?' kata Sehun lalu berlalu meninggalkan aku sendirian di belakang.

'Asyik-asyik ugut aku ni kuli dia, ingat kuli ni takde life sendiri ke?' kataku tapi masih boleh didengari Sehun. Sehun tertawa kecil.

Aku akan seksa kau sampai kau jatuh cinta dekat aku, kata Sehun dalam hati.
 



Holla readers~ Done update part 3. Okey ke tak? Bosan ke best? Pi bubuh korang punya pendapat kat kotak comment tu naa. Cheq excited sikit la ni sebab harini birthday cheq. Walaupun tak meriah tapi alhamdulillah kenyang sebab mak masak makanan kegemaran cheq. Happy sangat ni hahaha xD Tolong vote, subscribe and comment. Thank you^^

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
kamong
#1
Chapter 11: im crying author nim *kesat air mata* awat sweet sangat >< hahah
hushan123 #2
Chapter 10: Wahh daebakk.. akhirnya bercinta jugak si anjing dengan kucing tu ye haha. Tapikan apa yang berlaku 4 tahun lepas tuh??
_shuhidah
#3
Chapter 8: Awk update lagii.kesian dgn inhye.
amirahsehun #4
Chapter 7: Best . palli update soon .
lovethunder #5
Chapter 6: update soon :3
myonlybaek #6
Chapter 2: wee wee best lah kak syaza ♥ hwaiting!